Showing posts with label night view. Show all posts
Showing posts with label night view. Show all posts

Friday, June 10, 2011

MELAKA RIVER CRUISE

Pernah pergi ke Melaka? Siapa yang belum pernah pergi sila angkat kening... Hehe. Pada sesiapa yang belum pernah pergi Melaka tu, aku cadangkan datanglah ke Melaka, kerana di Melaka macam-macam ada. Dengan muziumnya yang banyak, Menara Taming Sari, bangunan bersejarah, Jonker Walk dan banyak lagi.






Apa yang aku mahu perincikan sekarang ialah tentang produk pelancongan Melaka River Cruise. Sesiapa yang datang ke Melaka harus menaiki Melaka River Cruise ni. Aku yang duduk Melaka ni pun dah banyak kali aku naik. Tak membosankan. Lebih menarik lagi naik pada waktu malam.



Pemandangan Kampung Morten melalui Melaka River Cruise

Nak dijadikan cerita, malam tadi aku bawak orang rumah dan anak aku serta akak ipar dan ank buah aku menaiki Melaka River Cruise. Disebabkan dekat pejabat sedang banyak kerja, aku tak dapat nak bawak orang rumah aku bercuti jauh-jauh. Memula dulu sudah rancang nak pergi Cameroon Highland, tapi apakan daya, tugasan di pejabat sedang berlambak. Aku punya staff yang bercuti pun kena panggil naik kerja.

Berbalik pula pasal Melaka River Cruise ni, ianya boleh dinaiki dari Taman Rempah, Melaka dengan bayaran RM 10.00 untuk dewasa dan RM 5.00 untuk kanak-kanak dari 2 - 12 tahun. Perjalanannya pula dari Taman Rempah ke Dataran Sungai Melaka dan kembali semula ke Taman Rempah. Tapi kalau terus mahu berhenti di mana-mana perhentian juga boleh. Selain itu, boleh juga menaiki Melaka River Cruise ni melalui perhentian-perhentian yang tersedia dan boleh membeli tiket terus melalui "pilot" bot tersebut.

Dengan menaiki Melaka River Cruise ini kita dapat melihat pemandangan-pemandangan yang menarik di kiri dan kanan sungai di mana terdapat rumah-rumah tradisional, bangunan lama zaman penjajah Portugis, Belanda dan British, senibina jambatan-jambatan yang menarik dan pelbagai lagi.

Taknak cerita panjanglah... Bagi sesiapa yang nak bertandang ke Melaka tu, aku cadangkan agar singgahlah ke sini untuk menaiki Melaka River Cruise. Ia pastinya menjadi memori yang indah pada diri anda. :)