Sunday, June 17, 2012

SUMPAH! TIADA NIAT UNTUK MEMBUANG ANAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam dua minggu yang lepas, taman tempat tinggal saya ini telah menerima tong sampah yang baru yang disumbangkan oleh syarikat Southen Waste Management. Sebenarnya, bukan untuk taman perumahan tempat saya tinggal sahaja, tetapi semua taman perumahan di Melaka menerimanya.

Tong sampah yang baru ini lebih besar dan beroda berbanding tong sampah berwarna hitam yang biasa digunakan di mana-mana taman perumahan. Semasa menerima tong sampah tersebut, ada juga borang yang perlu diisi dan terdapat syarat-syarat tertentu seperti perlu menggunakan tong sampah tersebut dan bukan lagi tong sampah yang lama, kena denda sekiranya tong sampah tersebut rosak atau hilang dan sebagainya. Namun, sehingga kini saya masih belum menggunakannya.

Apabila tong sampah tersebut masih belum digunakan dan diletakkan di dalam pagar rumah, jadi ianya telah menjadi bahan mainan si Muhammad Fahim. Seperti yang saya  sebutkan di tajuk entri ini, bukan niat saya untuk membuang anak tetapi dia yang pandai-pandai nak main dalam tong sampah. Aduhai anak....

Errmmmm Cak!!

Apa tengok-tengok??

Hai.. Nama saya Muhammad Fahim
(Ps : Perangai Muhammad Fahim semakin menjadi-jadi sejak nak dapat adik baru)

SELAMAT HARI BAPA

Haji Mamat Yasin
Tiada dapat saya ucapkan apa-apa selain berterima kasih kerana membesarkan saya sejak saya kecil lagi. Sesungguhnya abahlah seorang insan yang amat saya sanjungi. Membesarkan 9 orang anak dengan tidak berbelah bahagi. Mungkin dahulu sanggup berpayahan membesarkan kami, begitu besar pengorbanan abah.

Sempena Hari Bapa ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa, semoga abah dipanjangkan umur dan sihat-sihat selalu. 

Friday, June 15, 2012

BERWARNA WARNI WARNANYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Malam tadi jalan-jalan di pasar raya Biru Putih, tiada niat untuk membeli belah, hanya untuk melihat-lihat kalau ada apa-apa yang menarik.

Jalan punya jalan, ternampaklah sesuatu yang menarik perhatian. Apa lagi, saya pun belilah untuk mendapatkan hadiah percumanya. Apa yang dapat? Layan saja gambar di bawah ini.

Dapat dua saja, kalau tak silap ada lima corak berlainan

Corak bulat-bulat. Nampak retro...

Berwarna warni

Logonya tersembunyi di dalam. Ingatkan tiada logo tadi...

Ha... Beli inilah baru dapat dompet di atas.. :)