Thursday, March 22, 2012

KATA SPONTAN NO. 7 : FALSAFAH RUMAH MELAYU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Terlanjur saya teringatkan sesuatu berkenaan rumah tradisional Melayu, ingin saya sampaikan dua (2) falsafah rumah Melayu Melaka.

Yang pertamanya, kebiasaan rumah Melayu Melaka mempunyai tangga batu di bahagian serambi. Dan kebiasaannya juga, tangga tersebut mempunyai anak tangga dengan bilangan yang ganjil iaitu 5 atau 7 anak tangga. Ini memberikan gambaran bahawa setiap tetamu yang bertandang biasanya akan mula melangkah ke anak tangga dengan kaki kanan dan juga akan mengakhiri langkah kakinya dengan kaki kanan. 

Keduanya ialah perihal bendul. Bendul yang menghubungkan serambi dengan bahagian tengah rumah biasanya agak tinggi sedikit. Mengapa ia tinggi? Ini adalah kerana, semasa tetamu yang hadir ke rumah ini mereka akan mengangkat kaki lalu kelihatan menundukan kepala apabila mahu melintasi bendul tersebut. Ini mengambarkan penghormatan yang diberikan daripada tetamu kepada tuan rumah dengan menundukan kepala. 

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Inipun secara spontan terlintas di kepala. Ada apa-apa ilmu yang saya perolehi berkenaan rumah tradisional Melayu Melaka, akan saya kongsikan lagi kemudian.

12 comments:

  1. tangga batu adalah simbolik perubahan dari rumah tradisional ke generasi baru yg biasanya masih mendiami rumah pusaka tersebut...tp ni kebanyakannya kat kpg2 di Perak..kampung ayahnda pcl cthnya....terima kasih share info.

    ReplyDelete
  2. Saya tahu info pasal tangga batu tu tapi pasal 'bendul' tu baru tahu.terima kasih berkongsi ilmu..Kalau dikaji pasal senibina rumah Melayu ni memang banyak faktanya.Pernah belajar 9 tahun yang lepas di Matrik.Dah banyak lupa.huhu

    ReplyDelete
  3. rumah arwah tok nenek saya (sebelah rumah saya je. hehe) jenis rumah lama2 tu. tangga pon still tangga melaka cuma x pernah bilang plak ganjil ke x. hehe

    ReplyDelete
  4. AIRANIEZ : SEBENARNYA BANYAK LAGI MAKLUMAT YANG BOLEH DIPEROLEHI.. BAK KATA KAWAN SAYA YANG BUAT MASTER DAN KAJIANNYA BERKISAR RUMAH TRADISIONAL MELAYU MENGATAKAN SEKIRANYA HENDAK CERITA PASAL TANGGA MELAKA SAJA BOLEH BUAT SATU BUKU.. ;)

    ReplyDelete
  5. LYA : HARAP DAPAT DIJAGA DENGAN BAIK RUMAH TRADISIONAL TU.. BUKAN SENANG MAHU MENGEKALKAN KEASLIAN RUMAH MELAYU LAMA..

    ReplyDelete
  6. rumah melaka senang leh cam sbb mmg cantik dan unik...

    dan masih ramai yg kekalkan tradisi tu kan...

    ReplyDelete
  7. MAMANORIZ : YA.. MASIH BANYAK DIKEKALKAN.. DI PIHAK MUZIUM, HAMPIR 50 LEBIH RUMAH TELAH DIPERBAIKI..

    ReplyDelete
  8. rumah adat Melayu di ipoh pun juga sama seperti Melaka, apa ini berlaku di seluruh Malaysia?

    ReplyDelete
  9. SURATMAN : TIDAK.. SETIAP NEGERI MEMPUNYAI CIRI RUMAH TRADISIONALNYA YANG BERLAINAN...

    ReplyDelete
  10. ya, memang menarik rumah lama, lagi kalau ianya berfalsafah. Menarik! :)

    ReplyDelete
  11. IARYYLR : BANG, INI SEDIKIT SAJA YANG SAYA TAHU.. ADA LAGI FALSAFAHNYA YANG SAYA SENDIRI SEDANG BELAJAR...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.