Thursday, March 25, 2021

KERETA LEMBU MELAKA

Kereta Lembu amat sinonim dengan negeri Melaka. Walaupun pada masa zaman dahulu sudah ada terdapat kereta lembu di negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu/Malaysia namun kereta lembu terus menjadi ikon negeri Melaka sehingga kini. Malah terdapat lagu Kereta Lembu yang dinyanyikan oleh Helen Velu sekitar tahun 1969 yang liriknya mengkhususkan kereta lembu dari Melaka.

Kereta lembu,
dari Melaka,
ditarik pula oleh,
lembu perkasa.

Kereta lembu,
rodanya dua,
jalannya tak laju,
sejam sebatu,

Mari oh mari,
kita naik beramai-ramai,
pergi bertemasya,
mandi Safar di pantai.
 
Hah.. Itulah dia,
pusaka datuk ku,
pastikan ku jaga,
setiap waktu.

Terdapat beberapa pendapat tentang asal usul kedatangan kereta lembu di Melaka. Ada teori yang menyatakan bahawa ia telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi yang dibawa oleh pedagang-pedagang dari benua India. Kereta lembu ini digunakan dipelabuhan untuk mengangkut barang-barang dagangan.

Terdapat juga teori yang menyatakan bahawa kereta lembu dibawa masuk ke Melaka di zaman British iaitu pada tahun 1931 semasa Perang Naning. Catatan Munsyi Abdullah ada menyatakan askar India dibawa masuk ke Melaka untuk membantu menentang Dol Said di Naning, di pelabuhan kelihatan kereta lembu telah digunakan untuk mengangkut senjata.

Di Melaka kini kereta lembu tidak lagi dapat beroperasi di Padang Pahlawan akibat larangan dari pihak berkuasa. Penguasa-penguasa kereta lembu hanya menjalankan aktiviti di kampung-kampung dan sesekali ke kawasan bandar apabila dijemput untuk dijadikan pengangkutan dalam sesuatu program.

Nak cerita pasal kereta lembu ni memang panjang. Kebetulan memang aku sedang dalam usaha menyiapkan sebuah buku berkaitan kereta lembu Melaka. Insyaallah, tak lama lagi akan diterbitkan. 








Sebenarnya inilah kali pertama aku naik kereta lembu. Ini pun duduk sahaja, kereta lembu tak berjalan.

18 comments:

  1. Replies
    1. Takdelah empuk sangat, tapi selesa untuk diduduk.. :)

      Delete
  2. Berapa persen dah buku tu? Siapa yg akan terbit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dalam 50%. Buku bacaan ringan je uncle. Untuk merekodkan warisan kereta lembu di Melaka. Jabatan saya yang akan terbitkan.

      Delete
  3. Unik sekali bentuk kereta lembunya ..., Wah pasti seru ya saat naik tubuh terasa seolah digoyang berayun-ayun ...��

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Bolehlah kita lihat sekarang sebab ia masih ada. Tak mustahil suatu hari nanti kereta lembu ini akan lenyap ditelan zaman akibat tidak lagi dipedulikan oleh pemerintah dan masyarakat. :'(

      Delete
  5. Cantiknya gambar-gambar di atas. Bila sebut kereta lembu, kebetulan GV pun teringat lagu Kereta Lembu nyanyian Helen Velu tahun 1969 seperti Mr Fairuz nyatakan di dalam artikel di atas. hihi. Terbaik Mr Fairuz. :)

    ReplyDelete
  6. Buku hasil tulisan Mr Fairuz pasti laris nanti. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah.. tapi tiada royalti untuk saya pun, sebab saya tulis atas arahan jabatan.

      Delete
  7. pernah naik kereta lembu di Chiangmai, tarikan pelancong..Malaysia pun boleh buat jg..mesti ramai yg nak naik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahulu sebelum ada pembangunan Dataran Pahlawan Melake Megamall, kereta lembu ada di padang pahlawan membawa pelancong bersiar siar keliling padang.

      Delete
  8. Good luck on your book. Ada kerja kosong? Huhu

    ReplyDelete
  9. Datang Melaka tak pernah nampak kereta lembu walaupun katanya sinonim dengan negeri Melaka. Naik kereta lembu apatah lagi. Dapat naik tak berjalan pun janji, janji merasa lah naik ambil gambar sekeping dua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada dibuat pengusaha kereta lembu di kampung². Boleh cuba naik nanti

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.