Saturday, May 20, 2023

Tips Untuk Mudah Bangun Tidur Awal



Ada kalanya kita sukar untuk bangun tidur di awal pagi. Mulalah kelam-kabut nak mandi, solat subuh, menggosok baju, sarapan dan lain-lain hal sebelum pergi kerja. Itu belum lagi nak berkejaran ke tempat kerja dengan menempuh kesesakan lalu lintas. Memang angin satu badan dibuatnya.

Namun, itu semua boleh diatasi jika kita tekad dan mendisiplinkan diri untuk bangun tidur awal. Seronok sebenarnya andai dapat bangun tidur awal kerana segala pekerjaan atau perbuatan selepas bangun dari tidur dapat dilakukan dengan tenang-tenang saja.

Jadi, apabila aku jenguk beberapa tips yang terdapat di dalam halaman maya, aku kira ini antara tips-tips yang boleh kita semua praktikan bersama untuk mudah bangun tidur di awal pagi :

1. TETAPKAN JADUAL TIDUR YANG KONSISTEN
Cuba usahakan sehabis baik untuk tidur dan bangun tidur pada waktu yang sama pada setiap hari termasuk waktu di hujung minggu. Jika kita berjaya melakukan ini, insyaAllah, ia akan menjadi kebiasaan. Bangun tidur di awal dan konsisten akan membuatkan kita berasa lebih segar dan bertenaga ketikan bangkit dari tidur.

2. ELAKKAN MINUM KOPI SEBELUM TIDUR
Kopi dan minuman lain yang mengandungi kafien perlu dielakkan dari diminum beberapa jam sebelum tidur. Minuman ini akan menganggu kualiti tidur seterusnya menyukarkan kita untuk bangun awal di waktu pagi.

3. CIPTA SUASANA YANG SELESA
Pastikan di dalam bilik tidur mempunyai ciri-ciri yang tenang, gelap dam sejuk. Gunakan langsir atau penutup mata bagi mengelakkan cahaya terang yang mengganggu tidur. Pastikan juga tilam dan bantal yang digunakan adalah selesa bagi memberikan tidur yang berkualiti.

4. ELAKKAN PENGGUNAAN GADGET SEBELUM TIDUR
Cahaya yang terdapat pada gadget akan menganggu hormon yang mengatur tidur. Elakkan menggunakan gadget seperti telefon bimbit, komputer riba atau tablet sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur.

5. LAKUKAN ISTIRAHAT SEBELUM TIDUR
Cuba lakukan aktiviti istirahat sebelum tidur seperti membaca buku, mendengar muzik yang menenangkan atau melakukan meditasi. Ini dapat membantu merehatkan jiwa dan minda seterusnya tubuh badan bersedia untuk tidur.

6. ELAKKAN TIDUR DI WAKTU SIANG TERLALU LAMA
Jika kita tidur yang agak lama di waktu siang, adalah berkemungkinan kita akan mendapat kesukaran untuk tidur awal di waktu malam seterusnya akan menyebabkan terlewat untuk bangun tidur. Boleh tidur di waktu siang, namun cukuplah sekadar dari 20 hingga ke 30 minit sahaja.

7. LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL YANG TERATUR
Bersenam atau bersukan yang konsisten pada waktu siang mampu membantu mengatur pola tidur kita. Apabila berasa penat, pada waktu malam kita akan tidur awal bagi merehatkan diri. Namun jangan pula melakukan senaman terlalu dekat masanya dengan waktu tidur kerana ia akan menyukarkan kita untuk tidur.

8. JANGAN HISAP ROKOK DAN MINUM MINUMAN BERALKOHOL
Minum minuman beralkohol dan merokok akan mengganggu kualiti tidur seterusnya menyebabkan kita berasa kurang selesa dan segar apabila bangun tidur. Seeloknya elakkan mengambil kedua-dua bahan ini sebelum tidur.

9. GUNAKAN PENGGERA (ALARM)
Apabila mempunyai kesukaran untuk bangun tidur, cara yang baiknya ialah menggunakan penggera. Pilih masa yang diperlukan untuk bangun dari tidur.

Jadi, sama-samalah kita cuba mempraktikkan tips-tips ini agar dapat bangun tidur sesuai dengan waktu yang kita perlukan. Bangun tidur awal membolehkan kita berasa tenang seterusnya dapat melaksanakan segala hal juga dengan tenang.

(ps: ketika menulis tips ini, jam di kompuer riba menunjukkan ke angka 2.07 pagi. Hihihi...)

10 comments:

  1. Tq for sharing.
    Saya kalau tidur awal, bangun pun awal. Cukup tidurlah kiranya.

    ReplyDelete
  2. Uncle: Nak tidur, sangat sudah... Bila dah tidur, sangat susah bangun! hahahha

    ReplyDelete
  3. saya mmg biasa masuk tidur jam 11 mlm biarpun tdo pd siangnya. autosleepy at 2300! cuma masalahnya bila terbangun kul 4 pagi tu susah plak nak lelap balik.

    ReplyDelete
  4. wah...tip yang sangat berguna kerana bangun awal dan tidur awal adalah cabaran hebat manusia masa kini...mereka semahu mungkin tidur lambat dan bangun awal atas kesibukan layan urusan dunia.

    ReplyDelete
  5. Saya set gajet2 saya supaya ‘tidur’ pada pukul 10.45 malam. Tepat masa, semua jadi malap dan ada reminder masa tidur. Hidup zaman teknologi, masa tidur pun dikawal teknologi 😄

    ReplyDelete
  6. makin berusia tidur dah makin sikit. nikmat dunia ditarik sikit2 kan.

    ReplyDelete
  7. Saya sekarang memang tidur awal. Pukul 9 mata dah macam kena set, terus mengantuk 🤣

    ReplyDelete
  8. tq for sharing...no. 4 tu susah sikit...haha..lps isyak baru ada masa nak tgk medsos...kekdg terlajak esp bila tgk tik tok...kena kontrol lepas nih..

    ReplyDelete
  9. mama mmg elakkan minum kopi dan teh bermula ptg kalau tak mmg susah nk tido

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.