Thursday, September 15, 2011

DUIT RAYA ANAK, AMANAH KITA

Macam mana dengan raya tahun ni? Anak dapat banyak duit raya tak? Simpan ke mana duit raya anak tu? Apa... Dah gunakan dulu? Dah beritahu anak tak? Kalau anak masih kecil dan belum tahu bercakap nak beritahu macam mana? Dia beri ke kita pinjam duit dia yang orang beri tu?

Inilah persoalan-persoalan yang perlu kita jawab sendiri. Kemanakah duit raya anak kita? Adakah kita menyimpannya di bank ataupun kita telah "meminjam" daripada dia untuk menampung perbelanjaan harian yang telah lari budget? Bagi anak-anak yang sudah besar tu tidak mengapalah, mereka tahu bagaimana untuk menyimpan ataupun membelanjakan duit mereka. Namun bagaimana pula halnya tentang anak kita yang masih kecil dan belum tahu berkata-kata.

Bolehkah kita menggunakan duit raya anak kita yang tidak mengetahui apa-apa ini untuk keperluan kita sedangkan kita tidak dapat jawapan daripadanya sama ada dia beri pinjam atau tidak? Duit itu pemberian orang dan ia adalah amanah kepada kita untuk menjaganya. Oleh itu, kita kena amanah dan sebolehnya menyimpan duit tersebut dengan elok.

Rasanya adalah lebih baik kita bukakan akaun SSPN kepada anak kita kerana bermula tahun 2012, mana-mana individu yang mahu meminjam PTPTN hendaklah mempunyai akaun SSPN terlebih dahulu. Membuka akaun SSPN untuk anak kita adalah amat baik kerana paling tidakpun mereka ada simpanan sendiri dan tidak akan berhutang dengan pinjaman yang tinggi sekiranya hendak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak. Seterusnya, mereka tidak akan dibebani oleh hutang yang banyak setelah tamat pengajian nanti.

Ingatlah, tahun-tahun yang mendatang pastinya kos untuk pendidikan tinggi akan terus meningkat, oleh itu kita siapkan simpanan anak kita lebih awal demi untuk masa depannya. Bukan apa, nanti-nanti kita juga yang yang dapat untung juga kerana dengan duit yang sedia ada, dia tidaklah menyusahkan kita nanti apabila kita mungkin sudah tidak bekerja kelak.

Akhir sekali, ingatlah... Duit raya anak adalah amanah kita, jangan kita pula dengan sewenang-wenang membelanjakannya.



11 comments:

  1. Bagi saya, tak salah ibubapa meminjam duit raya anak utk menampung perbelanjaan harian setelah budget merosot. Lagipun, kita tetap jalankan tanggungjawab kita dgn menyimpan duit anak dlm SSPN, insurans pendidikan dan ASB utk anak setiap bulan. Bukan ambil terus tapi sekadar meminjam!

    Dan utk lain kes spt ibubapa yg kurang kemampuan, tak salah mereka membelanjakan duit raya anak mereka kerana perbelanjaan bkn utk diri sendiri tp utk dia juga spt makan minum, diapers atau keperluan lain...

    Tak semua ibubapa terdaya dalam bertahan apatah lagi usai perayaan. Kita kena faham sesuatu situasi.

    Melainkan klu kita belanja untuk diri kita sendiri, itu mmg ptt kita TEGUR.

    ReplyDelete
  2. MOMMY FARA : PANJANG LEBARNYA KOMEN.. :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah sya simpan kat 3 tmpat,
    ASD, tabung haji dan sspn ..
    malah siap top-up lebih lagi...

    ReplyDelete
  4. MAMANORIZ : ALHAMDULILLAH SYUKUR...

    ReplyDelete
  5. Ye betul setuju, tapi rasanya tak salah kalau ibu bapa menggunakan duit anak masa depa masih kecil kan :)

    ReplyDelete
  6. btol tu bro..duit raya anak tu kalo boleh jgn diusik langsung..simpan dalam bank..

    ReplyDelete
  7. MYRA JAY : KALAU NAK GUNA PON BIARLAH UNTUK PERBELANJAAN SI KECIL TU JUGA..

    ReplyDelete
  8. Dah pun disimpan dalam AHB mereka. Pelaburan untuk masa depan....

    ReplyDelete
  9. pinjam pastu pulang blk xpe kot..hihihi xtau la sbb xde anak lg :P

    ReplyDelete
  10. DEELA : BETTER BUAT SIMPANAN UNTUK ANAK...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.