Tuesday, April 23, 2013

DITINDIH JIN / SYAITAN SEMASA TIDUR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Aku percaya bahawa ramai yang pernah kena tindih Jin / Syaitan semasa tidur. Begitu juga aku, beberapa kali juga aku berpengalaman ditindih semasa tidur.

Hendak dijadikan cerita, malam semalam aku kena tindih semasa tidur. Ketika itu aku tidur keseorangan di atas sofa di ruang tamu. Aku tidur pun lewat, menghampiri ke pukul 2.00 pagi baru aku tidur.

Seingat aku, aku baru saja terlelap dan telah ditindih dalam beberapa minit aku lelapkan mata. Terasa agak lama ditindih. Aku tak pasti antara aku sedar atau tidak, aku ternampak satu lembaga berpakaian serba putih menghampiri aku. Makin lama, makin dekat.

Sumber gambar : KLIK


Mulut aku terkumat-kamit untuk membaca ayat-ayat suci namun malangnya mulut aku tertutup. Terasa badan aku meronta-ronta untuk melepaskan dari terus ditindih.

Lembaga berpakaian serba putih tersebut semakin menghampiri aku. Aku terus berusaha membaca sesuatu namun tetap gagal. Dalam aku meronta-ronta tiba-tiba aku terjaga sambil menjerit "aaarrghhhhhhh....!".

Aku duduk melunjur sambil beristighfar banyak kali... Astagfirullah... Astagfirullah.. Astagfirullah... Sambil badan aku berpeluh-peluh. Kebetulan pula komputer riba berada di meja kopi berdekatan, lantas aku memainkan alunan surah Yaasin.

Termenung jugalah seketika. Sekali terfikir, adakah ia ada kaitan dengan ekspedisi mendaki Gunung Angsi yang aku baru daki siang tadi? Aku pun tidak dapat pastikan. Harap-harapnya malam ini tiada lagi gangguan dalam tidur aku.

Lepas tu aku terus sambung tidur semula sendirian di ruang tamu. Nak saja tidur di dalam bilik, tapi teringatkan ada anak yang masih kecil, aku tidurlah di luar saja dulu.

Ada sesiapa yang punyai pengalaman ditindih? Jom kongsi cerita.

(Ps : Selepas tamat menulis entri ini baru terperasan sedikit maklumat pasal ditindih semasa tidur di mana ianya mungkin disebabkan SLEEP PARALYSIS <<< klik untuk membaca. Mungkin juga aku terkena SLEEP PARALYSIS kerana terlalu penat)

17 comments:

  1. sleep paralysis tu mengikut kata ahli sains. tapi macam mana pulak yang nampak kelibat sekali? macam saya pernah kena, saya nampak lembaga macam monyet kat depan saya..berbulu tebal.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ... pertama sekali pastikan ada bacaan rukyah kat lappy dan hphone . boleh dload dr utube . bila rasa ada gangguan , on kan saja , letak kat telinga . biarkan berulang2 hingga fajar ... boleh juga amalkan setiap kali lepas solat , baca surah al baqarah ... ayat 1-5 , ayat kursi , ayat 102 dan 3 ayat terakhir . ini adalah pendinding diri yg plg simple ...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah so far belum pernah kena lagi kejadian macam ni. Tapi masa study dulu roommate sya selalu kena takut2 juga kalau sya pun akan kena tp Alhamdulillah x pnh plak kena.

    ReplyDelete
  4. saya pernah kena sekali beberapa bulan lepas. masa tu balik menopik dengan kawan2 pukul 3 pagi baru balik rumah. nak tido, baru baring tiba2 rasa berat je. tutup mata tak berani nak bukak.takut.baca ayat2 kursi, alfatihah rasa susah je

    ReplyDelete
  5. AJ selalu dengar pasal ni..
    Tapi Alhamdulillah tak penah berlalu setakat ni...
    Mohon dijauhkan.....

    ReplyDelete
  6. Scarynya. So far alhamdulillah. Tak pernah kena lagi. Cuba pasang ayat2 rukyah.

    ReplyDelete
  7. Salam..saya dulu2 slalu kna tindih jin ni.. yg terakhir saya kena tindih ..yg ni pling dasat punya tindih.. masa saya bermalam di hotel nuvela ...sg.besi tu.. dgar cite tgkat 2 byk cite hantu dan kbetulan saya mmg dpt bilik tgkat 2.. saya kena tu pukul 10 pagi.. jin kli ni tindih mmg power jugak..pasal sampai 7kli ayat kursi baca baru lpas.. tp smpai skrg aku xpuas hati aku xpnah nmpak pun klibat hantu mau pun jin ni.. tp mmg xbrminat la nk tgok.. huhu.. itu crita dulu laa.. sjak kes tu kini saya byk mengaji dan mngkaji hal jin ...dan telah hafal beberapa ayat ruqyah.. sehinggalah kini.. jin dah berani tindih lagi.. mmg xde langsung dah.. mungkin jin dah takut nk dajjalkn kita sebb kita dah ada ilmu sikit kut... moral cerita saya.. kita kena study hal jin dan bykkan mengingati allah.. gerenti jin takot kt kita..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.