Friday, June 25, 2021

TERIMA PEMBERIAN HADIAH COMEL

Semenjak mula kembali aktif berblog dalam dua, tiga bulan ini, kerap juga menerima hadiah dan pemberian barangan daripada rakan-rakan. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan blogger yang telah memberikan sesuatu kepada saya. Saya sangat menghargainya.

Hari ini pula, kebetulan saya datang sebentar ke pejabat untuk uruskan beberapa tugas, dapat pula parcel dari Pos Express dari blogger Anies. Hadiah ini diterima sempena membantu beliau menjawab soalan berkaitan covid-19 yang diajukan pada blog beliau.



Hadiah-hadiah comel ini saya berikan kepada anak perempuan saya yang berusia 9 tahun. Dia pun amat suka akan barangan-barangan comel ini. Cuma buku nota, saya ambil untuk digunakan untuk mencatat apa-apa bagi urusan kerja.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada blogger Anies atas pemberian ini. Untuk makluman juga, blogger Anies ada menghasilkan lampu tidur yang kreatif dan cantik yang disebut Lampu Ukeer. Baru-baru ini saya ada menempahnya untuk dijadikan hadiah. Tak sabar rasanya nak melihat hasilnya nanti untuk dihadiahkan kepada anak perempuan saya sempena hari lahirnya.

Wednesday, June 23, 2021

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST SYU DERIS

Saya telah disapa oleh blogger Syu Deris yang menjemput menyertai segmen terbaharu yang dianjurkannya. Segmen tersebut adalah Pencarian Bloglist Syu Deris. Jadi, adat orang dah menjemput, tak elok kalau tak sertai. Kebetulan ada masa terluang, bolehlah saya bahagi sedikit masa untuk menyertai segmen ini tanda sokongan terhadap rakan blogger.



Uniknya segmen ini selain daripada syarat yang biasa, Syu Deris turut meminta agar meneka bilangan dan menyatakan salah satu simpulan bahasa yang terdapat pada gambar di bawah ini.


Jadi, tekaan saya ialah 10 peribahasa yang terdapat dalam gambar di atas. Saya nak cuba sebut kesepuluh peribahasa ini iaitu :

1. Buah hati
2. Hidung tinggi
3. Sediakan payung sebelum hujan
4. Jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
5. Kaki bangku
6. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
7. Katak di bawah tempurung
8. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
9. Bagai anjing dengan kucing
10. Kura-kura dalam perahu

Ke masih ada yang tertinggal? Jom kita cari lagi sama-sama.  😀😀😀

WW : KOYAK JUGAK?