Saturday, May 18, 2024

Ditemubual Pelajar Untuk Membuat Tugasan Universiti

Sepanjang bertugas di muzium, bukan sekali dua aku didatangi oleh pelajar untuk membuat kajian dan penyelidikan, sudah banyak kali. Termasuk hari ini, entah kali ke berapa pun aku tidak pasti. 

Hari ini sekumpulan pelajar dari UiTM Segamat datang untuk menemubual aku bagi membuat assignment berkaitan Muzium Orang Asli yang terdapat di Ayer Keroh, Melaka. Kebetulan jurusan mereka sama seperti yang aku ambil di UiTM Shah Alam pada 2001 - 2004 dahulu.



Sebolehnya aku akan memberikan komitmen penuh semasa ditemubual. Aku gemar melakukan pekerjaan ini kerana aku suka berkongsi pengalaman dan ilmu yang sedikit aku ada ini kepada masyarakat. 

Bukan sekadar menjawab segala soalan yang diajukan, aku juga gemar menyelitkan sedikit motivasi dan nasihat kepada pelajar-pelajar agar gigih dan rajin belajar untuk berjaya. Apabila membuat assignment, perlu membuatnya dengan baik dan sempurna, walaupun hanya sekadar assignment yang biasa-biasa. 

Kepada anak bangsa ku, belajarlah bersungguh-sungguh. Niatkan untuk menimba ilmu, Insya-Allah kerjaya akan menyusul kemudian. 

12 comments:

  1. pernah dlu bercita2 bekerja di muzium.. :D..

    Alhamdulillah, semoga dapat membantu pelajar2 tersebut kan...

    ReplyDelete
  2. Sis pun tidak terkecuali. Selalunya perkara pertama yang sis tekankan adalah penampilan diri student ketika datang mana2 pejabat waima apa sahaja tugasan yang diberikan. Semasa datang seandainya student lelaki perlu dalam keadaan kemas, berseluar slack dan berkemeja serta berkasut tutup manakala student perempuan berbaju kurung, berseluar dan berblouse should b fine. Bukan datang dengan bertshirt sahaja dan berkasut sukan atau berselipar. Lagi utama wangi..bukan bau ketiak macam baru balik dari bersukan..hehehehehe..

    ReplyDelete
  3. Untung laaaa dikelilingi bunga....

    ReplyDelete
  4. baguslah bro...sentiasa suka berkongsi ilmu, motivasi dan nasihat kepada mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  5. Real life, work-related experience ialah ilmu yg sgt berguna kpd pelajar to translate ilmu teori..setuu dgn fzy fuzzy - soft skill & presentation jg penting...di zmn internet & AI, nak buat tesis dh semakin mudah...bagus usaha pelajar² tunjuk originality & effort cari contents..

    ReplyDelete
  6. Ya laaah, sebagai orang yg sudah banyak makan asam garam lebih drpd para students itu, tak salah memberikan nasihat kan 😊. Jadi ingat dulu saya pun sering dinasehati oleh uncle penjual nasi kandar tempat langganan saya di Penang . Baik sangat, tiap pulang kuliah, beli lauk selalu tempat dia. Selalu bagi motivasi utk cepat selesaikan kuliah agar cepat juga balik jakarta .

    ReplyDelete
  7. Tentulah bersemangat bila di temubual pelajar2 perempuan yang cun melecun

    ReplyDelete
  8. Menarik tu bekerja di muzeum, sebagai kurator ya?

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah...sentiasa berkongsi ilmudan pengalaman.

    ReplyDelete
  10. Bagus ada pendekatan temubual untuk dapatkan info untuk assignment, scr x langsung boleh build up self confidence dlm diri pelajar utk berhadapan dgn org ramai dan belajar soft skill terutamanya utk komunikasi.. tahniah dah bantu generasi baru pemimpin masa dpn kita nnt

    ReplyDelete
  11. x pernah lagi ditemubuah dgn pelajar universiti. huhuhu...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.