Showing posts with label nizarruddin. Show all posts
Showing posts with label nizarruddin. Show all posts

Friday, October 25, 2013

NIZAR DAH BALIK.. YEAY!! YEAY!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Alkisahnya, malam semalam anak buah aku Nizar balik dari Manchester setelah tamat pertandingan Manchester United Soccer School World Skill FinalSeperti yang aku sudah beritahu tempoh hari, dia mendapat di kalangan 10 yang terbaik

Aku dan adik beradik serta anak-anak buah bertolak dari Melaka selepas Margrib menuju ke KLIA. Di sana bukan kami saja yang ada, turut sama ialah wartawan TV3 dan wakil-wakil sponsor (TM). Kalau siapa perasan, Buletin Utama ada memaparkan berita kepulangan dia sebentar tadi. Huh.. muka aku tak masuk frame pulak!! :p 

Dah lah.. Layan ajelah beberapa gambar ni...

Nizar dan Evra ketika di Manchester
Aku kat KLIA.. Tak tipu...
Bendera Melaka berkibar di KLIA
Bersama plug yang diterimanya..
Hehehe... Nak jugak!!

Monday, October 21, 2013

TOP 10!! ALHAMDULILLAH..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Berakhir sudah Manchester United Soccer School World Skill Final di mana Muhammad Nizarruddin Jazi telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. 

Walaubagaimanapun, pertandingan yang diadili secara skill individu itu, tidak dapat dijuarainya. Namun begitu, dia telah berjaya mendapat kedudukan Top 10, Alhamdulillah. Rasanya dia telah buat sehabis baik, namun apakan daya, mungkin tiada rezeki untuk menjadi juara.

Sumber rujukan gambar >> Team Malaysia <<

Tahniah Nizar.. Pakcik bangga dengan kau.

Friday, October 18, 2013

ONE IN A MILLION


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tiada apa lagi perkataan yang mahu diucapkan selain berasa amat bangga dengan tahap pencapaian yang sedang dikecapi oleh anak buah aku, Muhammad Nizarruddin Jazi yang kini berada di Old Trafford, Manchester, untuk menghadapi Manchester United Soccer School World Skill Final. 

Beliau merupakan wakil tunggal dari Malaysia dan Asia selain seorang lagi dari Jepun yang telah melayakkan diri dalam pertandingan tersebut.

Perasaan bangga agak bertalu-talu dalam hati aku ni. Sudahlah malam semalam berita pemergiannya ke Old Trafford tersiar di Buletin Utama @ TV3, hari ini pula, beberapa akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris memaparkan gambarnya. 

Sumber rujukan gambar >> Team Malaysia <<


Tiada apa yang dapat aku sumbangkan kecuali kata-kata semangat ni...

Nizar!!!

Alang-alang mandi biar basah!
Alang-alang mandi biar guna sabun!
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan!
Alang-alang dah sampai Old Trafford biar sampai jadi juara!
Biar putih tulang, jangan putih mata!
Berjuang hingga ke titisan peluh terakhir!
U can do it!
U can do it!
All out 200%!!!

Friday, August 16, 2013

MANCHESTER UNITED MENANDATANGANI 'RAMLI'?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Bapa saudara mana yang tak bangga apabila anak buahnya menjadi 'seseorang' yang berjaya dalam  kariernya. Begitu juga aku, amat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi oleh anak buah aku Muhammad Nizarruddin Jazi yang kini sedang menjalankan latihan di Manchester United Soccer School (MUSS)

Baru-baru ini dia dan seorang lagi rakannya yang juga dari Malaysia (Terengganu) telah terpilih sebagai 'Star Player' pada hari ke-6 latihan di MUSS. Di MUSS terdapat ramai pelajar-pelajar dari serata dunia seperti dari Jepun, Itali dan sebagainya.

Semalam terlihat pula status di Facebook kepunyaan dia di mana pada hari ini mereka ada perlawanan. Tak pasti sama ada perlawanan apa, mungkin perlawanan persahabatan. Yang hebatnya dia bakal menjadi ketua pasukan pada perlawanan tersebut. Memang tak padan dengan badan, kecil-kecil cili api!!

Harapnya dia akan terus berjaya.. Manalah tau satu hari nanti benar-benar dapat bermain untuk Manchester United. Manalah tahu kan...

