Sunday, August 26, 2012

BERHARI RAYA BERSAMA MILO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Sudah lama juga tidak mengemaskini blog ni. Sudah hampir nak naik sawang dah. Almaklumlah, beraya di rumah emak, tiada talian internet di sana. Kepada sesiapa yang berkenaan, kita masih lagi di musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, justeru saya sekali lagi memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan yang telah saya lakukan.
 
Walaupun sibuk berhari raya, namun Milo tetap tidak dilupakan. Semasa berjalan beraya, mata melilau juga memerhati dapur orang, manalah tahu ada barang-barang Milo yang boleh dijadikan koleksi, hehe...
 
Nak dijadikan cerita, Hari Raya ini tiadalah apa yang menarik sangat tentang Milo pun. Cuma adalah beberapa barang yang saya beli via Mudah.My dan satu gelas pemberian abang. Semuanya sudah diambil dan tersimpan sebagai koleksi saya.
 
Jom layan saya koleksi terbaru ini. Sekiranya mahu melihat gambar "close up", klik di sini ---> http://koleksimilo.blogspot.com/

Yang berwarna coklat tu dengar ceritanya memang retro

Friday, August 17, 2012

HAK BERMAIN HAK KAMI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Begitu hebat pengaruh televisyen terhadap kanak-kanak. Itulah yang mampu saya katakan. Dulu, masa kita kecil-kecil memang suka meniru apa saja aksi yang keluar dari kaca televisyen. Kini, kita pula perhatikan gelagat anak-anak kita yang turut meniru apa saja yang terpapar di kotak ajaib yang mengeluarkan gambar dan suara itu.

Apa tidaknya, apabila menonton cerita KL Gangster dahulu, sampai ke hari ini anak saya boleh menghafal beberapa skrip dari filem itu. Siap buat aksi-aksi lagi. baru-baru ini ada membelikan dia pedang mainan. Tak sempat balik rumah, dalam pasar raya juga dia main. Siap mengacah-acah orang ramai yang berlalu di hadapan dia. Erm.. Macam-macamlah.., puas ditegurnya.

Itu tidak mengapa ada pula satu hari tu, saya menegur anak saya supaya berhenti bermain di luar rumah. nak tahu apa dia cakap? Dia cakap "HAK BERMAIN HAK KAMI".... Aduhai... What can I say?? Ini semua angkara iklan di bawah ini.

Erm.. Sudah betullah tu, bapa collect barangan Milo, anak pun suka tiru iklan Milo.

Thursday, August 16, 2012

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas. Ini saja yang mampu dibuat.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pejam celik, pejam celik kita sudah menghampiri ke akhir Ramadhan Al-Mubarak dan sekaligus akan menerima bulan Syawal iaitu bulan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Di kesempatan ini, saya penulis blog fairus.com ingin memohon kemaafan kepada para pembaca dan bloggers yang setia bersama penulisan saya selama ini. Sekiranya ada tersalah tingkah laku, bahasa dan penulisan, haraplah dimaafkan.

Saya juga sentiasa memaafkan kepada sesiapa sahaja yang mungkin ada melakukan kesalahan kepada saya. Semoga kita semua saling bermaaf-maafan sesama insan.

Akhir kata sekali lagi saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.