Sunday, August 8, 2021

TAHNIAH DATO' MOHD AZIZULHASNI AWANG



Pagi ini sepatutnya hendak berbasikal mengelilingi kawasan sekitar namun teringat akan perlawanan berbasikal Olimpik Tokyo yang melibatkan dua orang pemain negara iaitu Dato' Mohd Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom. Lalu, terus tak jadi untuk berbasikal, lagipun cuaca di luar kelihatan gelap seperti mahu hujan. Di kala entri ini dibuat, hujan pun telah turun dengan lebatnya.

Perlawanan bermula seawal jam 9.30 pagi waktu Malaysia di mana Dato' Mohd Azizulhasni Awang layak ke separuh akhir manakala Shah Firdaus Sahrom terkandas di suku akhir. Dalam jam 10.00 pagi Dato' Mohd Azizulhasni Awang sekali lagi menang bergaya dalam pusingan separuh akhir sekaligus layak ke peringkat akhir acara keirin (L) berbasikal trek. 

Terasa bergetar tangan melihat perlawanan akhir di telefon bimbit sambil mulut kumat kamit melafazkan doa bagi kejayaan atlit negara. Dada berombak-ombak, berdebar, dan di dalam hati sudah yakin ada kilauan pingat tetapi tidak tahu apa yang bakal dimenangi.

Akhirnya, Dato' Mohd Azizulhasni Awang memenangi pertandingan akhir tersebut,  bukan emas tetapi perak. Alhamdulillah., Tak mengapa, warga Malaysia nampak usahanya. Pingat perak pun sudah cukup untuk dibanggakan. 

Tahniah diucapkan kepada Dato' Mohd Azizulhasni Awang yang menghadiahkan pingat perak untuk negara di bulan kemerdekaan ini. Semoga lebih maju jaya pada masa-masa akan datang.

Tahniah!!!

39 comments:

  1. Replies
    1. πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼

      Delete
  2. Nasib baik sempat tengok perlawanan separuh dan akhir. Masa suku akhir tidak sempat tengok.

    ReplyDelete
  3. He did his best... I hope he can come back stronger in Paris later...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. maybe next Olympic he will get gold medal.

      Delete
  4. Alhamdulillah..dah berusaha yg terbaik..syukur..

    ReplyDelete
  5. Memang tak terkejar pemenang pingat emas tu.
    Tahniah Datuk Azizulhasni

    ReplyDelete
  6. bangga dengan pencapaian beliau. Tahniah Datuk!

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah . Tahniah untuk datuk jijoe dan team malaysia yang lain

    ReplyDelete
  8. Agak terkilan tgk pelumba Aussie tak kejar Jason Kenny lepas pacer kuar

    Apa pun dia dah buat yang terbaik untuk Malaysia. Tahniah Datuk Jijoe dan team cycling

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal.. Kenapa pelumba Australia tu tak turut pecut..

      Delete
  9. Salam kenal, saya baru follow blog ini..
    Alhamdulillah, tahniah Dato Mohd Azizul Hasni!

    ReplyDelete
  10. Proud malaysian!!!..alhamdulillah..debor tengok bila 2 lap terakhir...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..tahniah Dato' Mohd Azizulhasni Awang berikan saingan hebat rebut pingat. Geram je tengok Final haritu. Dah jauh sangat gap tu tak dapat nak pecut. Rezeki tahun ni dapat silver. InshaAllah nanti emas pula. Aaaminnn..
    Tahniah untuk semua atlet negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Tapi takpelah, nak buat macam mana, pertandingan pun dah berlaku.. Lain kali dia kena baca betul-betul tektikal lawan.

      Delete
  12. Kebanggan Malaysia. Moga atlet-atlet kita akan terus tempa nama di Paris kelak.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, berjaya tambah satu lagi pingat untuk Malaysia. Ingat dapat menang tempat pertama, tapi gap jauh sangat, tapi tempat kedua pun dah syukur dahh. Olimpik kot, bukan wakil sekolah kann hahaha

    ReplyDelete
  14. Rezeki dato jijoe tahun ni dpt perak.. insya allah emas utk malaysia nnt.. slowly but surely

    ReplyDelete
  15. tetap bangga bkn utk dato je tp utk shah dan seluruh team. insya allah ada rezeki emas di paris 2024 nnt

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. Tahniah buat beliau..

    ReplyDelete
  17. Walaupun perak, kejayaan sudah cukup besar! Olimpik ba itu.

    ReplyDelete
  18. tahniah datuk azizul.. u deserve it. uve done ur best

    ReplyDelete
  19. malaysia boleh! Rio 2016 Gangsa , Tokyo 2020 Perak. Sudah pasti Paris 2024 EMAS!

    Jom doakan!

    ReplyDelete
  20. Tahniah Dato Jijoe! Tahniah juga sebab Datin pregnant!

    ReplyDelete
  21. Bangga dengan kejayaan datuk azizul…

    ReplyDelete
  22. Ya.. Tahniah! Malaysia boleh! Malaysia Boleh!!!

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.