Tuesday, October 18, 2022

Peranan Masjid Kepada Masyarakat Yang Mungkin Kita Tidak Tahu

Dulu-dulu sering juga kedengaran bahawa terdapat individu muslim yang kesempitan hidup pergi ke rumah ibadat agama lain yang menawarkan sumbangan sama ada berbentuk kewangan atau barangan keperluan. Sejauhmana kebenarannya, wallahua'lam. Moga ia hanyalah sekadar khabar angin yang tidak berasas. Sekiranya benar, maka ia merupakan satu tamparan hebat buat institusi masjid.

Namun sebenarnya, telah banyak masjid di dalam negara kita ini memberikan sumbangan kepada mereka-mereka yang memerlukan. Cuma barangkali kita kurang perasan kerana berkemungkinan pihak masjid tidak mewar-warkan secara meluas contohnya di media sosial.

Alhamdulillah.. di masjid kawasan kejiranan aku cukup prihatin dengan masyarakat sekitar atau lebih tepat lagi ahli kariah. Pihak masjid mempunyai data ahli kariah yang telah dikumpulkan dan dari data tersebut pihak masjid dapat mengenalpasti siapa yang perlu dibantu.

Awalnya dahulu, di masjid menyediakan gerobok rezeki di mana barang-barang keperluan yang disumbangkan oleh orang ramai ditempatkan di satu rak di masjid. Mereka yang memerlukan boleh mengambilnya dalam kadar yang diperlukan. Namun, kaedah tersebut kurang mendapat sambutan. Terdapat makanan yang rosak akibat melepasi tarikh luput. 

Justeru, pihak masjid telah mengambil inisiatif untuk menghantar sendiri barangan keperluan kepada golongan sasaran. Program ini dinamakan Ziarah Kasih Gerobok Rezeki Masjid Al-Aminin. Ia mula diperkenalkan pada era Covid-19 fasa kedua dan sehingga kini ia terus dilaksanakan.

Penghantaran sumbangan dari rumah ke rumah telah dilaksanakan pada setiap minggu. Pada awal pelaksanaan dahulu, setiap minggu hampir 20 rumah dilawati dan diberikan sumbangan berupa barangan keperluan. Kini, hanya 10 buah rumah saja dilawati setiap minggu. 

Walaupun hanya 10 rumah sahaja setiap minggu, namun boleh dikatakan setiap 2 ke 3 bulan mereka akan kembali menerima sumbangan kerana kaedah penggiliran dibuat setelah kesemua penerima telah dilakukan. Selagi ada penginfaq, selagi itu program ini akan berjalan. Alhamdulillah, pada ketika ini, sumbangan dari penginfaq amat menggalakkan.

Apa peranan aku? Sebenarnya aku tiada apa-apa jawatan di masjid. Cuma aku secara sukarela menawarkan diri untuk mengambil gambar dan video serta mengeditnya untuk diwar-warkan kepada masyarakat khususnya di dalam kariah kami. Aku pun bukanlah seorang profesional dalam pembikinan video, cuma minat dan berbekalkan sedikit bakat yang terpendam. Semoga dengan video ini menjadi sebab kepada lebih ramai masyarakat berbuat kebaikan dan kebajikan.

Akhir kata, sama-samalah kita mengejar untuk membuat kebaikan dari apa yang termampu kita lakukan. Mohon juga kepada rakan-rakan untuk subscribe, like dan share video kami ini agar lebih ramai lagi masyarakat mengetahui peranan masjid dalam masyarakat.

Klik video YouTube Gerobok Rezeki Masjid Al-Aminin di SINI.

Anda ingin turut menyumbang?

9 comments:

  1. Betullah kan, kalau tak diwar-warkan di media sosial macam mana orang ramai nak tahu adanya bantuan.
    Moga usaha murni ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  2. Tahniah untuk usaha ini. Moga lebih ramai yang peka dengan peranan masjid kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  3. Betul tu tanpa diwar-warkan mungkin takde sape tahu sangat ada yang memerlukan bantuan. Semoga segalanya di mudahkan..Aamiin

    ReplyDelete
  4. Tahniah...sumbangan kewangan atau tenaga..sama sahaja..yang penting kita ikhlas dan semoga apa yang kita buat dapat keredhaan dariNya...Tak guna duit puluhan/ratusan ribu atau jutaan dalam akaun masjid/surau jika tidak digunakan dengan sebaiknya untuk pembangunan insaniah kepada masyarakat yang benar2 memerlukan.

    ReplyDelete
  5. betul. Kena ada team untuk urus hebahan...

    ReplyDelete
  6. Secara tak lansung, peranan itu turut membantu. Cantik juga hasil video dan editing.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, inisiatif yang bagus. Bersedekah memang digalakkan untuk dahulukan jiran-jiran sendiri

    ReplyDelete
  8. itulah peranan masjid dan surau...tapi surau bawah rumah ammi ni lain maciammmm sikit. makan-makan hanya utk AJK..bantuan masa covid pun hanya utk AJK sahaja. Jemaah apa cerita?

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah...
    moga usaha tu menjadi pemberat di akhirat kelak, in shaa Allah.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.