Saturday, August 7, 2021

TERIMA HADIAH BUKU DARI BLOGGER SURIA AMANDA


Buka sahaja bungkusan pos sudah terlihat judul buku walaupun samar-samar kelihatan di sebalik pembalut plastik. Macam-macam PETUA, inilah judulnya. Bagus sekali ada usaha oleh penulis/penerbit untuk menerbitkan buku seperti ini. Setidak-tidaknya petua yang juga boleh dikatakan warisan turun temurun dapat didokumentasikan untuk tatapan generasi kini dan akan datang yang sudah pastinya amat kurang pengetahuan akan petua-petua lama.

Buku ini dihadiahkan kepada saya oleh blogger Suria Amanda atau lebih ingin dikenali sebagai SA. Saya terima sempena dipilih sebagai pengomen bertuah antara 10 pengomen tertinggi blognya bagi bulan Julai 2021.

Terima kasih saya ucapkan kepada SA atas pemberian hadiah ini. Sesungguhnya saya amat menghargainya. Buku ini memang sangat menarik dan sudah pasti saya akan membacanya dan mungkin akan menjadi rujukan saya dari masa ke semasa.

38 comments:

  1. Alhamdulillah..tahniah dapat hadiah buku. Boleh tambah ilmu petua dan tambah koleksi bacaan :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki jgn ditolak

    ReplyDelete
  3. Macam macam petua tu.. Hehe psstt share la oetua apa je dlm tu :p1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. Banyak petua dalam ni..Ada 229 petua.

      Delete
  4. Cepatnya sampai....rasanya macam baru SA order online hari Khamis...bagus la Karangkraf ni...syukur Fairus suka...nanti review la buku tu....tahniah sekali lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Terima kasih banyak-banyak SA. Ianya dihargai.

      Delete
  5. Wah, rezeki bulan ogos nmpknya..tahniah!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Rezeki menang buku...
    Nanti bolah la share petua nanti.

    ReplyDelete
  7. tahniah👍👍👍
    selamat membaca

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Rezeki Allah SWT yang tentukan.. Saya terima saja dengan hati yang redha.. :)

      Delete
  9. tahniah. boleh lah praktik kan satu dua petua nanti and buat review kat blog

    ReplyDelete
  10. Tahniah. Terbaik lah pengomen tegar. 👍

    ReplyDelete
  11. Seronok ini baca petua. Boleh amalkan apabila kecemasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. banyak petua dalam ni.. Lebih 200 petua.

      Delete
  12. Tahniahhh
    Jemput komen2 byk2 entry di blog rabia
    Mana tahu ada rezeki dpt header blog percuma . rabia sendiri yg designkan

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, Tahniah!
    Menarik tu…petua.

    ReplyDelete
  14. Memang menarik buku tu. Baca tajuk pun dah tertarik. Tahniah Encik Fairus. Rezeki berblogging.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah, tahniah! Selamat membaca.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.