Monday, March 1, 2021

MAHKOTA MASJID WARISAN MELAKA

Apabila ke negeri Melaka, pastinya terjumpa reka bentuk masjid-masjid yang unik. Keunikan ini terserlah baik dari aspek seni bina bumbung, menara, ukiran dan sebagainya.

Antara reka bentuk yang paling unik ialah mahkota yang terdapat di bumbung masjid. Mahkota dikenali dengan beberapa nama seperti mahkota atap, som atau hiasan kemuncak. Pembinaan mahkota masjid terutama pada masjid-masjid lama adalah diperbuat daripada karang laut dan dicampurkan dengan putih telur (penganti simen) kemudian diukir dalam bentuk bertingkat-tingkat seperti stupa.

Mahkota yang terdapat di masjid-masjid lama di dalam negeri Melaka dikatakan mempunyai pengaruh Hindu-Buddha, sebagai contoh, penggunaan motif bunga teratai. Selain itu, dalam pembinaan masjid lama terdapat motif-motif haiwan atau anggota-anggota haiwan namun telah diabstrakkan agar tidak kelihatan jelas seperti haiwan. Antara contohnya ialah motif naga yang dijadikan motif sulur bayung agar ia selari dengan ajaran dan kesenian islam. Terdapat juga motif-motif lain seperti geometri dan awan larat.

Menara Masjid Parit Melana

Walaupun dikatakan mempunyai pengaruh Hindu-Buddha, ianya hanya sekadar perlambangan sahaja yang mengambarkan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan masyarakat majmuk pada ketika itu yang disematkan dalam keindahan seni bina. Ia tidak pernah diniat untuk diagung-agung atau dijadikan simbol penyembahan, sebaliknya hanyalah kesenian semata-mata. 

Terdapat empat ciri utama yang terdapat pada mahkota masjid lama Melaka iaitu :

1. Terletak di bahagian yang paling tinggi.

2. Asasnya berbentuk segi empat sama.

3. Mempunyai hiasan-hiasan di setiap sudut.

4. Bertingkat-tingkat antara 2-4 tingkat.

Namun kini, masjid-masjid baharu di Melaka tidak lagi mengunakan reka bentuk lama pada bahagian mahkota. Kini kebanyakkan masjid dibina kubah dan diletakkan simbol bulan dan bintang. Selain itu terdapat juga rekaan kontemporari yang melambangkan agama Islam. 

Rujukan : Warisan Ketara Seni Islam Tempatan : Mahkota Atap Masjid Tradisional Melaka (Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Siti Nor Azhani Mohd Tohar & Rabiah Abdul Rahman)

8 comments:

  1. Nice info. Suka tengok masjid-masjid di Melaka. Macam-macam rupa dan pengaruh budaya berbeza pada setiap masjid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ini baru cerita pasal mahkota masjid. Banyak lagi keistimewaan dan keunikan yang terdapat pada masjid-masjid warisan di Melaka.

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih kerana sudi hadir ke blog ini.

      Delete
  3. Oooo... benda tu dipanggil 'mahkota'?

    Baru uncle tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga beberapa nama lain yang disebut seperti yang saya tulis di dalam artikel di atas.

      Delete
  4. Wah, info yang sangat bagus dan rare. Boleh dijadikan bahan rujukan untuk pelajar di dalam bidang senibina dan juga antropologi & sosiologi tempatan.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ terima kasih.

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.