Saturday, September 15, 2012

TIPS MENJADI PENGAWAL KESELAMATAN YANG CEMERLANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya hendak berperanan sebagai Ketua Pengarah Pengawal Keselamatan, pasal itu saya mahu memberikan Tips Menjadi Pengawal Keselamatan Yang Cemerlang. Bukan apa, ada cerita di sebalik tips yang saya mahu berikan ini. Hendak tahu apa ceritanya, bacalah hingga ke akhir perenggan.

Kalau sebut saja pasal pengawal keselamatan, semua orang tahu. Mereka berperanan untuk mengawal keselamatan premis seperti pejabat kerajaan dan swasta, bank, stadium, kawasan pembinaan dan pelbagai lagi. Di kalangan orang-orang biasa ia lebih dikenali sebagai Pak Guard.

Gambar sekadar hiasan

Namun, pengawal keselamatan ini ada yang kerjanya baik dan ada yang sebaliknya. Tetapi dalam pengalaman saya berurusan atau mengenali pengawal keselamatan, kebanyakannya bermasalah. Baik dari masalah disiplin, moral, personaliti diri dan sebagainya. Jadi di sini saya sebagai pemerhati dan terlibat secara langsung bagi memantau aspek-aspek keselamatan ini ingin memberikan beberapa Tips Menjadi Pengawal Keselamatan Yang Cemerlang.

1) Hendaklah selalu berpakaian kemas dan segak.

2) Sentiasa memberikan senyuman kepada pelawat / tetamu.

3) Bertutur dengan tegas tetapi mengekalkan kesopanan dalam pertuturan.

4) Sentiasa menghormati pelawat / tetamu.

5) Tidak tidur semasa dalam bertugas.

6) Kerap melakukan rondaan untuk mengawal keselamatan.

7) Tidak meninggalkan pos kawalan sesuka hati.

8) Sentiasa patuh pada arahan ketua dan kakitangan tempat bertugas.

9) Selalu pastikan keadaan pos kawalan dan persekitarnnya bersih dan teratur.

10) Amalkan sikap memberi salam / hormat kepada pelawat / tetamu dan juga kakitangan tempat bertugas.

11) Melaksanakan segala tugasan di dalam prosedur yang telah ditetapkan.

Inilah sebahagian dari tips yang dapat saya berikan. Saya amat pasti, sekiranya mereka mengikut tips yang diberikan insyaallah profesion pengawal keselamatan akan menjadi lebih profesional dan martabat mereka sebagai pengawal keselamatan dapat diangkat tinggi.

Agaknya, sebab apakah yang membuatkan saya membuat entry mengenai Tips Menjadi Pengawal Keselamatan Yang Cemerlang ini???

Sebenarnya ada sesuatu yang berlaku pada kakak saya baru-baru ini apabila dia dalam proses menguruskan pertukaran sekolah bagi anak-anaknya. Perkara ini berlaku dalam satu hari di dua buah sekolah yang berbeza tetapi mempunyai pengawal-pengawal keselamatan yang seakan sama perangai mereka. Saya akan cerita satu persatu, dan sila gambarkan situasinya.

SEKOLAH A

Kakak dan anaknya pergi ke sebuah sekolah, kemudian dia memasuki ke kawasan sekolah untuk membuat urusan mendaftar anaknya ke sekolah tersebut. Selesai urusan lalu kakak saya keluar. Tiba di pos pengawal keluar seorang pengawal lalu berkata "kau ingat aku ni tunggul ke sesuka hati kau keluar masuk?"

Kakak saya yang awalnya memang tidak perasan adanya pengawal keselamatan di situ terus meminta maaf. Namun, permohonan maafnya dibalas dengan kata-kata yang keluar dari mulut pengawal itu, "sudah.. sudah.. berambus kau semua!!!

SEKOLAH B

Setelah selesai urusan ke sekolah A, kakak saya membawa pula anaknya seorang lagi ke sekolah B juga untuk urusan perpindahan anaknya ke sekolah itu. Kali ini dia lebih berhati-hati. Dia pergi ke pondok pengawal dan minta kebenaran untuk masuk ke pejabat sekolah. Kali ini pengawal keselamatan memberikan borang untuk diisikan dan menyuruh untuk mendapatkan tandatangan pegawai yang dia berurusan.

