Nak dijadikan cerita, aku berhasrat menamakan anak-anak kucing aku yang masih belum sempat aku berikan nama. Sambil mendukung seekor anak kucing yang paling aku sukai, aku bertanya kepada isteri dan anak-anakku, "hari ini ayah nak menamakan kucing ini.. apa nama nak diberikan?" Anak perempuan pula yang menyahut "mesti ada huruf F macam nama anak-anak ayah."
Lantas terlintas dalam benak fikiran aku untuk menamakannya sebagai Frodo. Satu watak di dalam filem Lord of the Ring. "Ya Frodo.. Mulai hari ini kita panggil dia Frodo", kataku kepada mereka dan mereka setuju sahaja.
Dalam beberapa minit selepas itu, aku membuka komputer riba untuk melayari Blog dan Facebook. Sedang aku scroll facebook, tak semena-mena keluar gambar Frodo dan Gandalf. Aik! Facebook ni macam tahu-tahu saja aku baru saja sebut pasal Frodo. Sebelum itu tiada pula aku membuat sebarang carian pasal Frodo mahupun filem Lord of the Ring. Lantas aku membawa komputer riba menunjukkan kepada isteriku, "tengok ni... Kita baru sebut nama Frodo, tiba-tiba gambar Frodo ada pada Facebook ayah".
Adakah ini suratan atau kebetulan? Ajaib juga.
Frodo dan Gandalf
Apabila melihat Gandalf bersama Frodo, aku berhasrat menamakan seekor lagi anak kucing dengan nama Gandalf. Amat sesuai namanya kerana anak kucing tersebut tempang kakinya sejak lahir akibat tersangkut pada sangkar. Sesuai dengan Gandalf yang bertongkat.
Dah.. Dah.. Jangan fikir yang bukan-bukan. Takkanlah Facebook boleh membaca minda manusia. Itu semua hanya kebetulan.
Erm.. Rasa-rasanya apa yang dicarinya sehingga membuatkan dia menaip kata carian ini? Mungkin dia mahu tahu kenapa tikus lari apabila bertembung dengan kucing? Atau mahu mengkaji tentang tikus? Atau mahu berkawan dengan tikuskah?
Tapi yang pastinya apabila kata carian ini adalah untuk entry ini ---> klik
Kucing merupakan haiwan peliharaan yang comel, mudah mesra dan suka dibelai. Terdapat banyak jenis kucing, antaranya kucing kampung, kucing parsi, kucing siam dan sebagainya. Walau terdapat berbagai jenis kucing namun kucing kurap merupakan kucing yang dianggap paling hina antara kucing-kucing yang lain. Makanya, jadilah kucing yang dikasihi dan bukannya kucing yang kurap yang dibenci.
Selain kucing, tikus juga merupakan haiwan yang sering dikaitkan dengan kucing. Tikus juga ada pelbagai jenis tikus, seperti tikus mondok, tikus putih, "hamster" dan sebagainya. Seperti kucing, tikus juga dipelihara oleh manusia dan ada juga tikus yang tidak disukai kerana ia membawa penyakit dan kotor. Makanya, jadilah tikus yang bersih dan suci dan bukannya tikus yang membawa penyakit yang menjangkiti yang lain.
Seperti yang dipaparkan dalam siri kartun "Tom and Jerry", dilihat kucing dan tikus adalah haiwan yang tidak boleh bersama, ini adalah kerana tikus merupakan pemangsa kepada kucing. Tikus sangat takut kepada kucing kerana kucing akan mengejar tikus apabila berjumpa. Namun begitu, ada juga kucing yang takut tikus disebabkan ada tikus yang lebih besar dari kucing, sehinggakan ada kucing pula yang dikejar oleh tikus. Bagusnya kalau semua tikus ditakuti oleh kucing, tapi tidak boleh juga, kerana nanti tikus mula naik tocang.
Namun walau betapa besarnya tikus dan berapa beraninya tikus, orang tetap akan mengelarkan tikus takut kepada kucing. Kucing yang takut pada tikus dianggap kucing yang bacul, penakut, lembik. Tapi orang akan tetap kata tikus takut kepada kucing, kerana kucing tetap kucing dan tikus pastinya takut dengan kucing. Kalau tak percaya letakan tikus dan kucing dalam satu sangkar, tengok siapa akan mati. Sudah tentu tikus yang akan mati. Kucing tetap bermaharajalela.
Tikus memang penakut. Hidu bau kucing pun dah nak cabut lari. Dengar kucing mengiau dari jauhpun tikus dah cabut lari. Tak salahlah bagai di kata BILA KUCING TIADA, TIKUS MENARI-NARI. Walaupun tikus bergembira bila kucing tiada, ini tidak bermakna kucing tidak tahu, kucing tahu sebenarnya betapa gembiranya tikus bila kucing tiada. Namun apa yang baiknya tikus ini, walaupun kucing suka mengejar dan mungkin membunuhnya namun tikus tetap menghormati kucing kerana kucing adalah kucing. Tiada peristiwa kucing dibunuh tikus setakat ini direkodkan.
Jadi anda ingin menjadi seperti KUCING atau TIKUS?