Tuesday, September 20, 2011

TIPS JALANI HIDUP BAHAGIA

Bukan ke seronok kalau hidup kita ini sentiasa bahagia. Tiada masalah. Tiada tekanan. Ada ke orang macam ni? Mungkin ada dan mungkin tiada ataupun mungkin terpaksa menerima ketidakbahagiaan. Namun begitu, kita sendiri boleh wujudkan suasana bahagia ini untuk diri kita sendiri.

Contohnya :

1. Sekiranya kena marah dengan bos dan rasa tertekan, cubalah tenangkan diri. Perbaiki kesalahan dan melakukan kerja dengan sempurna pada masa-masa akan datang.

2. Masa memandu jangan tension-tension dan marah-marah. Cubalah bawa kereta dengan tenang. Memandu dengan berhemah dan nikmati keindahan alam sekeliling. Kalau nak best lagi layan lagu di radio sambil menyanyi.

3. Kalau ada masalah sesama suami isteri, cubalah bawa berbincang dan atasi segala masalah dengan penuh berhemah. Rilekskan pemikiran dan anggaplah ia adalah asam garam berkeluarga.

4. Sekiranya anak-anak kecil nakal, janganlah dimarah-marah dengan teruk sekali. Dia masih budak, tidak tahu apa-apa. Cubalah dekati dia, kalau boleh bermain, bermainlah dengan dia. Usap-usap dia. Katakan dengan perkataan-perkataan yang baik.

5. Apabila sakit atau uzur, janganlah membawa-bawa diri ke arah kita benar-benar sakit / uzur. Cuba cergas-cergaskan diri dan membuat perkara-perkara yang diminati dan menghiburkan.

6. Jangan cuba-cuba menyusahkan orang lain kerana ia pastinya akan dibalas kembali kepada kita. Cubalah lebih mesra, suka berkawan dan anggap semua orang adalah kawan yang boleh membahagiakan kita. Anggaplah semua orang baik-baik belaka walaupun hakikatnya dia tidak menyukai kita. Dan cubalah jadi orang yang baik-baik.

7. Sekiranya terdapat masalah kewangan, cubalah mula berjimat cermat. Kalau ada yang tak perlu jangan beli, beli yang sangat perlu sahaja. Di rumah tu, jimat-jimatlah gunakan elektrik dan air. Jika kita berjimat, duitpun banyak ditangan, boleh disimpan dan boleh berbelanjkan untuk kecemasan. Hati tak runsing dan hidup pasti bahagia.

Bukanlah pakar motivasi,
Hanya sekadar mahu berkongsi,
Kalau elok bolehlah perolehi,
Kata tak tolong jauhi.



10 comments:

  1. bro...nak mintak tlg cikit...

    boleh suggest bajet hotel yg ok tak area ayer keroh / bandar hilir..klu leh ratenya below rm 100 la...
    next month nak gi melaka la...ada kenduri huhuhuh..

    klu tahu, leh bg info siap kol number erk..

    tenkiu....

    ReplyDelete
  2. kalau tak dapat kawal diri tu yg ayik tak tenang tu..

    ReplyDelete
  3. FAIZ : BAWAK2LAH BERSOLAT DAN MOHON DOA PADA ALLAH...

    ReplyDelete
  4. aku nak sebilik je coz nak tidur smlm je..ala bilik utk dua org pun dh ok...sarapan xde pun takpe...

    nnti roger aku kat kotak komen entri aku erk..

    tenkiu bro...

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya hidup kita akan terasa bosan seandainya tiada masaalah kerana tiada apa boleh kita perjuangkan untuk mencapai kebahagiaan.

    P/S: Masaalah adalah perjuangan terindah yang mampu memberi kepuasan setelah perjuangan itu berjaya menghasilkan kebahagian selepasnya.

    ReplyDelete
  6. CIKGU TIE : TAPI MESTI BOSAN JUGA KALAU SERING HADAPI MASALAH...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.