Showing posts with label rick. Show all posts
Showing posts with label rick. Show all posts

Monday, February 7, 2011

PAWN STARS

Pawn Stars.. Perggh.. Memang layang cerita ni.. Siapa yang tak pernah tengok cerita ni, silalah tengok-tengok skit. Ini kisah realiti di mana 3 beranak Rick dan anaknya Big Hoss serta bapa Rick yang dikenali Old Man membuka sebuat kedai pajak gadai. Kedai pajak ni tidak seperti kat Malaysia yang menerima emas sahaja, tetapi yang uniknya mereka terima pajakan atau membeli barang-barang antik / bersejarah dan unik.


Ini pula Chumlee. Pembantu kedai A.K.A. member baik Big Hoss A.K.A Pak Lawak A.K.A. kaki kena buli. Dia ni punyalah lurus, tapi ok jugak. Dia ni memberikan hiburan kat kedai pajak tu. Selalu kena marah, buat lawaklah dan macam-macam lagi.

Aku minat tengok cerita ni bukan ape, dia memaparkan jualbeli barang-barang lama, bagaimana mereka "deal" dalam menawar harga dan macam-macam lagilah. Kalau korang nak tengok cerita ni, ada disiarkan di Astro History Channel.