Monday, January 3, 2011

JAGALAH TEPI KAIN ORANG

Selama ni kita asyik berkata supaya jangan jaga tepi kain orang. Apakah benar kita tidak boleh jaga tepi kain orang, sedangkan dalam Islam menggalakan kita saling tolong menolong dan saling nasihat menasihati.

Memang tidak dinafikan bahawa tabiat menjaga tepi kain orang ada yang buruknya. Antara keburukannya ialah mengumpat, menfitnah, menganiaya orang lain dan sebagainya. Tetapi ada juga kebaikannya. Kebaikan yang dimaksudkan ialah dalam aspek membantu dan saling menasihati.

Sebagai contoh, sekiranya sesuatu kejadian tidak diingini berlaku dihadapan mata kita, adakah kita perlu berdiam diri sahaja? Kejadian tidak diingini yang dimaksudkan adalah seperti :





1. Penderaan kanak-kanak
2. Pergaduhan
3. Kecurian
4. Ragut
5. Perlakuan sumbang
6. Ponteng sekolah
Dan lain-lain lagi.

Namun, dalam menjaga tepi kain orang, kita perlulah memerhati situasi sesuatu keadaan. Jika kita betul-betul tidak berupaya, segeralah menelefon pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Janganlah kita hanya melihat dan berdiam diri sahaja kerana ia akan terus menggalakan kemusnahan dalam masyarakat.

7 comments:

  1. iya.. sama2 kita membudayakan masyarakat prihatin. tp berbuat sesuatu biarlah bertempat. jgn jaga tepi kain org yg x sepatutnya.

    ReplyDelete
  2. selalunya kat bandar2 budaya jaga tepi kain orang ni dah padam.

    ReplyDelete
  3. tepi kain je... jangan dalam kain k

    ReplyDelete
  4. amry : Memang.. Budaya tu dah hilang..

    Panglima : Dalam kain, jaga sendiri-sendiri..

    ReplyDelete
  5. fairusmamat: ada masnya kena jaga juga tepi kain org...utk kebaikan bersama..:)

    ReplyDelete
  6. azzey : betul tu.. Jaga yang baik je.. Yang tak baik jangan jaga..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.