Thursday, April 14, 2022

Tadarus Al-Quran di Bulan Ramadan


Alhamdulillah.. Telah menjadi kelaziman jabatan tempat aku bekerja mengadakan program Tadarus Al-Quran apabila menjelang bulan Ramadan. Aku turut tidak melepaskan peluang untuk sama menyertai program ini. Rasanya sudah bertahun-tahun juga aku sertai program ini.

Alhamdulillah juga kerana tahun demi tahun dapat mempelajari dan memperbaiki bacaan walaupun pada hakikatnya aku masih belum pandai sepenuhnya membaca Al-Quran. Apabila kena tegur kerana silap membaca, aku suka ditegur kerana dengan teguran tersebut, insyaallah aku akan mengingati apa yang aku salah dan akan memperbaikinya.

Sebenarnya aku amat berterima kasih kerana jabatan aku mengadakan program sebegini. Secara tidak langsung, aku mula mengenal dan membaca Al-Quran. Sebelum ini membaca agak 'merangkak-rangkak'. Alhamdulillah, sekarang rasanya sudah agak baik. Namun, banyak lagi yang perlu diperbaiki dari aspek makhraj huruf, hukum tajwid, dan lain-lainnya.

Marilah tuan-puan, kita perbanyakkan membaca Al-Quran dan memperbanyakkan amalan di bulan yang mulia ini. Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah SWT.

17 comments:

  1. Bulan puasa memang selalu ada program ni. Lagi-lagi mereka yang kerja ofis gomen.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ada peluang sertai tadarus.
    Hehe saya kali terakhir tadarus masa di universiti.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah . Banyak amalam dalam bulan ramadan ni

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah
    Teringat duk.asrama tadarus memang acara wajib.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Moga makin mahir. opis saya dah tak buat sejak PKP. huhu

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...keep going bro...

    ReplyDelete
  7. abe kie baca A-Quran slps asar je sbb masa tu baru mata ni terasa segar sikit.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah program terbaik berterusan

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..bagus jabatan buat aktiviti tadarus..

    ReplyDelete
  10. untung fairus dpt dept yg macam ni. seronok bertadarus bersama opismate kan

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..Semoga terus istiqomah. InshaAllah pasti lancar bacaaan nanti :)

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah satu usaha yg bagus.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.