Tuesday, April 2, 2013

HEBATNYA KUASA 'TAGLINE' DALAM DUNIA PERNIAGAAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
 
Semenjak dua menjak berkecimpung dalam dunia perniagaan tudung Chenta Creative Hijab secara sampingan bersama isteri aku ni, adalah juga aku membaca beberapa buku bagi menaikkan motivasi dalam bidang perniagaan.
 
Daripada pembacaan, dapatlah juga menambah ilmu dan pengetahuan untuk terus maju dalam dunia perniagaan. Kebetulan juga baru-baru ini jabatan ada menghantar aku ke satu seminar bertajuk Kesedaran Terhadap Harta Intelek, jadi bertambahlah lagi ilmu berkaitan pengeluaran produk, reka cipta dan inovasi.
 
Namun, aku tidak mahu bercerita panjang lebar. Apa yang ingin aku jelaskan ialah perihal kekuatan tagline sebagai satu media menyampaikan mesej bagi sesuatu produk.
 
Kebanyakkan syarikat-syarikat besar yang sudah lama bertapak di Malaysia mahupun luar negara menggunakan kekuatan tagline untuk mempromosi dan memberikan mesej kepada pelanggan.
 
Berikut beberapa produk yang boleh kita kenali walau hanya melalui tagline tanpa melihat nama atau logo sesuatu produk.
 
The Power of Dreams
 
Moving Forward
 
Now Everyone Can Fly
 
It's Finger Lickin' Good
 
Ideas For Life
 
Delighting You Always
 
Erm.. Ada ke yang masih tidak mengetahui tagline di atas bagi produk / jenama  apa? Kalau tak tahu biar aku beritahu :

 
 The Power of Dreams = HONDA
 
 
 


 Moving Forward = TOYOTA
 
 
 


 Now Everyone Can Fly = AIR ASIA
 
 
 
 
 
 It's Finger Lickin' Good = KENTUCKY FRIED CHICKEN
 
 
 


 Ideas For Life = PANASONIC
 
 
 
 
 
 Delighting You Always = CANON
 
 
 
 
Sebenarnya aku masih lagi memikirkan tagline yang paling sesuai untuk Chenta Creative Hijab namun ideanya masih belum timbul lagi. Tak mengapalah, nanti aku fikirkan lagi bersama isteriku.
 
Kalau kamu seorang tokey tudung, apakah tagline yang akan kamu letakkan?

7 comments:

  1. aku paling suka tagline HOnda...tak tau kenapa..huhuhu
    'where beauty comes with civility' ok tagline ni bro..aku fail BI...haha

    ReplyDelete
  2. tagline mmg memainkn peranan penting utk menarik pelanggan. yana pon masih belum terfikir lg tagline utk perniagaan craft yana .. hehehhh

    ReplyDelete
  3. Betul...
    Tagline tu memang berkuasa besar..
    melalui tagline orang akan kenal kita, produk kita..
    Macam blog jugaklah...
    Tagline identiti kita..
    Errrrr.... AJ pun tak tau tagline sesuai untuk tudung..
    Moga dapat tagline yang sesuai dan power okay... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'AH.. BLOG PUN KENA ADA TAGLINE JUGA.. BLOG SAYA PUN TAKDE TAGLINE LAGI..

      Delete
  4. Keep on working, great job!

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.