Sunday, June 27, 2021

SOKONG ITALI

Kitakan orang Malaysia, kenapa perlu menyokong negara lain? Saya tidak tahu jawapannya, rata-rata orang ada pasukan bola sepak kegemaran.  Tapi tak pasti pula sama ada orang Eropah, Asia Tengah, Amerika Latin dan lain-lain negara ada menyokong bola sepak Malaysia. Kita saja loghat nak sokong pasukan bola sepak mereka.

Jersi warna biru sudah ada, sedang tunggu kiriman jersi away warna putih yang baru dibeli

Persoalannya boleh ke tak menyokong negara lain? Iyalah kan, Malaysia mana sertai Piala Dunia atau Piala Eropah. Kalau Malaysia sertai, sudah pasti kita akan menyokongnya. Semasa kelayakan Piala Dunia yang lalu kan sudah menyokong Harimau Malaya, malah semasa awal-awal perlawanan iaitu sebelum covid-19, saya turut turun ke stadium Bukit Jalil tanda sokongan kepada pasukan negara.

Nak dijadikan cerita, saya mula meminati pasukan Itali semasa Piala Dunia 1994 yang diadakan di USA. Semasa itu Itali layak ke pertandingan akhir bertemu pasukan Brazil. Brazil memang salah satu pasukan yang menjadi pilihan ramai, namun saya memilih untuk menyokong Itali.

Ada gaya orang Itali tak? Hahaha

Pada perlawanan akhir tersebut berkesudahan dengan 0 - 0 yang akhirnya membawa ke penentuan sepakan penalti. Nasib tidak menyebelahi Itali apabila tewas 3 - 2 dalam sepakan penalti. Pemain kegemaran saya Roberto Baggio, pemain penyerang Itali antara yang gagal menjaringkan gol ketika sepakan penalti. Masih terngiang-ngiang di fikiran saya melihat kesedihannya.

Saya ni nak kata pandai sangat bermain bola sepak, tak juga. Masa sekolah dulu ada juga mewakili sekolah dalam bola sepak. Peringkat tertinggi yang pernah saya wakili ialah peringkat daerah. Peringkat negeri tak layak lagi, sebab ramai lagi yang hebat. Haha.. 

Dulu saya bermain bola sepak pada posisi bek kanan. Ada kalanya menjadi bek tengah selaku stopper.  Masa main bersama kelab di kampung, saya kebiasaannya tak diberikan peluang bermain, asyik menjadi pemain simpanan saja. Dapatlah juga sekali sekala diturunkan. Sedih.. 😒😒😒

Tapi sekarang sudah lama tak bermain bola sepak. Kadang kala rasa rindu nak bermain bola sepak. Tapi tak tahulah sama ada masih larat atau tidak. Sebelum ni, sekiranya jabatan memasuki pertandingan atau mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak, biasanya saya akan turut bermain. Tapi tu lah, banyak dah jadi veteran. Main pun ala kadar saja, suka-suka.

* Entri ini dibuat sementara menunggu perlawanan Euro 2020 pada awal pagi ini antara Itali vs Austria. Semoga kemenangan berpihak kepada Itali. πŸ˜ŽπŸ€™πŸΌ

#TheAzzurri
#ForzaItalia

Friday, June 25, 2021

TERIMA PEMBERIAN HADIAH COMEL

Semenjak mula kembali aktif berblog dalam dua, tiga bulan ini, kerap juga menerima hadiah dan pemberian barangan daripada rakan-rakan. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan blogger yang telah memberikan sesuatu kepada saya. Saya sangat menghargainya.

Hari ini pula, kebetulan saya datang sebentar ke pejabat untuk uruskan beberapa tugas, dapat pula parcel dari Pos Express dari blogger Anies. Hadiah ini diterima sempena membantu beliau menjawab soalan berkaitan covid-19 yang diajukan pada blog beliau.



Hadiah-hadiah comel ini saya berikan kepada anak perempuan saya yang berusia 9 tahun. Dia pun amat suka akan barangan-barangan comel ini. Cuma buku nota, saya ambil untuk digunakan untuk mencatat apa-apa bagi urusan kerja.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada blogger Anies atas pemberian ini. Untuk makluman juga, blogger Anies ada menghasilkan lampu tidur yang kreatif dan cantik yang disebut Lampu Ukeer. Baru-baru ini saya ada menempahnya untuk dijadikan hadiah. Tak sabar rasanya nak melihat hasilnya nanti untuk dihadiahkan kepada anak perempuan saya sempena hari lahirnya.

Wednesday, June 23, 2021

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST SYU DERIS

Saya telah disapa oleh blogger Syu Deris yang menjemput menyertai segmen terbaharu yang dianjurkannya. Segmen tersebut adalah Pencarian Bloglist Syu Deris. Jadi, adat orang dah menjemput, tak elok kalau tak sertai. Kebetulan ada masa terluang, bolehlah saya bahagi sedikit masa untuk menyertai segmen ini tanda sokongan terhadap rakan blogger.



Uniknya segmen ini selain daripada syarat yang biasa, Syu Deris turut meminta agar meneka bilangan dan menyatakan salah satu simpulan bahasa yang terdapat pada gambar di bawah ini.


Jadi, tekaan saya ialah 10 peribahasa yang terdapat dalam gambar di atas. Saya nak cuba sebut kesepuluh peribahasa ini iaitu :

1. Buah hati
2. Hidung tinggi
3. Sediakan payung sebelum hujan
4. Jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
5. Kaki bangku
6. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
7. Katak di bawah tempurung
8. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
9. Bagai anjing dengan kucing
10. Kura-kura dalam perahu

Ke masih ada yang tertinggal? Jom kita cari lagi sama-sama.  πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€