Monday, March 29, 2021

JUMPAAN ARTIFAK DI PULAU MELAKA DAN KOTA SYAHBANDAR

Negeri Melaka dikenali sebagai negeri bersejarah sejak sekian lama. Tidak hanya bersejarah, negeri ini juga telah mendapat pengiktirafan dari UNESCO sebagai tapak warisan dunia.

Sebagai warga Melaka, secara peribadi aku sangat bangga dilahirkan di tanah bertuah ini. Bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan sejarah, budaya dan warisan membuatkan aku lebih menyanjungi negeri ini kerana kesultanan Melayu Melaka dahulu masyhur seantero dunia.

Boleh dikatakan tiada kawasan di Melaka tiada sejarah. Lebih-lebih lagi di kota Melaka yang dahulunya merupakan kawasan pentadbiran kesultanan Melayu Melaka dan kemudiannya Portugis, Belanda dan Inggeris turut mentadbir negeri di lokasi yang sama iaitu di Bukit Melaka yang kini dikenali sebagai bukit St. Paul.

Kesultanan Melayu Melaka dahulu sangat gah. Sayangnya, disebabkan Melaka mengalami zaman penjajahan yang begitu lama, hampir tidak kelihatan bekas bangunan atau monumen yang bercirikan kesultanan Melayu Melaka. Hanya yang ada ialah replika Istana Kesultanan Melaka.

Walaupun sejarah kesultanan Melayu Melaka kurang dapat dibuktikan dalam bentuk monumen, namun banyak penulisan dari dalam negara dan juga catatan dari China, Portugis, Belanda, Inggeris dan lain-lain ada menyebut mengenai kemasyhuran Melaka pada sekitar abad ke-13 hingga zaman kejatuhan Melaka. Tidak hanya catatan, pembuktian kehebatan kesultanan Melayu Melaka juga boleh dilihat dari artifak-artifak yang berkaitan dengan sejarah kesultanan Melayu Melaka.

Pada 26 Mac 2021 aku telah berpeluang untuk menyertai kerja-kerja servei dan penyelamatan artifak di dua lokasi di negeri ini iaitu sekitar Pulau Melaka dan Kota Syahbandar. Kerja-kerja ini melibatkan beberapa ahli yang terdiri daripada Jabatan Warisan Negara (JWN), Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan penyelidik bebas.

Memang banyak... Memang banyak artifak yang ditemui sekitar dua lokasi tersebut. Antara jumpaan ialah tempayan, pecahan tembikar dan seramik serta duit syiling zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti syiling Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mahmud Syah. Turut dijumpai syiling era Portugis dan Belanda.

Kawasan tempat kami jumpa artifak tersebut merupakan kawasan tambak laut. Sekiranya tidak ditambak, sebenarnya ia terletak di tengah-tengah laut. Umum mengetahui, Melaka merupakan empayar maritim yang mempunyai pelabuhan entrepot yang menghubungkan dagangan Timur dan Barat. Justeru, secara hipotesisnya, kebarangkalian artifak yang dijumpai itu adalah dari kapal karam di kawasan perairan ini. Ini diperkuatkan lagi dengan jumpaan kayu-kayu yang dipercayai merupakan kayu kapal yang berkemungkinan telah karam suatu masa dahulu.

Semoga dengan jumpaan-jumpaan artifak ini memperkuatkan lagi bukti dan hujah bahawa Melaka merupakan empayar yang penuh gilang gemilang pada zaman dahulu dan mempunyai pelabuhan yang hebat. Ini bertepatan dengan catatan Tome Pires yang menyatakan bahawa barang siapa yang dapat menguasai pelabuhan Melaka, maka dia sedang mencekik leher Venice.





Gambar-gambar di atas merupakan kerja-kerja ekskavasi arkeologi yang dijalankan. Nampak seperti mudah, tetapi ia tidak semudah yang disangka. Atas dasarnya kelihatan pasir, namun apabila dikorek, maka bermainlah kami dengan lumpur dan selut. Nak jumpa artifak pun sukar.




