Monday, October 3, 2022

Permainan Tikam

Tanpa kita sedari, sejak dari kecil kita terjebak dengan satu permainan yang sememangnya berunsurkan perjudian. Permainan Tikam! Inilah permainan pertama yang melibatkan kanak-kanak berjudi sama ada disedari atau tidak. 

Dulu-dulu panggil ni Tikam Dayak

Dengan rasa bersalah, aku mengaku pernah juga bermain permainan ini semasa zaman kecil. Jangan kata kecil, semasa masih bersekolah menengah juga aku pernah bermain permainan tikam. Tapi bukanlah selalu, sekali sekala saja.

Tidak dapat aku pastikan sama ada di zaman ini masih terdapat permainan ini di pasaran. Harap-harapnya tiadalah lagi, agar budak-budak sekarang tidak terjerumus ke dalam aktiviti yang mendorong kepada unsur perjudian. 

Ada sesiapa yang pernah main tikam? Cuba komen pengalaman kalian pula. 

12 comments:

  1. taukeh kedai judi jugak yg untung., huhuhu

    ReplyDelete
  2. Sy tak pernah la main permainan ni..rasanya pernah nampak dikedai2 runcit.....

    ReplyDelete
  3. Jaman kecik2 dulu pernahlah juga beli tikam2 ni

    ReplyDelete
  4. Rasanya pernah masa zaman sek rendah. Beli di kedai runcit.
    Dulu biasanya duit saya habis sebab beli anak patung kertas dan ‘daun terup’ sebab nak buat main dengan adik-beradik/kawan.

    ReplyDelete
  5. tikam ni dr rumah mengaji dh buat.. semoga arwah ustaz tenang di sana. kami budak2 yg mengaji tak tahu apa2

    ReplyDelete
  6. Dulu masa kecil, terjebak juga main tikam-tikam ni. Lepas kecewa sebab tak pernah menang apa-apa, terus insaf tak mahu tikam menikam lagi :D

    ReplyDelete
  7. Uncle sampai hari ni main tikam....

    eh? hahahaha

    ReplyDelete
  8. Zaman kanak-kanak dulu saya pun pernah beli tikam-tikam ni.

    ReplyDelete
  9. zaman kecik2 dulu, selalu ada funfair, pertunjukan sarkis, mmg byk game tikam2 ni, pernah jg main, just for fun...zaman dulu belum ada kesedaran, ulama pun sonyap je...

    ReplyDelete
  10. tahun 90an dulu ramai main ni kan. saya tengok jelah, tak terjebak sebab tahu diri memang tak bernasib baik

    ReplyDelete
  11. tak prenah main sbb selalu je tak cukup duit huhu

    ReplyDelete
  12. Raya sebelum PKP pernah main tikam tikam ni, saja buat aktiviti keluarga bila kumpul ramai ramai. Paling seronok kalau bertuah dapat hadiah.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.