Thursday, March 31, 2022

Terima Kasih daun Keladi_Dapat Variety Box Dari Syazni Rahim


Alhamdulillah... Terima kasih diucapkan kepada blogger Syazni Rahim atas pemberian ini. Lihat saja gambar di atas, pelbagai barangan yang aku terima dalam satu pengeposan. Sesungguhnya ianya amat dihargai.

Hadiah ini diterima sebagai hadiah saguhati dalam penyertaan giveaway yang telah dianjurkan oleh beliau. Rasa-rasanya, sudah tiga kali aku terima hadiah giveaway dari Syazni Rahim. 

Ada kalanya rasa segan pula nak menerimanya. Aku masuk giveaway biasanya sekadar mahu menyokong rakan-rakan bloggers. Kelazimannya juga, apabila tiada idea untuk menulis, aku mencari-cari rakan-rakan bloggers yang mengadakan giveaway jika ada aku akan sertai, secara tidak langsung, aku telah membuat satu entri. Hehe..

Akhir kata, sekali lagi ribuan terima kasih kepada Syazni Rahim kerana memberikan hadiah ini. Semoga kamu terus dimurahkan rezeki dan hidup aman damai bersama keluarga tercinta. 

22 comments:

  1. Alhamdulillah dah sampai! Amiinnn untuk doanya :)

    ReplyDelete
  2. Ammi pun dah dapat tapi belum berkesempatan nak buka. apa yg sibuk sangat ntahlah 2-3 hari ni... fusing kepla

    ReplyDelete
  3. wahhh banyak tu hadiah ramadannya ;-)

    ReplyDelete
  4. Selamat gunakan barang-barang diterima.

    ReplyDelete
  5. Wah, menariknya hadiah GA ni. Tahniah fairus, semoga terus dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...Tahniah! Rezeki dapat macam macam.

    ReplyDelete
  7. Tahniah! Rezeki tu, alhamdulillah...

    ReplyDelete
  8. tahniah.. stokin kuning tu ada di rumah. sy beli di shopee. hehee

    ReplyDelete
  9. wah byk tu hadiah syaz bg. tahniah

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.