Sunday, April 17, 2022

Menikmati Tau Fu Fa di Bulan Ramadan

 


Tau Fu Fa telah menjadi menu wajib bagi aku sepanjang bulan Ramadan ini. Boleh dikatakan hampir setiap malam aku menikmati Tau Fu Fa. Selepas solat tarawih, duduk di dapur seorang-seorang sambil menikmati Tau Fu Fa. Anak-anak yang lain tak berminat, maka biasanya aku akan beli satu bekas saja untuk aku makan sendiri.

Aku beli Tau Fu Fa hanya di gerai-gerai tepi jalan sahaja. Tak pergi mencari di Bazar Ramadan.  Ada tiga hingga empat gerai yang berdekatan dengan rumah ada menjual Tau Fu Fa, semua rasanya enak. Jadi aku boleh saja memilih di gerai mana pun untuk membelinya.

Sekiranya bukan di bulan Ramadan, agak sukar nak cari Tau Fu Fa. Kalau teringin nak makan, perlu cari di pasar malam. Tapi di bulan Ramadan ni, mana-mana tempat mesti ada jual Tau Fu Fa. Senang nak jumpa.

Ada yang suka makan Tau Fu Fa?

21 comments:

  1. saya! sedap! tapi tak beli lagi ramadan kali ni

    ReplyDelete
  2. sy ni x pandai mkn tau fu fa.. suka tgk je...hehehe

    ReplyDelete
  3. Lama tidak makan.
    Suka juga.

    ReplyDelete
  4. sedapp yg gula merah tu. bln x puasa memangg selalu beli

    ReplyDelete
  5. suka yg gula merah yg putih kureng sikit. dpn opis dulu mmg ada org jual soya. kalau mengantuk keluar g beli kejap hehehe

    ReplyDelete
  6. Saya suka, tapi tak suka kalau manis sangat. Jadinya kalau beli, minta air gula sikit je. Penjual akan terus bagi yang air gula asing.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, Alhamdulillah Kak Mah singgah sini buat pertama kalinya,
    Alhamdulillah Kak Mah suka juga Taufu Fa ni, sedap.

    ReplyDelete
  8. nikmatnya dapat pekena taufufa ni. ramadhan ni mama tak makan lagi taufufa

    ReplyDelete
  9. makan yg sejuk tu sedap sungguh. dah la skrg ni cuaca panas terik.

    ReplyDelete
  10. Fav saya jugak! Sedap makan sejuk sejuk. Dulu dulu murah. Sekarang dah cecah RM2.50 sebekas. Mudah nak jumpa orang jual boleh makan selalu. Bulan puasa ni belum makan tau fu fah lagi. Nak ke bazaar yang malas tu.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. saya suka taufu fa yg ada gula melaka..sedappp..

    ReplyDelete
  13. sama la tak berapa makan tau fu fa. hehe

    ReplyDelete
  14. Makan pula selepas disejukkan.. memang feel habis..

    ReplyDelete
  15. laa ni tau fu fa dah kaler ijo dgn pink...hehe mcm2 laa penjual ni...

    ReplyDelete
  16. Saya suka makan baik sejuk mahupun panas. Tapi bulan puasa yang lepas tak ada rezeki nak makan :)

    ReplyDelete
  17. Favorite food yang dah terpaksa ditinggalkan. Huhuhu!

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.