Showing posts with label perzim. Show all posts
Showing posts with label perzim. Show all posts

Wednesday, September 10, 2014

PAMERAN 3 SELATAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Pameran ini sedang diadakan di Bastion House, Bandar Hilir, Melaka. Menampilkan 3 orang artis iaitu Dr. Rosli Zakaria, Zuwairi Rahman dan Norazlan Ahmad.

Pameran akan tamat pada 27 September 2014. Sesiapa yang berminat dengan seni visual, bolehlah berkunjung ke sini. terdapat beberapa teknik seni seperti arca, lukisan cat minyak, lukisan cat air dan banyak lagi.







Thursday, April 17, 2014

ADA HARTA KARUN DI PULAU NANGKA?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sebelum apa-apa, sila baca petikan akhbar dari editor@mstar.com.my ini:

MELAKA : Harta karun dikatakan bernilai berbilion Ringgit dipercayai ditanam di dalam sebuah gua di Pulau Nangka, sebuah pulau kecil kira-kira 17 kilometer (km) dari luar pantai di sini.

Antara barangan yang dipercayai dalam harta karun itu adalah peti yang mengandungi bar emas, takhta dan pakaian diRaja.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri telah memberikan permit kepada dua syarikat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penggalian di bawah syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

"Buat masa ini, mereka hanya diberi kuasa untuk mengumpul bukti bergambar," katanya.

Idris berkata, harta karun di pulau itu dikhabarkan berusia selama berabad-abad dan terdapat banyak cubaan memburu harta berkenaan, di mana sebahagian mereka menggunakan dinamit untuk meletupkan batu bagi sampai ke gua tersebut.

"Ia tidak saintifik, tetapi penduduk tempatan percaya adanya halangan mistik yang menghalang harta itu daripada dibawa keluar," kata Ketua Menteri.

Menurut penduduk kampung, gua yang ditanam itu sama ada dilindungi oleh sumpahan atau mahkluk halus.

Satu kumpulan kecil dilaporkan dapat memasuki ke dalam gua itu kira-kira 30 tahun lalu, tetapi tidak seorang pun yang keluar dengan membawa harta karun itu walaupun hanya sekeping pun.

Mereka dilaporkan keluar dalam keadaan berkhayal apabila mendakwa melihat harta karun itu, antara lain lebih 80 peti emas.

Difahamkan bahawa wakil kedua-dua syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja penggalian untuk kerajaan negeri telah meminta "bantuan kerohanian" sebelum melaksanakan usaha mereka.

Antara perkara-perkara yang mereka "bersetuju" adalah untuk mendapatkan persetujuan pentadbiran di negeri itu dan kekayaan daripadanya digunakan untuk manfaat dan kebaikan rakyat.

Pekerja-pekerja yang terlibat dalam projek itu setakat ini menggali beberapa lubang berdiameter 130 mm untuk ke dalam gua itu dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.

Difahamkan laporan perkembangan terkini mengenai kerja yang masih berterusan itu diserahkan kepada kerajaan negeri pada minggu lepas.

Pulau Nangka terletak kira-kira 4 km dari pulau utama negeri itu iaitu Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular.

Pulau yang berbatu itu berukuran kira-kira 20 hektar, mempunyai pantai berpasir begitu luas dengan air jernih yang mengelilinginya.

Terumbu karang berdekatan pulau tersebut turut menarik perhatian para nelayan.

*****

Beranilah datang ceroboh... Nanti kena tembak! 

Benarkah ada harta karun di Pulau Nangka? Seperti kenyataan YAB Ketua Menteri Melaka dalam akhbar tersebut, memang ada kerja-kerja mencari harta karun, tetapi sehingga kini masih belum dapat dijumpai. Aku yang sudah beberapa kali ke sana hingga bermalam di sana pun masih terfikir-fikir benarkah ada harta karun...

XPDC di Pulau Nangka. Agaknya apa yang dilihatnya tu?

Dulu beberapa kali aku membuat post bergambar dalam blog ini, tetapi tidak memberitahu apa tujuan aku ke sana kerana ianya masih di tahap rahsia. Tetapi kini tidak lagi menjadi rahsia apabila YAB Ketua Menteri telah memberikan kenyataan dan beberapa hari beritanya terpapar di dalam Awani 7.45.

