Monday, September 3, 2012

4 EKOR DORAEMON

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebut saja Doraemon, bukan sahaja kanak-kanak yang menyukainya, bapa-bapa budak pun ada yang menyukainya. Tidak dinafikan, dahulu masa zaman budak-budak saya memang gemar menonton Doraemon. Sudak masuk ke zaman budak budak-budak ini, saya juga menyukai Doraemon. Bukan dari aspek menonton cerita, tetapi mengumpul koleksi permainan. Tidak kiralah apa-apa karektor sekalipun.
 
Figura Doraemon yang saya dapat kali ini ialah dari Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC). Kegilaan untuk mengumpul figura karektor kartun bermula sejak saya mengumpul figura Upin dan Ipin. Namun malangnya saya tidak dapat mengumpul kesemua figura ini, hanya kekurangan satu unit untuk melengkapkan koleksi.
 
Selepas keluaran figura Upin dan Ipin, KFC mengeluarkan pula figura Spiderman. Sama dengan figura Upin dan Ipin, figura Spiderman juga mempunyai 4 unit figura yang amat menarik.
 
Dan kali ini saya dapat memperolehi 4 unit figura Doraemon yang agak comel. Sebenarnya ia lebih kepada alatan tulis bagi kanak-kanak di mana setiap figura ini ada berfungsi dan menyimpan alatan tulis seperti krayon, pembaris, protektor dan sebagainya.
 
Jom, layan saya koleksi Doraemon ini...





Thursday, August 30, 2012

PERCAYAKAH ANDA BAHAWA SAMSUNG TELAH MEMBAYAR APPLE SEBANYAK RM 3.25 BILION DENGAN MENGGUNAKAN WANG SYILING???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Baru-baru ini kita dapat mendengar berita sahih yang menyatakan bahawa syarikat Samsung telah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar lebih RM 3 Bilion kepada syarikat Apple kerana mereka dikatakan telah meniru hak cipta.

Berita di atas memang telah ramai percayai kerana adanya sumber-sumber yang benar yang menyokong. Namun, baru-baru ini juga terdapatnya gambar yang mendakwa syarikat Samsung telah membayar saman tersebut dengan menggunakan wang syiling. Gambar-gambar ini tersebar luas di internet di blog-blog dan juga facebook.

Saya secara peribadi masih lagi belum mampu menerima perkhabaran ini kerana ia amat meragukan.  

Sumber gambar : http://ohduniaku.com/
Jika diteliti betul-betul, gambar ini seperti di dalam kilang dan lelaki yang sedang bertugas seperti di dalam kilang. Ada mustahil bagi diri saya untuk mempercayai bahawa gambar ini merupakan yang mendakwa syarikat Samsung telah membayar saman tersebut dengan menggunakan wang syiling.

Persoalan dari saya, adakah anda mempercayainya?

COCA COLA LAH PULA...!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bagi sesiapa yang biasa dengan blog saya ini semestinya akan kaitkan saya dengan Milo. Tetapi hari ini, bukan pasal Milo yang saya mahu ceritakan, tetapi pasal Coca Cola.

Coca Cola... Siapa tak kenal, jenama minuman terkenal seantero dunia. Bukan niat saya untuk mempromosikan Coca Cola. Sudah lama saya tidak minum air Coca Cola. Cuma apa yang saya kongsikan ialah gelas Olimpik 2012 Coca Cola yang sedang berlegar di pasaran di restoran Mc Donalds.

Saya baru sahaja membeli 1 set (6 buah) gelas ini dengan harga RM 12.00++. Amat berbaloilah juga jika dibandingkan semasa ia mula-mula dikeluarkan. Sekiranya saya tidak silap, pada mula-mula ia dijual di restoran Mc Donalds, harganya sekitar RM 6.00++ bagi sebuah gelas.

Nasib baiklah saya tidak terlalu gopoh untuk membelinya terlalu awal. Rupa-rupanya boleh dapat lagi murah. Oklah.. Jom layan saya koleksi gelas Olimpik 2012 Coca Cola ini.