Friday, August 20, 2021

DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB DILANTIK SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE-9


Teka teki siapakah bakal menerajui kerajaan Malaysia kini telah terjawab apabila DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Malaysia berkenan untuk melantik Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Ahli Parlimen dari Bera, Pahang.

Selamat menjalankan tugas dan semoga dapat memaksimumkan kepentingan rakyat dari kepentingan peribadi. Ingat, jawatan ini bukan untuk selama-lamanya. Dengan keadaan politik yang tidak menentu, bila-bila masa roda boleh berpusing. Rakyat suka, rakyat dukung, rakyat tak suka, rakyat humban.

Semoga membawa Malaysia terus cemerlang! 

Tahniah atas pelantikan.

*****

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Isteri :
Datin Sri Muhaini binti Zainal Abidin

Anak :
4 orang

Pendidikan :
Ijazah Undang-undang Universiti Malaya

Kerjaya Awal :
Peguam
Pengerusi Malaysia Travel Business Sdn. Bhd.
Pengarah Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia

Jawatan Kerajaan :

2008 - 2009
Menteri Belia dan Sukan

2009 - 2013
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

2013 - 2015
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

2015 - 2018
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

2020 - 2021
Menteri Pertahanan

2021
Timbalan Perdana Menteri (7 Julai)
Perdana Menteri (20 Ogos)
 

39 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Moga dapat tadbir negara dengan baik.

    ReplyDelete
  2. biar siapa pun yang menjadi Perdana Menteri Malaysia, diharap dapat menjalan tugas yg diberi dengan adil dan saksama, semoga Malaysia sentiasa aman dan damai

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...semoga PM baru dapat menjalankan tugas dan mendahulukan rakyat..semoga Malaysia sentiasa aman damai

    ReplyDelete
  4. Moga boleh buat perubahan dalam negara. Tahniah Dato Sri!

    ReplyDelete
  5. Harap dapat menjadi PM yang bertanggungjawab terhadap negara dan rakyat di samping menteri menteri lain.

    ReplyDelete
  6. Semoga Malaysia akan bertambah baik. Amin.

    ReplyDelete
  7. Harap lepas ini tiada lagi perebut kuasa politik. haha

    ReplyDelete
  8. Semoga ada perubahan dalam pentadbirannya. Tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah.. kita doakan yang terbaik untuk negara.

      Delete
  9. Tahniah Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob PM ke-9. Semoga tanggungjawab dapat digalas dengan baik.

    ReplyDelete
  10. terjawab sudah. persoalan. ramai.
    Tahniah utk PM baru kita.
    semoga PM baru akan. mentakbir Malaysia Dgn lebih baik
    Aaminn

    ReplyDelete
  11. sy mengharapkan Malaysia akn jd lbh baik slps ini. aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang mahu melihat negeri bertambah baik.

      Delete
  12. Alamak! lupa tengok kat tibi tadi....

    ReplyDelete
  13. dengan pelantikan ini semoga keadaan malaysia bertambah baik selepas ini. rakyat lebih di perihatin kan

    ReplyDelete
  14. Semoga Paklong Mail dapat berikan yang terbaik buat Malaysiaku tercinta... Moga sihat, dan tabah menadbir negara dan rakyatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paklong Mail.. Macam abang saya yang sulong, Ismail juga nama dia..

      Delete
  15. Tahniah DSIS & PN...TSMY dah bagi yg terbaik, semoga dapat meneruskan legasi TSMY & menteri2nya..

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. Terima kasih.. Eh! macam saya pulak PM.. Hihi

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.