Entahlah... Aku pun tak berani nak komen banyak-banyak. Kalau betullah ada harta karun dari zaman kesultanan Melaka di Pulau Nangka, memang baguslah. Dapatlah lagi merungkai sejarah kesultanan Melaka pada zaman dahulu kala. Kita tunggu dan lihat sajalah hasilnya nanti.

Pokok dikatakan berbentuk misteri. Mempunyai 2 dahan seakan tangan

Boleh baca dan tengok gambar entri blog berkaitan Pulau Nangka yang aku buat dulu >> KLIK << >> KLIK << >> KLIK << >> KLIK <<

Tuesday, October 22, 2013

JAWATAN KOSONG : PEMANDU DAN JURUTEKNIK ELEKTRIK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Ada sesiapa yang teringin nak bekerja dengan satu jabatan dengan aku, bolehlah cuba-cuba memohon jawatan kosong yang ditawarkan. Manalah tau ada rezeki di sini.


Sila klik pada gambar untuk tumbesaran sempurna


Sila klik pada gambar untuk tumbesaran sempurna

Dapatkan borang di >> PERZIM <<

Tarikh tutupnya ialah pada 25 Oktober 2013. Selamat memohon kerja.. :)

Like >> Perbadanan Muzium Melaka << di Facebook untuk makluman-makluman terkini berkaitan aktiviti-aktiviti muzium, pelancongan, kebudayaan, warisan termasuk jawatan kosong.

Tuesday, July 23, 2013

GALERI GOLF MELAKA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Lengkapkan percutian anda ke Melaka dengan melawat ke Galeri Golf Melaka yang terletak di Banda Kaba (berhadapan IPK Melaka Tengah). 

Galeri ni memaparkan sejarah perkembangan Golf di Melaka serta koleksi-koleksi alatan Golf milik TYT Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob serta lain-lain individu.

Antara bahan yang dipamerkan ialah kayu-kayu Golf, pakaian-pakaian seperti baju, seluar dan topi, piala-piala dan sebagainya. Pastinya yang lebih menarik apabila dapat bermain simulator permainan Golf dengan menggunakan PS3 di mana anda boleh merasa sendiri memukul bola Golf dengan hanyunan mengikut kehendak anda di padang-padang Golf seantero dunia.

Beberapa gambar ditonjolkan untuk memberikan keterujaan untuk anda bertandang ke sini. Jom layan... :) 









Datanglah ke sini ye.. Datanglah...... (Perghh.. Siap merayu lagi ni.)

Thursday, July 18, 2013

JAWATAN KOSONG PENOLONG KURATOR (S27)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.



Peluang kerjaya bagi anak Melaka yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk memohon jawatan di Perbadanan Muzium Melaka.

Jawatan : Penolong Kurator
Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Bilangan kekosongan : 1
Taraf jawatan : Tetap
Jadual gaji : RM 1,361.14 - RM 4,427.94

Sesiapa yang berminat bolehlah layari laman sesawang ini untuk memuat naik borang >> KLIK <<

Huh.. Tempat kerja aku ni.. :)

Friday, May 17, 2013

DARI HOLLYWOOD KE MELAKA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Ramai yang bertanya aku tentang gambar di entri WORDLESS semalam. Untuk makluman semua, Ironman yang aku paparkan adalah bersempena Pameran Dari Hollywood ke Melaka yang akan berlangsung di Balai Syed Sheik Al-Hadi, Bastion House, Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Pintu Gerbang A' Famosa) bermula 18 Mei 2013 hingga 17 Julai 2013. 

Pameran ini memaparkan koleksi peribadi seorang pengumpul (collector) barangan berkaitan Hollywood. Jadi, kepada peminat-peminat barangan Hollywood yang ingin melihat barangan ini secara dekat, bolehlah melawat ke pameran ini. 

Di sini aku sertakan beberapa gambar yang mungkin akan memberikan keterujaan untuk anda datang melawat ke pameran ini. Jom... Lawatilah muzium. :)

Bersama kawan baru, Bumblebee

Lukisan Predator

The Joker... Hahaha.. Kelakarnya

Ironman A.K.A Orang Besi

Pedang Lion-O dalam siri ThunderCat.. Thunder.. Thunder.. ThunderCar... Hoooo....

Spiderman A.K.A Orang Labah-Labah

Aik.. Bumblebee lagi...

Lion-O, Pemimpin Thunderians..

