Saturday, November 20, 2010

PANGGILAN TELEFON DARI SULTAN MELAKA

Sebagaimana semua orang tahu, negeri Melaka merupakan sebuah negeri yang tidak bersultan. Tetapi yang memeningkan kepala aku dalam minggu ini ialah menerima panggilan telefon dari seseorang yang mendakwa dirinya sebagai "Sultan Melaka". Dalam minggu ini sahaja lebih dari 7 kali aku menerima panggilan telefon dari "baginda".





Sebenarnya, orang tersebut dikatakan sebagai "something wrong". Dia telefon aku untuk tinggal "bersemayam" di Muzium Istana Kesultanan Melaka, tempat aku bekerja sekarang. Tak cukup dengan membuat panggilan telefon pejabat, handphone aku juga ditelefonnya. Siapalah yang memberikan nombor telefon aku padanya.

Dia minta aku bagi kebenaran untuk tinggal di dalam Muzium Istana Kesultanan Melaka. Aku yang tahu dirinya sebagai "something wrong", aku pun melayan sajalah. Aku beritahu padanya Muzium Istana Kesultanan Melaka tidak boleh tinggal kerana banyak patung-patung. Lepas itu dia suruh aku cari istana lain untuk dirinya. Aduhai... Macam-macam. Dia siap bahasa dirinya sebagai "beta". Nasib baik aku tak bahasakan diri aku sebagai "patik".

Baru lepas tadi "baginda" telefon lagi. Puas aku melayannya. Sudahlah, malas nak cerita pasal "sultan" ni lagi.

7 comments:

  1. peh..gile ar, sultan telipon hang. Respect beb...kim salam kat dia eh.Cakap kat dia Hang Tuah kim salam....hehe

    ReplyDelete
  2. Khairy : Kau pun "something wrong" nak jadi hang tuah pulak ke?

    ReplyDelete
  3. ni sama orng yg mengaku dia sultan Melaka kat gombak la ni kot .. siap ada opis .. pernah masuk tv dulu.. yg peliknya ..ramai lak tu terpengaruh jadi pengikut.. diorang kata sebab dia ada cincin yg sultan2 je pakai .. hehe.. aku rasa kalau kau tunjuk kat pengikut2 dia replika tamingsari tu .. mau nyer diorng kata kau hang tuah ..

    ReplyDelete
  4. ANON : SEBENARNYA ADA BEBERAPA INDIVIDU LAGI YANG MENDAKWA DIRINYA SULTAN MELAKA...

    AKU HANG TUAH.. HAHAHA...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum memang benar pewaris kesultanan melayu melaka maseh wujud.kenapa beliau tidak menonjolkan diri atas asbab belum diizinkan allahswt.refer satu surat dari almarhum sultan idris perak yang menyatakan siapa pewaris kesultanan melayu melaka.pada yang mengaku sultan melaka tunggu lah musibah allahswt pada kalian.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.