Sunday, August 22, 2021

Ada Terowong Rahsia Di Bukit Melaka?

Bukit Melaka atau kini dikenali sebagai Bukit St. Paul merupakan pusat pentadbiran kerajaan kesultanan Melayu Melaka pada ratusan tahun dahulu. Kawasan yang amat strategik kerana menghadap ke arah laut. Sesuai untuk aspek pertahanan dan pentadbiran khususnya perdagangan, perkapalan dan pelabuhan.

Masa silih berganti, kesultanan Melayu Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis dan mereka mentadbir Melaka juga dari kawasan sekitar Bukit Melaka. Kemudian, Belanda dan British juga turut mentadbir di kawasan yang sama. Kuasa-kuasa barat ini cuma membaiki apa yang sedia ada dan memperkuatkan pertahanan di sini.

Ratusan tahun lamanya Bukit Melaka ini menjadi saksi bisu atas penguasaan kerajaan-kerajaan yang pernah bertakhta di situ. Pasti ada misteri yang masih belum terungkai di bukit ini antaranya terowong rahsia! Benarkah ada terowong rahsia di sekitar Bukit Melaka? 

Secara peribadi, saya sudah melihat hampir 10 ruang, lubang, laluan yang 'boleh dianggap' sebagai terowong atau laluan rahsia di sekitar Bukit Melaka. Namun, untuk mengesahkan ia sebagai terowong masih belum benar-benar dapat dipastikan. Namun, secara hipotesis pihak kami berpendapat ia adalah terowong dan perlu diteruskan penyelidikan ini secara kajian ekskavasi dan menggunakan alatan berteknologi tinggi seperti Ground Penetrating Radar (GPR), LIDAR Sensor Technology atau sebagainya bagi mengesan ruang atau rongga-rongga yang terdapat di bawah tanah atau di bawah bangunan.

Saya tidak mahu bercerita panjang tentang dapatan-dapatan secara kasar yang kami perolehi, cuma jika ingin mengetahui lebih lanjut dan jika berminat, sila ikuti program di bawah ini. 


Semoga ia memberi manfaat kepada semua khususnya para pencinta sejarah tanah air. Simpan tarikhnya dan selamat menonton.

Ps : saya pernah menulis sedikit mengenai kisah terowong ini, boleh baca di SINI

40 comments:

  1. Teringin nak pi Melaka lagi utk melawat tempat2 bersejarah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti-nanti lepas covid berakhir datang le.. Jangan lupa hubungi saya..

      Delete
  2. Manalah tahu ada tersimpan harta karun peninggalan sultan Melaka dulu disitu

    ReplyDelete
  3. Persoalan yang perlu dirungkai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. Pandemik covid-19 membuatkan projek tergendala.

      Delete
  4. Terowong rahsia zaman-zaman pemerintahan dulu kala

    ReplyDelete
  5. Sudah melihat? Boleh la buat posting khas bergambar ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang masih belum boleh diwar-warkan.. Hehe

      Delete
  6. Dulu pernah join kelab kat Universiti, jalan area situ.. area bandor Melaka.. Photoshoot bagai.. rindunya Melakaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti-nanti bila dah boleh rentas negeri, silalah ke mari..

      Delete
  7. Satu lagi tinggalan sejarah melaka yg menarik

    ReplyDelete
  8. menarik penemuan sejarah..terowong selalunya sebagai tmpt bersembunyi drpd musuh..

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Jemput menonton.. Masih ada di Facebook untuk lihat ulangan.

      Delete
  10. Lama dah tak dapat ke Melaka, last pergi 2019 rasanya, eh ke 2018? Masa tu menginap di Amverton, seronok ada kapal dalam kolam renang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemput datang ke Melaka bila dah boleh rentas negeri nanti..

      Delete
  11. mana tahu ada emas dan artifak bersejarah di dalam terowong tersebut

    ReplyDelete
  12. Kalau dikaji lagi tu bagus tu. Agak agak nanti dibuka tak untuk orang awam. Tapi seram gak lah nak masuk terowong rahsia. Semoga penyiasatan memperolehi jawapannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. Tak lama lagi kami akan jalankan kajian dengan bantuan hi-tech..

      Delete
    2. Semoga dipermudahkan segala urusan kerja penyiasatan. Sekarang ada Hi-Tech sedikit sebanyak memudahkan kerja juga.

      Delete
  13. wow serius ah ade terowong..gila gempak..macam mana la diaorg korek tu..nak pastikan yang xde tanah runtuh lagi..mencabar la

    ReplyDelete
  14. Menarik! Secara logiknya, haruslah ada laluan/terowong rahsia bagi tujuan keselamatan/ketenteraan.

    ReplyDelete
  15. Alamak, lambat baca pulakkk entri ni, baruuu nakk tahu pasal terowong ni :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok ulangan.. masih ada di Facebook.

      Delete
  16. Kalau baca kisah-kisah sejarah, biasanya banyak binaan terowong dengan pelbagai fungsi. Tempat simpan senjata, makanan dan sebagainya. Teringat saya sewaktu di Bukit Tinggi, Sumatera kami masuk terowong sejauh 1400 meter (panjang sebenar 5KM). Rasa sangat sedih melihat kesan kekejaman penjajahan Jepun! Ada penjara tempat banduan di seksa di dalam terowong ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap dapat membongkar misteri terowong di Melaka ni..

      Delete
  17. wow menarik ni..mcm misteri je fairus!

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.