Monday, January 10, 2011

ARTIS BERKELAKUAN LUCAH, APA TINDAKAN PIHAK BERKUASA?

Artis adalah suatu ikon yang disanjung oleh peminat. Artis seharusnya seseorang yang "bersih" dan boleh dijadikan contoh. Tetapi pada zaman sekarang yang serba moden ini, ada sebilangan artis menggunakan kemudahan teknologi untuk menayangkan aksi lucah masing-masing samaada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Namun, apakah tindakan pihak berkuasa?

Kalau di Indonesia, penyanyi kumpulan Peterpan, Ariel telah menghadapi tuduhan melakukan aksi ranjang dan sedang dipenjarakan, maka apa bezanya terhadap artis Malaysia yang melakukan aksi yang serupa, samaada melalui foto mahupun video.





Adakah artis Malaysia ini kebal dengan undang-undang? Atau tiada bentuk perundangan yang boleh menarik mereka ke muka pengadilan? Di sini pihak berkuasa perlu lebih adil dalam melaksanakan tugas. Memang jelas lagi bersuluh seseorang artis melakukan kesalahan berbentuk "seksual" yang turut tersebar di laman-laman web, namun mengapa mereka dilepaskan begitu sahaja. Bukankah bukti sudah terang lagi nyata?

Sekiranya tiada nas undang-undang yang boleh mengheret mereka yang bersalah ini ke muka pengadilan, apa kata digubal satu undang-undang bagi membolehkan mereka diadili dengan sewajarnya. Bukan untuk menganiaya mereka, tetapi sekadar ingin mencegah agar perbuatan terkutuk seperti ini tidak terus berleluasa dan menjadi ikutan kepada generasi ke generasi. Dan untuk memastikan setiap kesalahan perlu dihukum, samaada sengaja mahupun tidak sengaja, ia perlu dipertimbangkan oleh mahkamah dan bukannya terlepas begitu sahaja.

Berkenaan tersebarnya clip-clip video seks bangsa Melayu yang turut tersebar di laman-laman web, apakah tindakan pihak berkuasa? Takkan hanya sekadar memadamkan laman web tersebut, tetapi si pelaku tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Harapan aku dan mungkin kebanyakan masyarakat tidak mahu aksi-aksi kelucahan ini terus berleluasa tanpa apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa. Semoga pihak berkuasa lebih prihatin dan terus bertindak untuk memastikan penyebaran video lucah dan gambar lucah di internet dapat dibasmi dan diambil tindakan kehakiman demi untuk menjaga tatasusila dan menjaga agama kita.

12 comments:

  1. memang pelik artis skang ni.. bia kena tindakan sket

    ReplyDelete
  2. humaira : Betul tu.. Bukan untuk aniaya, tapi untuk membasmi..

    ReplyDelete
  3. letak gambar artis bogel tu bro... selain senaman mata dan minda, kita bagi diorang insaf juga...hehehe

    ReplyDelete
  4. Artis Malaysia ni nak kena macam *Ariel* kat Indonesia tu baru insaf kot.Tengok Luna Maya menangis teresak-esak kat Mahkamah orang rmai2 tengok video dorg.huhu..malu

    ReplyDelete
  5. Panglima : Saya tak sokong kenyataan anda.

    ReplyDelete
  6. airaniez : Betul tu airaniez, baru diorang tahu langit tinggi rendah..

    ReplyDelete
  7. GAM JELAH MCM ZAMAN TOKMAT DULU 6BULAN KE SETAHUN KER..

    ReplyDelete
  8. fairusmamat: lari tajuk gak nih...nak jawab soalan awak....

    actually blog saya x byk pon widget bagai tu. dan inilah first time saya terima pertanyaan knp lbt loading page blog saya stlh hampir setahun berblogging....he3....may be line kot. coz ada gak sesetengah blog yg kdg2 okay je saya masuk ; tp kdg2 lambat juga (maksud di sini blog yg sama)....sabor je le.....hu3....

    anyway tq sudi dtg blog saya...

    ReplyDelete
  9. Azzey : Mungkin juga kot.. Masalah line.. :)

    ReplyDelete
  10. Rasa nyer ramai dh artis2 malaysia nie berkelakuan lucah.......tp mcm x ada tindakan kan??

    ReplyDelete
  11. Ai Yu : Betul tu.. macam takde ape2 tindakan. Kalau saya jadi pemerintah, nak saja disulakan..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.