Bukan semua pengorbanan disambut dengan tepukan. Bukan semua keikhlasan dilihat dengan mata. Namun Allah tahu dan itu lebih dari cukup.
Aidiladha bukan hanya tentang darah yang tumpah di bumi tetapi air mata yang gugur kerana menahan rasa. Tentang melepaskan sesuatu yang kita cinta kerana cinta yang lebih agung menanti di sisi Allah SWT.
Kita semua diuji dengan cara berbeza, ada yang diuji dengan kehilangan, ada yang diuji dengan kesabaran, ada pula yang diuji dengan rezeki yang tak seberapa namun masih memilih untuk memberi.
Hari ini, kita bukan hanya menyambut hari raya, tetapi menyambut sebuah peringatan bahawa hidup ini bukan untuk memiliki segalanya, tetapi untuk belajar merelakan dan terus bersyukur.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H. Semoga setiap pengorbanan kita meski kecil di mata manusia besar nilainya di sisi Allah SWT.
Salam Aidil Adha.
ReplyDeleteSelamat hari raya aidiladha.
ReplyDeletesalam aidiladha
ReplyDeleteSelamat hari Raya Aidil Adha juga buat bro Fairus.
ReplyDeleteSekecil kecil mana pun, tetapkan pengorbanan..
Selamat hari raya haji Abang . Sukaaa dengan tulisannya. Reminder buat kita semua sesama muslim, karena pada hakikatnya segala sesuatu yg kita punya adalah milik Allah. Harus ikhlas saat waktunya kita lepas. 🙏. Dan susah memang belajar utk berkorban dan mengikhlaskan hati.
ReplyDeleteSalam Aidiladha 2025.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya AidilAdha.
ReplyDeletesalam aidiladha untuk tuan sekeluarga
ReplyDeletePeringatan yang baik sempena Hari Raya Haji.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha untuk En. Fairus dan keluarga.
Salam
ReplyDeleteAidil Adha