Hendak dijadikan cerita, setelah selesai berurusan, kakak saya pula terlupa untuk mendapatkan tandatangan pegawai yang dia berurusan bagi memulangkan semula borang yang diberikan oleh pengawal keselamatan. Semasa tiba di pos pengawal, pengawal keselamatan tersebut meminta borang yang telah diberikan pada awal tadi. Akibat terlupa, kakak saya menyuruh anaknya untuk ke pejabat semula untuk mendapatkan tandatangan. Namun, pengawal keselamatan itu berkata "dah.. dah.. tak perlu.." lalu meminta borang tersebut dan dikoyakkan di depan mata kakak saya.

Saya rasa, yang membaca ini juga berasa marah dengan perbuatan 2 orang pengawal keselamatan ini. Nasib baiklah ia berlaku pada kakak saya, sekiranya saya yang terkena begitu mahunya bertikam lidah juga rasanya atau saya terus laporkan kepada pengurusan sekolah itu.

20 comments:

  1. wah.. memang kurang ajar la sound2 macam tu. seolah2 tak tau nak hormat orang lngsung.

    p/s : saya pun tak tau la bro napa lambat loading.. buntu saya pikir

    ReplyDelete
  2. BONI : DIA TAK KENA BUKU DENGAN RUAS TU..

    ReplyDelete
  3. kalo saya yg kene,mmg saya sound pak guard tu balek..xskolah punye prangai..meh kite skolah kn dia plak..huhuhu..

    ReplyDelete
  4. Kat tempat saya ada yang bagus dan sebaliknya, ada yang tidak akan meninggalkan pos dan bersembayang di tempat terbuka demi kerja, ada yang tidur saja makan gaji buta, ada yang peramah dan mesra,ada yang sentiasa kemas dan ada yang tidak terurursm semuanya seperti jari yang tidak sama panjang, apapun disini - + akan jadi ibarat nila setitik. Kadang-kadang agak gila kerja 24 jam, memang tidurlah jawabnya, lebih rm50 ribu sebulan dibelanjakan syarikat termasuk membayar mereka yang tidur dan ponteng. TV camera 42 inchi di buat main game.

    ReplyDelete
  5. ini pak guard memang nak kena ajar..

    entah susah jugak bila jumpa pak guard yang macam ni.. sabar pun boleh jadi hilang sabar rasanya..

    *incek fairus tau aje eh rumah tu area mana.. hehe..

    ReplyDelete
  6. zie paling tak suka dgn pak guard yg lagaknya mcm anggota polis...huhu

    ReplyDelete
  7. NUR LAVENDER

    ANON

    FTR

    ZIE

    TERIMA KASIH KERANA BERPIHAK KEPADA ENTRI SAYA INI. SAYA JUGA DAPAT KOMEN YANG KURANG ENAK DIBACA DI FB FAIRUS.COM. SAYA RASA ORANG YANG MEMBERI KOMEN ITU TIDAK MENGEURTI ENTRI SAYA INI ATAU DIA MEMANG TIDAK MEMBACA DENGAN HABIS.

    SAYA BUKANLAH BERNIAT UNTUK MENJATUHKAN ATAU MENGHINA PROFESION PENGAWAL KESELAMATAN, SAYA CUMA BERCERITA APA YANG BENAR-BENAR BERLAKU..

    ReplyDelete
  8. huhuhuhuhu geram plak moon baca...
    dah melampau laa kalau sampai koyak borang tu...
    kalau moon... buat report kat pihak sekolah.. pastu sekolahkan dia balik... haha

    ReplyDelete
  9. Patutlah dia jadi pengawal! Perangai macam dot dot dot dot dot..

    A ah saya marah bile baca ni. Kurang ajar betul!!!!!

