Friday, August 25, 2023

Facebook Boleh Membaca Minda Manusia?

Nak dijadikan cerita, aku berhasrat menamakan anak-anak kucing aku yang masih belum sempat aku berikan nama. Sambil mendukung seekor anak kucing yang paling aku sukai, aku bertanya kepada isteri dan anak-anakku, "hari ini ayah nak menamakan kucing ini.. apa nama nak diberikan?" Anak perempuan pula yang menyahut "mesti ada huruf F macam nama anak-anak ayah."

Lantas terlintas dalam benak fikiran aku untuk menamakannya sebagai Frodo. Satu watak di dalam filem Lord of the Ring. "Ya Frodo.. Mulai hari ini kita panggil dia Frodo", kataku kepada mereka dan mereka setuju sahaja.

Dalam beberapa minit selepas itu, aku membuka komputer riba untuk melayari Blog dan Facebook. Sedang aku scroll facebook, tak semena-mena keluar gambar Frodo dan Gandalf. Aik! Facebook ni macam tahu-tahu saja aku baru saja sebut pasal Frodo. Sebelum itu tiada pula aku membuat sebarang carian pasal Frodo mahupun filem Lord of the Ring. Lantas aku membawa komputer riba menunjukkan kepada isteriku, "tengok ni... Kita baru sebut nama Frodo, tiba-tiba gambar Frodo ada pada Facebook ayah".

Adakah ini suratan atau kebetulan? Ajaib juga.

Frodo dan Gandalf

Apabila melihat Gandalf bersama Frodo, aku berhasrat menamakan seekor lagi anak kucing dengan nama Gandalf. Amat sesuai namanya kerana anak kucing tersebut tempang kakinya sejak lahir akibat tersangkut pada sangkar. Sesuai dengan Gandalf yang bertongkat. 

Dah.. Dah.. Jangan fikir yang bukan-bukan. Takkanlah Facebook boleh membaca minda manusia. Itu semua hanya kebetulan. 

8 comments:

  1. Rasanya macam facebook boleh detect suara kita je.... sebb tu keluar apa yang kita duk sebut.
    Seram! kalau kita search, memg akan ada suggestion... ni pulak baru bercakap, terus keluar. Ish3

    ReplyDelete
  2. Kebetulan je tu. Teringat dulu ada seorang blogger bernama Frodo Baggins. Terima kasih kerana sudi singgah blog saya dan meninggalkan jejak.

    ReplyDelete
  3. Kadang2 movie boleh bagi idea untuk namakan kucing. Komen tadi masuk kat post yang lain. Maaf.

    ReplyDelete
  4. Hahahahaha, saya pernah juga kejadian macam nih. Sedang berpikir nak liburan kemana tahun depan, lalu terbayang azerbaizan dan Georgia. Hanya saya bayangkan, belum lagi browsing di internet. Tau2 buka FB dah ada aja kluar wisata di azerbaizan 🤣. Ntah2 dah terpasang chip di kepala kita diam2 hahahaha

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.