Saturday, December 31, 2022

Baru atau Baharu, Manakah yang Betul?

Masih ramai yang menggunakan Selamat Tahun Baru, sedangkan penggunaan yang sebenarnya ialah Selamat Tahun Baharu. Sekiranya kita sukar untuk membandingkan bagaimana hendak menggunakan baru dan baharu, cuba kita tukarkan ia dalam bahasa Inggeris :

"Baru : just"
"Baharu : new"

Perkataan baru digunakan dalam konteks masa atau waktu contohnya "Saya baru saja tiba." atau "Bapa saya baru sahaja meninggal dunia."

Manakala perkataan baharu merujuk kepada kata sifat kepada kata nama, contohnya "Saya membeli kereta baharu." atau "isteri saya menghadiahkan jam tangan baharu.".

Kedua-dua perkataan ini turut boleh digunakan dalam satu ayat, di mana kita boleh melihat peranan perkataan tersebut : "Saya baru sahaja membeli kereta baharu."
 
Mari sama-sama kita biasakan yang betul, betulkan yang biasa, alah bisa tegal biasa. Apa-apa pun di kesempatan ini aku ingin ucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua dengan harapan tahun 2023 bakal memberi sinar kebahagiaan buat kita semua.




4 comments:

  1. Thanks for sharing, baru tahu.. Selamat tahun baharu 2023..

    ReplyDelete
  2. happy new year 2023 from Aida to Fairus.

    ReplyDelete
  3. Ya.. beza sungguh penggunaan 'baru' dan 'baharu'.. tp kekadang mmg terlepas jugak guna 'baru' tp yg dimaksudkan sbnrnya 'baharu'

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.