Saturday, November 23, 2024

Menonton Perlawanan Piala Malaysia : Melaka FC vs Terengganu FC


Malam ni ada perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Melaka FC dan Terengganu FC. Aku bawa anak aku, Muhammad Firas Faiq, yang akan jadi pengiring pemain dalam perlawanan malam ni. Mungkin satu pengalaman yang tak boleh dilupakan olehnya.

Aku dah beli tiket awal sebab Firas perlu hadir awal jam 6.30 petang. Perlawanan ni dijadualkan bermula jam 9 malam. Tadi sekarang aku sudah berada di Masjid Cina Negeri Melaka yang berdekatan dengan Stadium Hang Jebat. Bola, bola juga, solat jangan lupa.

Malam ni, aku tak sabar nak tengok Melaka FC berlawan dengan Terengganu FC. Harap-harap Melaka FC dapat bagi yang terbaik dan semoga perlawanan ni penuh dengan aksi menarik. Firas pun mesti bangga dapat jadi sebahagian daripada acara besar ni. Walau hakikatnya, atas kertas, Terengganu FC dilihat mempunyai kelebihan berbanding Melaka FC. 

Harap-harap Melaka FC memperoleh kemenangan. Anak buah aku Nizarruddin Jazi pun bermain di Melaka FC. Semoga kemenangan buat Melaka FC. Menang agak mustahil tapi tiada yang mustahil. 

24 comments:

  1. menang ke Melaka FC mlm tu? Sy dah lama x pi stadium sbb team bola Kelate dah x serupa mula. sedih tul...

    ReplyDelete
  2. lepas ini tolong update cerita bola tersebut tuan

    ReplyDelete
  3. wa... bestnye firas... dapat jadi pengiring... mesti teruja sgt2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah beberapa kali dah dia jadi pengiring ni.. Moga suatu hari nanti dia pula diiringi.

      Delete
  4. Tahniah M Firas Faiq terpilih jadi boy pengiring pemain

    ReplyDelete
  5. Jaga2 barang peribadi masa dalam stadium...

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Kadang² seronok, kadang² tidak.. Tidak tu bila kalah le.

      Delete
  7. Bagus. Tahniah buat anak dapat join game macam ni.

    ReplyDelete
  8. Alaah......kalah ke....pengalaman untuk anak buah tu...

    ReplyDelete
  9. The next malaysian footballer in the making. Hebat firas 👍🏻

    ReplyDelete
  10. Setelah baca komen di atas, ternyata kalah ya bang.. tak apa, karena sebagai fans sejati, pastilah akan mensupport klub favoritnya menang ataupun kalah kan 🎉☺️.

    Senaaangnya anak Abang bisa jadi pengiring. Itu yg paling diharapkan banyak anak laki2 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa dah jadi pengiring. Dulu anak saya yang pertama juga pernah jadi pengiring skuad Harimau Malaya.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.