Thursday, March 25, 2021

TAMBAK LAUT, TERKAMBUS ARTIFAK

Kawasan tambak laut di Kota Syahbandar. Banyak artifak telah ditemui di sini


Pantai ditambak atas dasar pembangunan memusnahkan ekologi lantas hidupan laut semakin kurang sama kurangnya dengan pendapatan nelayan pantai.

Dahulunya lautan ini menjadi laluan utama kapal-kapal dagang pada zaman kesultanan Melayu Melaka, kini ia dikambus dan tertanam terus artifak dari kapal karam zaman tersebut.

Melaka dahulu merupakan kerajaan maritim, laut adalah nadi utama membawa pedagang dari timur dan barat. Melaka tempat berpusat segala dagang, bertukar-tukar barangan di sini. Sistem barter, pelabuhan entrepot, semua itu adalah Melaka. 

Kita hanya mampu menyelamatkan artifak mana yang sempat, sebelum tanah tambak dibangunkan, artifak akan terkubur di bawah bangunan-bangunan yang bakal didirikan.

Di kawasan tambak laut ini telah dijumpai beberapa artifak dipercayai sezaman dengan kesultanan Melayu Melaka. Antara yang dijumpai adalah kepingan kayu kapal, celadon, martaban, ceramik dan matawang kesultanan Melayu Melaka iaitu matawang Sultan Muzaffar Syah, selain turut ditemui matawang Portugis.

25 hingga 31 Mac 2021, aku mewakili jabatan (Perbadanan Muzium Melaka) bersama-sama pasukan yang terdiri daripada Jabatan Warisan Negara (JWN), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan pasukan penyelidik bebas menjalankan kerja-kerja penyelamatan artifak di sekitar Pulau Melaka dan Kota Syahbandar.

Semoga kami dapat menyelamatkan seberapa banyak artifak yang terdapat di situ sebelum kawasan tersebut dibangunkan oleh pemaju. Jumpaan-jumpaan ini sudah pastinya menjadi bukti kegemilangan zaman kesultanan Melayu Melaka pada suatu masa dahulu.

Hendak melihat monumen zaman kesultanan Melayu Melaka, sudah tiada, kerana Melaka telah melalui zaman penjajahan begitu lama. Portugis, Belanda dan British menjajah Melaka lebih 500 tahun. Banyak yang musnah malah tiada satu pun monumen berkaitan kesultanan Melayu Melaka yang dapat dilihat melainkan replika istana kesultanan Melayu Melaka. Artifak yang ditinggalkan ini saja yang menjadi bukti bahawa kesultanan ini pernah wujud dan sangat gah dan hebat satu masa dahulu.


18 comments:

  1. Replies
    1. Gambar itu cantik kerana gambar alam itu adalah ciptaan Allah SWT. 😌

      Delete
  2. Hai, salam perkenalan. Blogwalking here and done follow blog ini. Wah, good info to know. Bila GV baca perkataan tambak itu, terus teringat kat melaka dan singapura. Info sejarah sebegini mmg bagus diwarwarkan kepada generasi baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya pasti akan kembali melawat blog anda. 👍🏼

      Delete
  3. pergi je la ke indon sbb ada pantun..

    kalo roboh kota melaka, papan dijawa hamba dirikan.. 😅

    ReplyDelete
  4. tinggalan sejara wajar dipelihara n dipulihara tahniah usahanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. untuk tatapan generasi akan datang..

      Delete
  5. Dah biasa saya ke Indonesia.. Sekarang je tak dapat pergi kerana covid-19.. 😌

    ReplyDelete
  6. Orang sekarang tak appreciate sejarah. Lebih mengejar kemodenan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak dikata lagi.. Kita rakyat marhaen saja. Suara kita bagaikan angin lalu saja.

      Delete
  7. Menarik gambar ni fairus..photographer ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan fotografer.. Minat sahaja. 😅😅

      Delete
  8. View yang cantik dengan tangkapan gambar yang cantik. tapi sayang banyak kawasan dah ditambak dan ekosistem laut terganggu. Risau juga kawasan tambak ni akan ada kesannya akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pasti pantai akan bertukar kepada hutan² batu..

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.