Tuesday, July 5, 2022

Festival Masakan Warisan Melaka 2022

Festival Masakan Warisan Melaka kini kembali setelah dua tahun tidak dapat dilaksanakan akibat pendemik Covid-19. Festival ini merupakan acara yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Melaka dan para pelancong yang mengunjungi negeri Melaka. Di festival ini, menyajikan pelbagai makanan dan juadah dari etnik dan suku kaum yang terdapat di negeri Melaka seperti Melayu, Cina, India, Orang Asli, masyarakat Portugis, Baba Nyonya, Chetti dan Punjabi.



Turut terdapat penyertaan daripada negeri-negeri lain seperti Johor, Terengganu dan lain-lain negeri lagi. Antara acara-acara yang dirancang ialah demonstrasi dan jualan masakan, food truck, pameran, pertandingan masakan, persembahan kebudayaan dan artis jemputan, kuiz, caabutan bertuah dan palbagai lagi acara yang menarik.

Jadi, jangan ketinggalan untuk mengunjungi festival ini yang bakal berlangsung pada 22 hingga 24 Julai 2022. Lokasi festival ialah di sepanjang Jalan Kota di Bandar Hilir, Melaka. Acara bermula dari jam 9.00 pagi hingga ke jam 6.00 petang.

3 comments:

  1. assalamualaikum tuan... lama tak ke sini... borneo museum dah buka dah... bila nk benchmark ke sini? hehehe

    sy bawak student ke sini hari tu https://www.kakmim.com/2022/06/lawatan-ilmiah-ke-borneo-cultures-museum.html

    ReplyDelete
  2. Kalau sihat rasa nak sangat pergi..masalahnya blom sihat sepenuhnya

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.