Gambar-gambar dari Facebook Team Malaysia.


Semasa di Stadium Wembley, perlawanan Community Sheild baru-baru ini

3 orang rakyat Malaysia yang terpilih sebagai 'RAMLI'

Bersama rakan MUSS dari Itali

Kedua-duanya terpilih sebagai 'Star Player' pada hari ke-6 latihan di MUSS

Bukan semua orang dapat bergambar dengan piala Barclays Primier League.. Beliau sangat beruntung!

Tuesday, August 6, 2013

AKHIRNYA.... MANCHESTER UNITED SOCCER SCHOOL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Berpeluang berlatih di Manchester United Soccer School (MUSS) mungkin menjadi idaman bagi budak-budak kaki bola. Begitulah nasib anak buah aku, Muhammad Nizarruddin Jazi @ Nizar yang telah berpeluang untuk berlatih di MUSS selama 3 minggu atas ganjaran yang diterimanya setelah berjaya menjadi RAMLI bersama 2 orang peserta lain. 

Kalau dulu sudah puas dia mencuba nasib dalam beberapa rancangan realiti bola sepak seperti soccer kids, namun akibat dari saiz badannya yang tidak begitu besar, dia gagal untuk memasuki program tersebut. Namun kini, impiannya telah menjadi kenyataan apabila program Mencari Ramli musim ke-2 anjuran TV3 dengan sokongan TM telah membawa sinar baru bagi dirinya dalam bidang bola sepak. 

Aku ada juga beri nasihat pada dia, saiz badan sebenarnya bukan halangan, yang penting ialah minat dan kesungguhan untuk berjaya. Kalau nak dilihatkan, Lionel Messi pun tidak mempunyai bentuk badan yang besar, namun dia mempunyai tahap skill yang tinggi.

Setakat ini, aku memang amat berbangga dengan apa yang telah dia capai. Harapan aku pada suatu hari dia dapat bermain dengan Harimau Muda seterusnya dapat bermain untuk Harimau Malaya.

Jom layan beberapa gambar dia yang telah berada di sana sejak 2 Ogos yang lalu. Gambar-gambar ini adalah dirujuk dari Facebook Team Malaysia...











Maaf tiada caption. Yang paling kecil itulah Muhammad Nizarruddin Jazi.

Tuesday, July 16, 2013

VIDEO MENCARI RAMLI MUSIM KE-2 - EPISOD 13 (FINAL)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Bagi yang terlepas untuk mengikuti episod akhir Program Mencari Ramli musim kedua, bolehlah layari video ini.



Video ini juga merupakan satu kenangan yang agak besar bagi anak buah aku MUHAMMAD NIZARRUDDIN JAZI kerana telah terpilih menjadi 'RAMLI'.

Dia akan berangkat ke Manchester selama 3 minggu pada 1 Ogos 2013 ni. Bermakna, dia akan berhari raya di sana dengan meninggalkan kedua ibu bapanya di sini.

Semoga beliau terus sukses.!!

Saturday, July 13, 2013

MENCARI RAMLI 2 : ANAK BUAHKU, NIZARRUDDIN KE MANCHESTER UNITED


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Tahniah! Tahniah! Tahniah diucapkan kepada anak buahku, Muhammad Nizarruddin bin Jazi kerana telah terpilih sebagai 'RAMLI' pilihan juri dan akan ke Manchester United sebagai ganjarannya.

Kesungguhannya kini agak berbaloi setelah bekerja keras dalam bidang sukan yang sangat diminatinya. Dapat berkunjung ke Manchester United merupakan satu ganjaran yang agak hebat. Aku pun teringin sama nak pergi...



Dikhabarkan dia akan berhari raya di Manchester dengan pelbagai program yang telah diaturkan oleh pihak penaja seperti berlatih di Manchester United, menonton perlawanan bola sepak aksi Manchester United dan sebagainya. Bertuah sungguhlah!

Lagi cerita mengenai dia >> :: KLIK :: :: KLIK :: :: KLIK :: :: KLIK ::

Nak juga bergambar dengan 'RAMLI'

Frame ni kalau dapat kat aku, memang gantung kat rumah le... 

