Thursday, March 31, 2022

Pernah Dulu Bercita-Cita Menjadi Guru Tapi Tak Lulus Peperiksaan Untuk Jadi Guru

Perkongsian ilmu bersempena lawatan akademik pelajar UKM

Pernah satu ketika dahulu aku bercita-cita untuk menjadi guru. Dalam ahli keluarga aku, abang sulong aku merupakan seorang guru. Bapa dan emak saudara, sepupu sepapat aku ramai yang bekerjaya sebagai guru. Jadi, terdetik dalam sanubari aku keinginan menjadi seorang guru seperti mereka.

Tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aku pernah memohon maktab perguruan. Telah duduki peperiksaan, namun gagal. Gagal. Tak pasti di mana silapnya. Mungkin dahulu otak aku belum cukup bergeliga sehingga boleh dibuat batu cincin. Walaupun pada hakikatnya, ramai yang menyatakan negara kekurangan guru lelaki. Kenapa aku tak terpilih? (Huk aloh... Sebab gagal ujian nak jadi cikgu le tu). 

Aku sambung ambil Ijazah Pertama setelah tamat tingkatan 6. Akan tetapi selepas itu tidak pula aku mencuba untuk mengambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sebab mungkin kerana selepas beberapa bulan graduasi, aku telah mendapat kerja. jadi, impian aku untuk menjadi guru, aku sendiri yang kuburkan.

Sekarang, sudah 15 tahun aku bertugas dalam bidang pemuziuman. Dalam 15 tahun ni telah banyak bahagian dan unit telah aku bertugas. Dari unit pendaftaran, operasi muzium, konservasi, pemasaran dan kini di seksyen penyelidikan. Alhamdulillah, banyak juga pengalaman yang telah aku timba dalam dunia pemuziuman. Namun aku sedar, aku bukanlah hebat, aku sekadar pekerja biasa-biasa sahaja. Tiada yang istimewanya.

Bagusnya di sini, aku berpeluang untuk menyampaikan sesuatu kepada masyarakat. Bukan mengajar, namun berkongsi ilmu. Sedikit ilmu yang aku ada, aku kongsikan agar dapat memberikan manfaat kepada yang ingin menerimanya. Jadi, aku boleh merasa juga diri ini sebagai guru. Menyampaikan ilmu kepada masyarakat dari peringkat tadika, sekolah rendah hinggalah ke pelajar yang mengambil PhD yang hadir ke muzium untuk mendapatkan maklumat.

32 comments:

  1. Saya pun nak jadi cikgu dulu dan kini. Nak buat macam mana, dah bukan kat situ rezeki kita kan. Syukur kerana masih hidup pada hari ini dan diberi nikmat segala macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Allah SWT dah catat semuanya.. Rezeki kita tak dapat jadi guru..

      Delete
  2. TANPA SEDAR SECARA SEMULA JADI KTA ADALAH GURU SEBENAR PENDIDIK ANAK2 N MRK SEKITAR KITA DGN ILMU APA SAJA YG DIMILIKI

    ReplyDelete
  3. Bagus dapat buat penyelidikan, kemudian berkongsi ilmu pula. Sentiasa ada hal-hal baru dipelajari, hidup lebih seronok.

    Saya pernah dapat tawaran KPLI, tapi terpaksa menolak. Kalau saya teruskan, saya sekarang seorang guru kaunseling ­čśÇ

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi dahsyat.. Boleh kaunseling murid.. Hihi

      Delete
  4. tak jadi guru, jadi pemberi informasi pun ibarat guru gak..

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah ada peluang dan rezeki. Guru tak semestinya mereka yang mengajar kat sekolah. Dalam muzium pun boleh jadi guru yang menyampaikan ilmu.

    ReplyDelete
  6. setiap peluang adalah rezeki. kalau tak ada barangkali Allah janjikan yg lbh baik. saya pun bercita-cita nak jd cikgu. dr kecik lg. buat mcm2 supaya layak dpt jd cikgu. habis belajar berpeluang jd guru sementara kat 3 sekolah berbeza. punyalah happy masa tu. tp apakan daya. rupanya rezeki sy jd 'guru' utk semua org di malaysia ni...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dapat juga sampaikan ilmu walaupun dengan cara lain.
    Teruskan.

    ReplyDelete
  8. wak penah jd guru kelas latihan computer tapi x lama.. #kenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa pula nak cerita, saya pernah jadi guru sandaran dulu di 2 sekolah berbeza. Kerja hanya sandarkan pada kenangan.. hehe

      Delete
  9. Takpe... kita juga guru untuk anak2 kita...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, begitulah aturan Allah..dapat byk timba ilmu & pengalaman dlm bidang pemuziuman..boleh jd pensyarah, speaker seminar..

    ReplyDelete
  11. As dulu lepas grad buat GSTT... tapi tak sambung buat Dip Ed sebab dah dapat kerja yang sesuai...

    ReplyDelete
  12. saya dulu pun pernah kawan-kawan ajak join KPLI tapi tak berminat pulak sebab tak rasa diri cukup sabar nak jadi cikgu. Apa pun, tahniah dah 15 tahun berkhidmat dalam bidang permuziuman

    ReplyDelete
  13. Tak dapat title guru, dapat sampaikan ilmu kira guru jugak tu.

    ReplyDelete
  14. Menyampaikan ilmu kepada masayarakat pun dah kira macam guru juga tu.

    ReplyDelete
  15. mungkin rezeki di tempat lain dalam bidang yg lain.. dlm blog pun boleh menyampaikan ilmu

    ReplyDelete
  16. berkongsi ilmu pun bolehlebih kurang juga dgn perguruan asalkan dapat kita bantu org lain tambah ilmu tentu seronok kan

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.