Sunday, April 7, 2024

Malam Tujuh Likur Dalam Masyarakat Melayu



Malam 7 likur merupakan tradisi masyarakat Melayu pada 10 malam terakhir Ramadan. Malam 7 likur lazimnya jatuh pada malam ke-27. 

Pada malam tersebut, mereka memeriahkan persiapan raya dengan menyalakan pelita di halaman rumah dan bersama-sama sanak-saudara dan jiran tetangga melakukan aktiviti seperti membuat dodol, wajik, bermain bunga api dan mercun. 

Pemasangan pelita juga dikatakan membantu orang pulang ke rumah selepas beribadah di masjid atau surau kerana ramai yang pulang lewat dari masjid pada malam-malam terakhir Ramadan untuk beribadah di rumah Allah SWT.

Namun, terdapat kepercayaan yang tidak berasas bahawa pelita dipasang untuk memudahkan malaikat melihat jalan ke rumah atau membantu roh si mati pulang ke rumah. Walau bagaimanapun, kisah dan kepercayaan ini tidak mempunyai asas dalil yang kukuh dan dikategorikan sebagai karut.

4 comments:

  1. Ianya sekadar hiasan memeriahkan suasana raya gitu kan. Sekarang dah meriah dengan pelita raya. Syoknya tengok pelita bersusun di kampung bila raya makin tiba ni. Aura raya dah datang.

    ReplyDelete
  2. saya tinggal di kawasan perumahan yang berbilang bangsa dan agama...jadi amalan begini tidak nampak sangat kecuali kalau berada di kampung

    ReplyDelete
  3. Tahun depan la baru SA pasang pelita kat rumah...tahun ni sambut raya dalam kesedihan..sederhana aje..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.