Tuesday, January 25, 2011

PENGALAMAN MENGHAMPIRI MAUT

Ajal maut di tangan tuhan. Selagi ajal belum sampai, kalau tak mati, tak mati jugalah. Aku fikir ada juga di antara kita mempunyai pengalaman yang boleh dikatakan pengalaman menghampiri maut. Tak kiralah sama ada hampir mati kerana kemalangan ngeri, kerana pergaduhan, kerana lemas di pantai atau pelbagai lagi.

Pengalaman ini berlaku semasa aku bersekolah rendah. Rasanya sehingga kini emak bapa aku tak tahu hal ni. Apa yang aku nak ceritakan ni ialah tentang aku hampir lemas di laut. 

Aku sememangnya suka memancing sejak kecil lagi. Di kampung aku terdapat sebuah jeti lama yang tidak digunakan lagi. Aku dan saudara mara memang suka memancing di hujung jeti tersebut. Apabila dapat ikan, kami memang suka ambil air di hujung jeti lalu dimasukan ke dalam tin untuk melihat ikan yang ditangkap terus hidup dalam takungan tin. 

Sumber gambar : Sinar Harian

Nak dijadikan cerita, semasa aku nak ambil air laut ke dalam tin, aku terus mengelongsor ke dalam laut kerana permukaan batu di hujung jeti tersebut licin. Aku bukannya pandai berenang, seluruh tubuh memang dah tenggelam dan hanya tangan terkapai-kapai.

Dengan kuasa Allah, setelah kaki hampir jejak ke dasar laut, aku terpijak seketul batu besar lalu terus melonjak ke permukaan air. Setibanya dipermukaan air, dengan pantas seorang saudara aku menarik tangan dan mengangkat aku ke atas jeti. 

Syukur Alhamdulillah aku masih hidup sehingga kini. Kalau tidak, mungkin seawal usia budak-budak aku sudah tiada di muka bumi ini. Inilah pengalaman yang memang sukar untuk dilupakan. Kalau memancing di kawasan itu, aku masih teringat dan terbayangkan kejadian tersebut.

12 comments:

  1. paling seram bab lemas sebab ieda tak pandai berenang!

    ReplyDelete
  2. IEDA : YANG DAH MELALUINYA LAGILAH SERAM..

    ReplyDelete
  3. aku pernah gak bro lemas. sungai tu cetek jer. tapi sebab tak pandai berenang, kategori lemas gak la, mandi dengan kawan2, aku memang lemas. tangan dah terkapai2 dah..tapi...............
    member aku ingat aku sajer buat2!!mak ai...dah begelen air masuk dalam mulut aku weiiii....

    ReplyDelete
  4. AMRY : PERRGHH.. NASIB BAIK TAK LEMAS.. KALAU TAK, TAK JUMPA LA KO DALAM BLOG NI.. :p

    ReplyDelete
  5. lebih kurang sama je macam saya,waktu masih d sekolah rendah juga...tak siap yang tahu hingga kini...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...pastinya trauma masih terasa kan. Semoga terus dilindungiNya

    ReplyDelete
  7. seriau nya baca..mujur kuasa tuhan..masih bernafas lagi

    ReplyDelete
  8. Allah..mesti dah cuak taktau nak cakap camna kan.

    ReplyDelete
  9. Allahu..ngeri betul kalau pengalaman nak lemas ni..huhu..boleh trauma jadinya

    ReplyDelete
  10. Kecil2 dulu 2 kali juga pengalaman lemas.. nasib berjaya diselamatkan..ehehehe

    ReplyDelete
  11. Sy pun pernah ada dua kali pengalaman macam ni. Sekali masa budak, sekali masa jadik mak budak, memang sy fobia.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.