Prop pedang yang digunakan di dalam filem

Pedang Pirate of the Caribbean dan kepala.. kepala.. Erm apa erk? Lupalah, kalau tak silap , Terminator.

Topeng Predator

Batman A.K.A Orang Kelawar

Skrip filem Star Wars yang mempunyai tandatangan pengarah dan pelakon
Amacam, menarik?

Saturday, March 30, 2013

IKLAN JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN MUZIUM MELAKA (PERZIM)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
 
 
 
Pada 20 Februari 2013 yang lalu, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), tempat aku bekerja ni baru saja membuka iklan jawatan kosong. Kini, PERZIM membuka lagi beberapa jawatan untuk diisikan bagi memenuhkan penjawatan di Perkampungan Hang Tuah pula.
 
Perkampungan Hang Tuah merupakan satu lagi produk pelancongan yang bakal dibuka tidak lama lagi. Ia terletak di Kampung Duyung di mana terletaknya Perigi Hang Tuah.
 
Antara jawatan kosong yang akan dibuka ialah :
 
a) Kurator S41 (1 kekosongan)
 
b) Pembantu Muzium S17 (1 kekosongan)
 
c) Pembantu Am Pejabat N1 (6 kekosongan)
 
* Taraf jawatan : Kontrak
 
Buat masa ini aku lihat iklan kekosongan ini masih belum dikemaskini di laman sesawang PERZIM, namun bagi sesiapa yang berminat bolehlah kerap membuat semakan di laman sesawang PERZIM untuk maklumat lebih lanjut. Juga boleh membuat semakan di Facebook PERZIM seperti berikut :
 
Laman sesawang : perzim.gov.my
 
 
Sedikit maklumat mengenai Perkampungan Hang Tuah :
 
Perkampungan Hang Tuah terletak di Kampung Duyung, Melaka. Ia didirikan di kawasan yang berkeluasan 40 hektar. Antara bangunan baru yang didirikan di Perkampungan Hang Tuah ini ialah rumah 5 bersaudara iaitu Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Jebat, Rumah Hang Kasturi, Rumah Hang Lekir dan Rumah Hang Lekiu.
 
Selain itu, ia juga menempatkan sebuah muzium iaitu Muzium Hang Tuah. Antara bangunan lain yang dibina ialah rumah-rumah tradisional Melayu, auditorium, balai adat dan pentas kebudayaan. Tidak lupa juga pada pembinaan gelanggang silat yang dikatakan bakal menjadi gelanggang silat yang terbesar.
 
Masih dalam proses pembikinan, belum siap 100%

Antara binaan yang terdapat di Perkampungan Hang Tuah
 
Siapa yang dapat tawaran temuduga nanti, mungkin banyak soalan berkaitan Perkampungan Hang Tuah kerana kekosongan yang hendak diisi penempatannya adalah di situ.
 
Jadi, selamat menulis dan menghantar borang dan selamat mencuba. Rezeki itu datangnya dari Allah, belum cuba belum tahu. Semoga berjaya.... :)
 

Tuesday, October 4, 2011

REKOD!!! ORANG PERTAMA YANG PENCEN




Hari ini 4 Oktober 2011 tercatat satu sejarah penting dalam jabatan aku kerana inilah pertama kali seorang daripada kakitangan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bersara. Beliau adalah En. Yaacob Nordin yang bertugas sebagai Pembantu Am Pejabat (PAP) telah memulakan tugas di Perbadanan Muzium Melaka (dahulunya Lembaga Muzium Negeri Melaka) pada tahun 1984. 1984? (aku baru 4 tahun ni)

Semoga Pak Akob sentiasa sihat selalu dan dirahmati Allah. Selamat Bersara Pak Akob.

Ops... Ni Aku, Bukan Aku Yang Pencen...

Pameran Gambar Pak Akob Sepanjang Bertugas di PERZIM Turut Dipamerkan

Antara Gambar Di Pameran Pak Akob

Diarak Menaiki Beca

Sesi Salam Menyalam Dan Tangis Menangis

Takpe Pak Akob, Nanti JUmpa Kat Luar Boleh Minum Kopi, Jangan Sedih-Sedih

Opppsss... Mat Saleh kata, benda atau orang pertama itulah yang akan dikenang sampai bila-bila. Yang kedua, ketiga dan seterusnya, Who cares.... Jadinya, Pak Akob orang yang pertama berpencen di jabatan aku pastinya akan dikenang sampai bila-bila.