Thursday, September 7, 2023

Masuk TV Majalah 3

4 September 2023 lalu, sekali lagi muka yang tak berapa nak handsome ni terpapar di kaca televisyen. Bukan berlakon drama, tetapi menjadi salah seorang individu yang ditemuramah untuk rancangan Majalah 3.

Episod kali ini adalah berjudul Kulinari Warisan Harmoni di mana memaparkan masakan kaum Melayu, Baba Nyonya dan Chetti yang menjadi warisan kaum masing-masing yang kekal hingga kini. Episod ini juga dirakam sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Tak besar mana.. Besar ni je... 

Light, camera and action.. 

Makkk.. Fairus masuk TV... 

Sebelum ini, pernah juga beberapa kali muka aku keluar di kaca televisyen seperti di rancangan Jejak Rasul bersama hosnya Ahmad Fedtri Yahya dan Astro Oasis bagi rancangan Merentas Samudera ke Nusantara yang dihoskan oleh Zainal Ariffin Ismail.

Kenangan bersama Zainal Ariffin Ismail menjayakan rancangan Dari Samudera ke Nusantara 

Aku masuk televisyen ni pun bukanlah aku minta. Ini semua atas arahan big bos. Dia yang buat keputusan bagi mana-mana kakitangannya untuk membantu dalam apa-apa permohonan untuk ditemuramah bagi rakaman televisyen. Bukan aku nak sangat pun... 

Akan datang nantikan lagi kemunculan aku di kaca televisyen bagi rancangan Mercu. Tak pastilah bila ia akan ditayangkan. Mengikut penerbit, mungkin akan ditayangkan pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

Nak lihat rakaman penuh Majalah 3 episod Kulinari Warisan Harmoni boleh klik di pautan Youtube ini : KLIK

14 comments:

  1. Wow!! terbaiklah... lama jugak dh x tgk tv3... asyik netflix je skrg... hihihi... apapun tahniah

    ReplyDelete
  2. Kalau dah sekali dua masuk TV, insyaAllah akan masuk lagi tu 😁
    Nanti nak tontonlah, topik menarik Kulinari Warisan.

    ReplyDelete
  3. woww hebat ni nak autograf pleaseee :D

    ReplyDelete
  4. TV3 merupakan salauran tv paling popul;ar ketika itu dan sekarang masih ada penonton....lepas ini bro lebih yakin untuk berada di depan kamera dan mana tahu boleh jadi Youtuber pulak

    ReplyDelete
  5. Wow, dah macam artis selalu muncul di kaca tv! Better dari artis sbb dijemput wawancara untuk rancangan berilmiah 👍🏻

    ReplyDelete
  6. pasni g Melaka kena cari en Fairus ya he hee

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Saya tinggalkan jejak dahulu di sini kut2 boleh menumpang ilmu kurator yang hebat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan pegawai besar.. Pekerja biasa saja.. 😅

      Delete
  8. hebat sengoti ni buleh masuk TV3. sy cuma mampu masuk tiktok live je...

    ReplyDelete
  9. Waah tentang kuliner pula acaranya ya bang 👍. Saya tertarik tentang kuliner peranakan baba nyonya. Selama ini hanya tahu rasa, tapi sedikit sangat paham tentang sejarahnya.

    ReplyDelete
  10. Wah..muka masuk tv..glamour ler...tahniah!. Big boss suruh maksudnya dia percaya la dengan keupayaan kita.

    ReplyDelete
  11. Tahniah! dpt tgk part last, yg pegi rumah chetti & nyonya & baba...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.