Wednesday, August 11, 2021

ANDA KEMURUNGAN DI MUSIM PANDEMIK COVID-19?

Kemurungan boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Bagaimana hendak mengatasinya, itulah yang kita perlu ketahui. Pada ketika ini, pandemik Covid-19 telah banyak menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat terutama yang melibatkan kewangan. Ada yang kehilangan pekerjaan, ada yang gajinya dipotong, peniaga terpaksa menutup operasi malah ada yang bankrup. 

Hampir dua tahun masyarakat perlu menjalani perintah berkurung atau perintah kawalan pergerakan. Hendak ke sini tidak boleh, ke sana pun tidak boleh, pendek kata, pergerakkan adalah terbatas. Tidak seperti dahulu. Bayangkan jenis individu yang amat patuh, sentiasa duduk di rumah sahaja. Barangkali, apa yang berlaku di luar rumah pun tidak diketahuinya.

Mungkin akan ada sesuatu yang negatif berlaku apabila pandemik covid-19 berterusan antaranya kemurungan. Jaga-jaga, sebenarnya kemurungan ini adalah sesuatu yang begitu bahaya. Ia boleh membawa kepada kes bunuh diri.



Justeru, mari sama-sama menyaksikan sebuah program Impak Psikologi Semasa Impak Pandemik Covid-19 yang akan membincangkan tajuk Kemurungan Pembunuh Dalam Diam. Program ini akan diadakan pada 12 Ogos 2021 (Khamis) bermula jam 3.00 petang hingga 4.00 petang yang akan mengetengahkan Dr. Ahmad Rostam Md Zin, Pakar Perunding Psikiatri, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. 

Program ini dianjurkan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) negeri Melaka. Kebetulan saya merupakan ahli AKRAB dan telah dijemput untuk menjadi moderator. Rakan-rakan yang berminat boleh ikuti program ini melalui siaran langsung di Facebook rasmi Unit Psikologi & kaunseling, JKMM.

44 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian.. Bolehlah joint ini esok..

    ReplyDelete
  2. Bagus program ini. Kalau sudah disebut 'murung' memang perlu bantuan pakar psikologi.

    ReplyDelete
  3. Bagus program ni, moga moga dapat membantu mereka yang memerlukannn.

    ReplyDelete
  4. takde pandemik pun saya memang dah kemurungan. huhu. semoga kita semua diberikan kesihatan mental yang baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murung sekali sekala tu takpe. Jangan berterusan hingga 2 minggu. Itu yang bermasalah.

      Delete
  5. Menarik ni!! Kita pun dah nak start kena pandemik fatigue dah ni😅. Bosan betul duduk rumah lama2. At least boleh hilangkan kebosanan dengan pengisian yang macam ni😁

    ReplyDelete
  6. insyaallah
    semoga ia dpt membantu kita semua
    bagus ada program2 mcm ni

    ReplyDelete
  7. bertenang nbersabar pinjamminda ayamyg dikurung elak murung

    ReplyDelete
  8. sayangnya masih ada bengkel hari ni.. kalau x boleh join sekali.. topik trending ni skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja tengok ulangan. Ada di Facebook tersebut.

      Delete
  9. Wah! Menarik ni...!

    (Moderator tu yg menarik!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. moderator pulak yang menarik.. Adoyai.

      Delete
  10. lama kelamaan mmg terkesan juga emosi. bagus ada forum ni

    ReplyDelete
  11. alaaaa terlepas laa pulakkk pd hal td sy free je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok lagi sebab memang dimasukkan di Facebook.

      Delete
    2. oooo ya ke? nnt sy g jengah😊

      Delete
    3. Jengah jangan tak jengah.. Hihi

      Delete
  12. Semoga kita semua dapat melawan dan dilindungi dari kemurungan ni.

    Topik best ni.

    ReplyDelete
  13. oh aloh. sy baru baca entry ni. kalu dok, dah buleh join pun semalam. what a pity!

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Kalau sedikit-sedikit ok lagi.. jangan berterusan selama 2 minggu. Itu bahaya. Perlu dapatkan rawatan.

      Delete
  15. Bagus juga program sebegini . Time2 pandemik ni banyak rakyat kemurungan

    ReplyDelete
  16. Apapun tidak boleh layan perasaan sangat.
    Bagus juga dengar.

    ReplyDelete
  17. Semoga program ini dapat membantu mereka yg memerlukan

    ReplyDelete
  18. Tak dinafikan, ada juga rasa kemurungan tu. Semoga program ni dapat membantu semua yang terkesan. Hebat tu jadi moderator terlibat sama. Tahniah!

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.