Thursday, September 13, 2012

BANTULAH DIRIMU WAHAI MAHASISWA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bantulah dirimu wahai mahasiswa. Wah, nampak serius sahajakan tajuk entri saya pada hari ini. Ya, memang saya serius, lebih-lebih lagi yang melibatkan mahasiswa berbangsa Melayu.

Saya bertugas di muzium. Di muzium terdapat ramai pelajar universiti yang hendak membuat kajian dan tugasan yang telah diarahkan oleh pensyarah masing-masing. Di kompleks Stadthuys ini saya banyak menerima pelajar untuk membuat kajian berkenaan sejarah, senibina dan pelbagai lagi.

Selain suka menjadi pemandu pelancong di dalam muzium, saya juga memang gemar membantu para pelajar yang datang membuat kajian di muzium tempat saya bertugas. Terdapat mahasiswa pelbagai pusat pengajian tinggi dari politeknik hinggalah ke UPM, UiTM, UKM dan pelbagai 'U' lagi pernah datang bertandang dan saya sebolehnya memberikan maklumat yang cukup bagi mereka menyiapkan tugasan yang diberikan.

Ada yang datang dari jauh semata-mata untuk membuat kajian. Ada yang datang secara berkumpulan, dan ada juga secara individu. Ada yang menemuramah saya, ada yang menemuramah sambil merakam percakapan malahan ada yang merakam percakapan saya dengan video. Itu semua saya tidak kisah asalkan mereka mendapat maklumat secukupnya.

Namun, ada segelintir yang datang membuat kajian / tugasan seperti tidak bersungguh-sungguh. Ada yang datang menemuramah saya tidak sampai 5 minit lepas itu sudah selesai. Kadang saya bertanya juga, "berapa muka surat pensyarah awak surat buat assignment ini, sedikit saja tanya?" Lepas itu ada pula di kalangan mereka menjawab, "alaa, lecturer suruh buat assignment yang biasa-biasa sahaja..." Apakah maksud assignment yang biasa-biasa sahaja sedangkan mahasiswa tersebut merupakan mahasiswa peringkat Ijazah pertama.

Ada pula yang memberikan soalan yang entah apa-apa, lepas itu sekejab saja menanya sehingga saya berkata "dah, tu saja! Betul tu saja?" Mereka pula menjawab, "tidak mengapa, yang lain-lain ada di website kan, nanti kitorang copy kat situ saja". Oh, sekadar merujuk pada laman sesawang, pada hemat saya kalau merujuk pada laman sesawang maka banyaklah terjadinya plagiat iaitu copy and paste. Begitu mudah mahasiswa membuat tugasan sekarang. Tidak perlu work hard, hanya perlu work smart. I really hate orang yang work smart!!!

Kesungguhan para pelajar ini untuk mendapatkan maklumat semasa menemuramah boleh dilihat jelas dari memek muka mereka. Ada yang begitu teruja, bersungguh-sungguh dan ada sambil lewa bagai melepaskan batok di tangga.

Tolonglah wahai mahasiswa, bersungguh-sungguhlah dalam membuat apa-apa tugas sekalipun. Walaupun ianya sekadar tugasan biasa, namun ianya perlulah dilakukan dengan sempurna mengikut tahap pemikiran dan kewarasan seorang pelajar peringkat Ijazah pertama. Bantulah dirimu sendiri untuk mencapai satu tahap kejayaan yanag tertinggi, jangan sekadar ala kadar atau cukup-cukup makan.
 
Lebih-lebih lagi bagi peminjam wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), jika anda tidak mahu menanggung hutang selepas belajar, silalah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan. Dengan memperoleh ijazah kelas pertama, maka anda tidak perlu membayar walau sesen pun. Namun jika gagal, anda perlulah melunaskan hutang PTPTN tersebut.
 
Akhir kata WAHAI MAHASISWA BANTULAH DIRIMU KE ARAH KECEMERLANGAN, BUKAN UNTUK SAYA TETAPI UNTUK DIRIMU SENDIRI.

8 comments:

  1. saya waktu belajar tidak berhutang untuk berilmu, tapi waktu bekerja pula berhutang untuk kehidupan.... :)

    ReplyDelete
  2. IARRYLR : SAYA SEKADAR MENASIHATI YANG MUDA-MUDA INI..ZAMAN SAYA DAH LEPAS, SAYA DAH LALUI.. MENYESAL TAK BELAJAR SUNGGUH-SUNGGUH DULU..

    ReplyDelete
  3. hmm teringat masa zmn belajar... kalo wat assignment... saya akan pastikan ahli group sy bukanlah jenis sambil lewa dan lepas tangan..

    nak buat sesuatu kena bersungguh2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. DULU ADA AHLI KUMPULAN SAYA TAK BERI KERJASAMA, LANGSUNG TIDAK LIBATKAN DIRI DALAM TUGASAN YANG DIBERIKAN. AKHIRNYA SAYA TERLUPA NAK TARUK NAMA DIA DALAM ASSIGNMENT..

      Delete
    2. hehhehe... satu pengajaran untuk dia tue... wlpun fairus xsengaja kan...

      Delete
  4. bukan setakat mahasiswa...murid2 di sekolah pun sama...mungkin murid nie masih mentah..tapi mak bapanya ndak kisah...bila anak didenda pasal ndak buat kerja rumah...guru yang dipersalahkan ndak boleh denda...so apa yang guru mahu lakukan..tak kan biarkan je...akhirnya...bebudak naik kepala...ndak siap pun guru ndak marah kalau dimarah...ada ibu bapa kami yang marahkan dia balik...kesannya..macam nielah...

    ReplyDelete
  5. KANCIL : SABAU-SABAU.. JADILAH GURU YANG CEMERLANG.. KALAU IBU BAPA TAK AMBIL PUSING AKAN ANKNYA, GURULAH PERLU MEMBANTU..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.