Gambar-gambar ini pula antara artifak yang ditemui. Kebanyakan tempayan, tembikar dan ceramik yang ditemui hampir tidak lengkap kerana telah pecah semasa ditemui.





Dan gambar-gambar yang terakhir ini merupakan gambar yang diambil oleh jurugambar. Semasa ini kami sedang melaksanakan kerja-kerja pembersihan jumpaan artifak sebelum direkod setiap artifak yang ditemui.

40 comments:

  1. Wah! Ada penemuan artifak baru. Bertambah pengetahuan sejarah kita berkaitan empayar Melaka πŸ‘πŸ»

    Follower #415 😎

    ReplyDelete
    Replies
    1. πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ terima kasih.

      Delete
  2. wahhh menariknyaaa... serpihan tembikar tu nnt akan dicantumkan ke, atau dibiarkan mcm tu je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita akan lihat sekiranya ada serpihan yang sama, mungkin akan dicantumkan. Sekiranya tiada, dibiarkan begitu saja.

      Delete
    2. benda mcm ni, ada x org berani curi dan lps tu jual kat pasaran gelap?

      Delete
    3. Ada je pencari harta purba.. Salah memang salah sebab ada peruntukan undang-undang yang menegah perbuatan tersebut.

      Delete
  3. Menarik macam siri tv Relic Hunter saya tengokasa kecik-kecik dulu. Good job

    ReplyDelete
  4. Hebat Melaka!

    (Cantik awan tu...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ

      Delete
  5. usaha yg bagus drpd pelbagai pihak...menarik wang syiling purba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syiling dalam gambar tu ialah syiling Portugis.

      Delete
  6. Akak baru sekali sampai Melaka...sempat la naik cruise kt sg melaka..rasa ciconut milkshake kt klebang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti² jangan lupa ke Melaka lagi kak..

      Delete
  7. Menariknya kerja gini.
    Bukan kerja yang mudah, perlu sabar dan teliti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang perlu sabar dan teliti serta tentu sekali penat. πŸ˜…

      Delete
  8. wow..hebatnya kerja...
    klu dalam bidang kerja saya untuk harta-harta yang rare ni dipanggil hartanah khas dan nilainya amat tinggi. maklumlah takde willing seller n willing buyer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini artifak khazanah dan warisan negeri, bukan untuk dijual beli..πŸ˜ƒ

      Delete
  9. Teruja tengok hasil penemuan artifak bersejarah... Melaka sudah lama maju sejak berkurun dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Namun, kalau tidak mengambil iktibar dari sejarah, kemajuan yang dikecapi akan hancur.

      Delete
  10. menarik kerja-kerja ekskavasi ni. lebih menarik kalau jumpa barang2 tinggalan sejarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam kerja² yang dibuat ini, dapat menjumpai banyak artifak.

      Delete
  11. Kagum lihat kerja penyelamatan artifak begini. Bukan mudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Bukan mudah. Nak² tempat yang sebegini. Berselut dan berlumpur. 😭

      Delete
    2. Saya memang kagumlah. Buat kerja cari-mencari mata memang kena tajam kan... badan kena kuat tahan cuaca...

      Delete
  12. dh mcm tgk movie jurassic park je., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jumpa pulak tulang dinosaur.. πŸ˜…πŸ˜…

      Delete
  13. saya terus terfikir, 100 tahun nanti, pinggan mangkuk tembikar yg kita ada skrg nanti, mungkin kah akan menjadi barang bersejarah camni?

    ReplyDelete
  14. Bestnya. Ada keje kosong x? =D Hahaha!

    ReplyDelete
  15. baru baru ni banyak betul bahan artifak dijumpai di serata Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Betul tu. Artifak sudah memunculkan diri.

      Delete
  16. Menarik fairus..artifak mcm ni bkn senang nk dijumpai..jenuh tekun sabar mencari setiap sudut :)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.