Tuesday, November 26, 2024

Comedian by Maurizio Cattelan

Baru-baru ni, dunia seni kecoh dengan satu karya yang betul-betul lain macam. Karya seni bertajuk Comedian hasil tangan artis Itali, Maurizio Cattelan, berjaya mencipta sejarah bila terjual dengan harga AS$6.24 juta kat lelongan Sotheby’s Auction di New York. Pembeli karya ni adalah Justin Sun, seorang usahawan terkenal dan pengasas dalam dunia cryptocurrency.

Tapi, apa sebenarnya yang buatkan karya ni jadi kontroversi dan menarik perhatian ramai? Percaya atau tak, Comedian ni sebenarnya hanyalah sebiji pisang yang dilekatkan pada dinding guna pita pelekat. Ya, pisang biasa je! Tapi nilainya berjuta-juta dolar. Hebat, kan?

Sejak ia mula dipamerkan di Art Basel Miami Beach tahun 2019, Comedian terus jadi bahan perbualan. Ada yang rasa karya ni satu jenaka besar dalam dunia seni moden. Nilai karya bukan lagi pada bahan fizikal tapi pada idea yang tercipta. Ada juga yang kata, ini tanda seni dah terlalu dikomersialkan.

Tapi, kalau kita tengok dari sudut lain, karya ni sebenarnya mencabar kita untuk berfikir tentang seni kontemporari. Pisang dalam karya ni tak kekal, lama-lama ia akan busuk dan rosak. Mungkin mesej Cattelan adalah tentang ketidakkekalan, ketidaktentuan dan keunikan hidup manusia. Sama macam seni, hidup ni pun sementara.

Justin Sun, pemenang bidaan Comedian, bukanlah nama asing dalam dunia teknologi. Sebagai pengasas cryptocurrency TRON, Sun memang selalu jadi perhatian. Dengan pembelian karya ni, dia bukan saja dapat pisang di dinding tapi juga mencetuskan perbincangan global tentang seni, nilai dan teknologi.

Justin Sun kata pembelian tu adalah tanda sokongan dia pada seni kontemporari dan kebebasan ekspresi. Dia cakap, “Karya seni ni lebih daripada sekadar pisang di dinding, ia adalah simbol kreativiti manusia.”

Bagi aku Comedian ni lebih daripada sekadar jenaka mahal. Ia buat kita fikir, apa sebenarnya yang buat sesuatu tu layak digelar seni? Adakah sebab ideanya? Populariti? Atau sebab kontroversi yang dicetuskan?

Maurizio Cattelan mungkin tengah gelak sekarang, bukan saja sebab karyanya berjaya tapi sebab dia berjaya ajak kita semua untuk berdebat dan berfikir. Akhirnya, bukankah itu tujuan sebenar seni?

Apa pendapat korang tentang karya macam ni? Patut tak ia dihargai atau cuma sekadar jenaka mahal? Aku nak tahu pandangan korang.

Ada siapa nak beli? RM1 juta je... 


15 comments:

  1. 100K pun xde dalam tangan ha...inikan sejuta...installment boleh...hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Jap, pisang betul la dia letak ya. Masalahnya dia guna pisang tu la kot jadi viral. Kalau guna durian, awal² durian dah hilang agaknya, tak sempat busuk pun, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal.. Tak pasti tu pisang bebetul atau lukisan realistik. Kalau pisang betul, dah tentu dah busuk kan sejak 2019 tu.

      Delete
  3. duit berlebih xde apa nk buat boleh ja tabur pada sesiapa tanpa alasan

    ReplyDelete
  4. Bila org terlebih lebih duit mana pun boleh
    Ayooo baik ciknur je la lukis sendiri he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya banyak duit.. Saya beli nasi lemak, tengah lapar ni.. Haha

      Delete
  5. Ada nampak org share karya pisang ni. Bagi saya sungguh nonsense. Lebih membazir bila pisang tu sendiri bersifat tidak kekal dan cepat busuk. Lepas dah busuk, buang pula. Duit dah bayar berjuta-juta. Adehh

    ReplyDelete
  6. klau org tu lukis pisang dgn secara realistic kire ok la dia labur duit byk tu.. klau betul dh busuk, nnt pembeli tu letak pisang yg baru plak..hehe

    ReplyDelete
  7. Itulah seni...macam-macam boleh jadi...sesiapa yang beli hasil...memang banyak duit dan duit pun tak tahu nak buat apa dah..

    ReplyDelete
  8. Saya ada baca berita itu 😅. Tapi tak tahu nak komen apa bang. Krn saya tak paham seni. Kalo saya bilang, 'siapalah orang gila yg terpikir anggab ini karya seni, anak ku pun bisa buat' , kesannya akan sombong kan. Kalo memang bisa buat, kenapa tak buat 😄

    Tapi jujur saya pun jadi penasaran, apa faktor yg bisa dipakai sebagai acuan suatu karya adalah seni mahal 😅. Atau hanya Krn yg menjual Sotheby's atau Krn pembelinya orang terkenal. Jadi suka2 dia nak keluarkan uang berapa 😅?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang cakap, Lelongan seni ni tempat orang "cuci duit". Wallahuaklam

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.