Latihan di Manchester United, menonton perlawanan Man. Utd., biasiswa Frenz United.., perghh...

Sunday, June 16, 2013

TAIP VOTE RAMLI13 DAN HANTARKAN KEPADA 26268


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


Gambar final 1Malaysia Cardiff City

Banggalah aku jadi bapa saudara si Muhammad Nizarruddin Jazi ni. Mana taknya, sudahlah dapat masuk program Mencari Ramli musim ke-2, baru-baru ni pula dia dapat menjadi Man of the Match bagi rancangan Mencari Ramli 2 episod ke-9. (boleh lihat di Youtube).

Kepada semua rakan-rakan bloggers, aku memohon pertolongan kalian untuk mengundi dia ni. Dia memang sungguh berbakat. Sekiranya mahu mengundi dia, bolehlah berbuat begini:


Taip VOTE <jarak> RAMLI13 dan hantarkan kepada 26268

Pengundi SMS pun boleh menang tau?? >> KLIK <<

Nampak macam besar saja peranan Nizarruddin AKA Nizar

Ketika sedang belajar

Menunggu keputusan pemenang imuniti dan Man of the match 

Pemenang imuniti dan man of the match episod 9

Sepatah dua kata dari man of the match

Tidur dalam perjalanan untuk makan malam bersama selebriti

Dengan Lisa Suriani rupanya...

Makan.. Makan.. Makan..

Bergambar kenangan bersama Lisa Suriani

Ramli Boleh!!!

Monday, December 3, 2012

JUARA PIALA 1MALAYSIA CARDIFF CITY


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Pencapaian yang amat membanggakan. Itulah perkataan yang dapat saya luahkan dengan kejayaan pasukan anak buah saya, Muhammad Nizarruddin bin Jazi yang menjuarai Piala 1Malaysia Cardiff City bawah 12 tahun.
 
Sebelum ini, terdapat kejayaan-kejayaan yang telah beliau kecapi seperti :
 
 
 
dan beberapa lagi kejuaraan dan kejayaan yang telah mereka perolehi.
 
Kini, sekali lagi anak buah saya dapat mengecapi satu lagi piala iaitu Piala 1Malaysia Cardiff City.
 
Apa yang amat membanggakan lagi, beliau bukan sahaja menjadi juara, malahan turut menerima hadiah sebagai pemain terbaik kejohanan dan penjaring gol terbanyak di mana di perlawanan akhir beliau telah menjaringkan 3 gol (hatrik)
 
Pasukan Juara Piala 1Malaysia Cardiff City 

Muhammad Nizarruddin pemain terbaik dan penjaring gol terbanyak. Hadiah disampaikan oleh pemilik Cardiff City
 

Tuesday, May 15, 2012

BANGGA DENGAN KAMU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah... Baru nak masuk pertengahan tahun 2012, namun sudah 3 piala sudah kamu rangkul. Tahniah.. Pakcik bangga dengan kamu Kapten. Walau Manchester United tidak menangpun tahun ni tak kisah, sebab anak-anak buah dah beri kemenangan yang berganda-ganda.


Juara MSSM Bawah 12 Tahun Peringkat Negeri Melaka Mewakili Kawasan Tanjong.


Juara Kelab Bawah 12 Tahun Terbuka Negeri Melaka


Juara MSSM Bawah 12 Tahun Kawasan Tanjong, Negeri Melaka


Lepas ini sudah boleh mewakili negeri Melaka bawah 12 tahun. Ayuh Kapten, kita kasi gegau...!!

Ini anak buah saya, namanya Muhammad Nizarruddin. Berbakat besar dalam bola sepak. Sekali lihat dia bermain, seperti orang dewasa. Boleh katakan setiap perlawanan dia ada menjaringkan gol dan gol-gol yang dijaringkan pula memang cantik-cantik. Dengar cerita, di peringkat negeri bawah 12 tahun nanti negeri Johor dan Negeri Sembilan berminat untuk mendapatkan khidmat dia. Tapi tak pastilah, dia akan pergi atau tidak. Hari tu sudah bincang, elok main untuk Melaka saja.

Harap-harap selepas ini dia boleh sambung pelajarannya ke sekolah sukan. Sudah minat dia ke arah itu, harap dia berjaya dalam bidang yang sememangnya dia suka.