    ReplyDelete
  10. salam..
    nak marah juga dengar cerita mcamni.. tapi rasanya yg berperangai mcni selalunya guard swasta/syarikat keselamatan.. sbb selalunya saya biasa berurusan dengan pejabat2 kementerian(guard kerajaan) semuanya kebanyakan baik2 dan berbahasa.. mereka ni (guard kerajaan)kebanyakkanya terlatih dan sering diberi kursus dan latihan dlm aspek2 keselamatan kerana mereka juga merupakan kakitangan kerajaan.
    tntang berlagak seperti anggota polis tu memang wajar la, dah nama pun menjaga keselamatan kan..mereka ni ibarat polis dalam kawasan/bgunan kerajaan yg mereka kawal.. bidang kuasa pula dalam kawasan merekalah yg berkuasa sebenarnya..tahukah kita semua buku laporan yg mereka tulis tangan tu walau kadang dipandang remeh sebenarnya boleh menjadi bahan bukti sehingga boleh digunakan di mahkamah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERIMA KASIH PAKTAM KERANA SUDI MEMBACA DAN KOMEN DENGAN PANJANG LEBARNYA.. :)

      Delete
    2. kat tempat saya bekerja sekarang lagi teruk,Ketua Pengawal suka mengumpat,sampai saya sendiri kena mengumpat sekali,memfitnah,saya kena marah walaupun itu bukan salah saya,saya baru bekerja sebagai pengawal keselamatan,tiada pengalaman berumur 26 tahun,Ketua Pengawal memandai menjodohkan orang sampai jadi satu salah faham,tak pernah lagi saya kerja kat tempat lain punya teruk macam ni,mula² saya masuk kerja dah mengajar saya tidur,lagi seorang pengawal keselamatan tidak tahu menulis dan membaca suka tidur waktu rondaan di hotel,hotel ditutup sementara waktu atas sebab renovation,pening kepala saya mengadap perangai orang macam ni rupa,cakap orang luar tidak boleh masuk ke kawasan hotrl tetapi bawa ahli keluarga ke tempat kerja boleh,saya mengadu ke ibu saya,kemudian ibu saya menelefon penyelia bangunan hotel,penyelia bangunan hotel mengatakan itu atas kebenaran beliau,kemudian beliau seakan akan menyalahkan saya dan ibu saya atas salah faham yang terjadi antara saya,ibu saya,ketua pengawal,dan kawan ketua pengawal yang selalu datang melepak ditempat kerja,menumpang tidur,

      Delete
  11. Saya menghargai pandangan dan nasihat dari saudara dan saya sendiri bekerja didalam sektor tersebut, pada pendapat saya salah satu faktor tersebut adalah kurang latihan dan kemungkinan juga anggota pengawal tersebut masih baru didalam tugasan kawalan keselamatan, bila berlaku jawatan tersebut dipenuhi oleh warga asing dalam setengah2 syarikat maka kurang komunikasi dan juga pendedahan dari segi latihan dengan ini secara tak langsung mengakibatkan perselisihan faham. Pada pendapat saya jika seorang anggota pengawal keselamatan yang berpengalaman beliau akan menggunakan budi bicara yang terbaik dalam waktu yang sama tidak akan menjadikan alasan budi bicara untuk menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak majikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERIMA KASIH KERANA MEMBERIKAN KOMEN.. ANDA MEMANG AMAT MEMAHAMI..

      Delete
  12. Berdasarkan cerita tadi, saya akui memang benar. Saya juga seorang pengawal keselamatan. Cuma di tempat saya guard yang 'poyo' ni orang tua yg dh berpengalaman. Pelik jugak saya tengok perangai dia. Cakap kurang ajar, perangai menjengkelkan, bergaduh dengan orang awam, mengorat kakitangan syarikat, cakap tak serupa bikin dan macam2 lagi.. Bila selidik latar belakang dia baru saya tahu. SEKOLAH TAK HABIS!!! HAHAHAHAHA!!! PATUTLAH POYO LAIN MACAM!!!!! HAHAHAHAHA!!!

    ReplyDelete
  13. Berdasarkan cerita tadi, saya akui memang benar. Saya juga seorang pengawal keselamatan. Cuma di tempat saya guard yang 'poyo' ni orang tua yg dh berpengalaman. Pelik jugak saya tengok perangai dia. Cakap kurang ajar, perangai menjengkelkan, bergaduh dengan orang awam, mengorat kakitangan syarikat, cakap tak serupa bikin dan macam2 lagi.. Bila selidik latar belakang dia baru saya tahu. SEKOLAH TAK HABIS!!! HAHAHAHAHA!!! PATUTLAH POYO LAIN MACAM!!!!! HAHAHAHAHA!!!

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.