Saturday, May 26, 2012

MONOLOG BUAT MIRA EDORA

Mira Edora... Sungguh cantik namanya. Secantik orangnya juga. Berkacukan Melayu dan Mat Saleh. Memang cantik, bak kata orang-orang muda sekarang, memang cuuuuunnnn. Kasihan kamu Mira Edora, ayahmu telah dahulu meninggalkan alam fana dan kamu. Mamamu saja yang menghempas pulas membesarkan kamu.

Kamu cantik, memang cantik. Ramai lelaki yang cuba mendekati kamu. Fauzi.., Fauzi yang kamu cintai. Hubungan kamu begitu erat. Habis sekolah berjumpa bersama, di rumah dijemput keluar. Begitu juga dengan Dali dan Gary. Indah sungguh kamu bercinta di zaman sekolah. Memang tidak dapat dipastikan adakah cinta kamu itu cinta monyet atau sebaliknya.

Kini, cikgu baru pula yang kamu syok. Cikgu Nordin, seorang duda. Mantan teman baik mamamu, Mira Edora. Begitu lama kamu memendamkan perasaan kepadanya. Tidak tahukah kamu bahawa dia seusia arwah ayah kamu? Begitu tinggi citarasa kamu Mira Edora.

Mamamu pula, juga sama-sama memendam perasaan terhadap kekasih lamanya, Cikgu Nordin. Bagai sirih pulang ke gagang, mamamu menyambut mesra kepulangan Cikgu Nordin kepangkuan. Kini terjadilah cinta tiga segi antara ibu dan anak.

Mira Edora, harap kamu memahami. Cikgu Nordin ialah bekas teman lelaki mamamu. Mereka sudah nyaris berkahwin pada suatu masa dahulu. Namun, oleh kerana bangkangan dari keluarga, masing-masing telah membawa diri. Biarlah mereka bersatu kembali, Mira Edora. Kamu tidak padan dengan Cikgu Nordin. Cikgu Nordin menyayangimu sebagai anak, bukan sebagai kekasih. Harap kamu mengerti.

Mira Edora... Terimalah kembali mamamu. Terimalah Cikgu Nordin sebagai ganti arwah ayahmu.

---------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya saya baru selesai membaca sebuah novel yang ditulis oleh seorang novelis terkenal iaitu Khadijah Hashim bertajuk Mira Edora. Monolog yang saya hasilkan di atas adalah sebagai pemahaman yang saya perolehi daripada membaca novel tersebut dan saya terjemahkan dalam bentuk tulisan.

Khadijah Hashim... siapa tidak kenal beliau. Seorang novelis terkenal. Beberapa karya beliau telah dijadikan Filem seperti Mira Edora dan Bicara Hati. Kini, beliau juga merupakan seorang pelukis. Karya-karya lukisan beliau sedang dipamerkan di Balai Seni Lukis Melaka sehingga 31 Mei 2012.

Novel Mira Edora yang saya baca ini juga merupakan pemberian daripada beliau... :)


Novel setebal 180 muka surat


Telah ditandatangani oleh penulisnya

Friday, May 25, 2012

WANITA BELANDA YANG PALING SEKSI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Nampak saja tajuk "Wanita Belanda Yang Paling Seksi" pasti ramai yang cepat-cepat mahu menjenguk entri ini kan? Sebenarnya, tiada seorangpun wanita Belanda berada di dalam entri ini. Hanya yang ada ialah bekas makanan Dutch Lady yang baru saja diperolehi hasil daripada pembelian susu UHT berperisa strawberi Dutch Lady.

Siapa yang belum dapat lagi bekas makanan percuma ini, bolehlah dapatkan di pasaran sekarang. Sebelum terlambat.


Siap berbunga-bunga lagi...


Dutch Lady a.k.a Wanita Belanda


Aik.. Buka baju dah... :)


Mak ooiii.. Memang seksi le..

Percaya atau tidak, di Belanda tiada satu produkpun berjenama Dutch Lady. Dalam tahun 2007 saya ada mengenali seorang kontraktor warga Belanda yang melaksanakan projek di Melaka. Dalam berborak-borak santai saya menanyakan sama ada di Belanda ada produk Dutch Lady. Dengan pelik dia katakan bahawa baru pertama kali dia tahu ada produk berjenama Dutch Lady, sebab di Belanda tiada satu produk berjenama itu. Erm.. Wallahuaklam. 

ICI DULUX SUDAH TIDAK MENIAGA CAT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Percaya atau tidak bahawa syarikat ICI Dulux tidak lagi menjalankan perniagaan cat? Hehe.. Jangan percaya, saya tipu.

Sebenarnya saja mahu berkongsi pemberian percuma daripada ICI Dulux iaitu berupa bekas air (tumbler) dan pen yang mempunyai logo ICI Dulux.

Barang percuma yang saya dapat ini adalah pemberian dari wakil ICI Dulux yang menjalankan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka untuk membekalkan cat-cat bagi kegunaan mengecat bangunan warisan yang ada di negeri Melaka.


Tumbler ICI Dulux


Dulux - Adding Colour to people's lives


Pen Dulux berdakwat hitam


Masih boleh digunakan, tetapi hanya simpan dalam kotak 

Kredit diberikan kepada bloggers a.k.a collectors http://hobby-collection.blogspot.com/, http://spallanpunya.blogspot.com/ dan http://edilelly.blogspot.com/ yang memberikan idea untuk saya turut sama membuat entri sebegini yang menyerupai mereka.

Selepas ini, jangan segan-segan untuk membaca dan menjenguk gambar-gambar barangan-barangan yang tersimpan di dalam kotak dan almari di rumah saya melalui entri seperti ini. :)