Wednesday, August 23, 2023

Masuk Majalah 3 Pulak!

Baru sahaja semalam terlibat dengan penggambaran untuk rancangan di RTM, hari ini pun ada penggambaran lagi, kali ini untuk TV3 pula. Penggambaran ini adalah untuk rancangan Majalah 3 yang akan ditayangkan tidak lama lagi sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Bergambar kenangan bersama penerbit Majalah 3, Asyraf Naqiuddin

Macam biasa. Apabila bos sudah arahkan untuk membantu, aku patuh pada arahan. Barangkali bos-bos semua sibuk, jadi aku yang bukan bos ni perlu menghadapi situasi ini iaitu di temuramah oleh stesen televisyen. 

Temuramah kali ini melibatkan hal-hal berkaitan perpaduan antara kaum di Melaka khususnya Melayu, Cina dan India dengan menelusuri kembali keeratan perpaduan di zaman Kesultanan Melayu Melaka, migrasi kaum sehingga berlaku asimilasi budaya dan warisan bersama penduduk asal semenanjung Tanah Melayu dan lain-lainnya. 

Nanti, jangan lupa menonton rancangan Majalah 3 yang akan ditayangkan tidak lama lagi bersempena Sambutan Hari Kebangsaan negara tahun 2023 ini. 

Lihat juga :




Gembira dapat berkenalan dengan individu dari berlainan disiplin pekerjaan

5 comments:

  1. Begitulah pentingnya sejarah, ‘orang Sejarah’ akan sentiasa dicari untuk memberi pandangan dan pendapat. Syabas en.fairus kerana muncul lagi di kaca tv 👏

    ReplyDelete
  2. Wah...x sabar nak tengok majalah 3 nanti...bangga ni kawan blogger masuk tv...hehehe..boss arahkan anak buah ganti dia..nanti x lama lagi mana tau naik pangkat jadi boss plak

    ReplyDelete
  3. Tahniah Encik Fairus.
    Wah, masuk Majalah 3!

    ReplyDelete
  4. tahniah bro...masuk TV boleh glamer juga juga

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.