Wednesday, October 6, 2010

TIPS BERHENTI MEROKOK

Harga rokok sudah naik. Aku yang hisap rokok Dunhill 20 ni dah sampai RM10.00 sekotak. Peh, mana boleh jadi ni. Kalau satu hari sekotak, sebulan bersamaan dengan RM 300.00 untuk belanja rokok sahaja. Parah lah macam ni, sekarang sudah boleh belajar berhenti merokok. Tapi macam mana?

Semalam aku ada terbaca tips berhenti merokok, jadi aku nak kongsikan bersama kepada perokok-perokok yang hendak belajar berhenti merokok. Tips berhenti merokok adalah seperti : -

1. Melengah-lengahkan masa untuk merokok.

2. Selalu membasuh tangan.

3. Selalu mandi.

4. Mengunyah sesuatu seperti gulu-gula getah atau buah-buahan.

5. Jangan bercampur dengan orang yang sedang merokok.

6. Banyakkan bersenam.

7. Menarik nafas panjang sebanyak 3 kali.

8. Berdoa pada tuhan untuk berhenti merokok.

Bagi pendapat aku pula, ada dua keadaan yang sekiranya kita boleh kawal dari merokok, insyaallah kita boleh berhenti merokok. Keadaan itu ialah semasa selepas makan dan semasa ke tandas untuk buang air besar.

Marilah kita sama-sama berhenti merokok kerana merokok bukan sahaja membazirkan wang ringgit bahkan boleh membawa penyakit yang kronik.

Tips ini adalah ditujukan kepada diri aku sendiri dan mereka yang merokok. Selamat mencuba dan selamat berhenti merokok.


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Mahu berhenti merokok? Hubungi saya segera!

No comments:

Post a Comment

Komen saja... Jangan segan-segan.