Saturday, March 27, 2021

BATU NISAN BELIMBING KAMPUNG CHOHONG









Dalam beberapa tahun yang lalu gempar apabila penduduk kampung menjumpai perkuburan lama di kampung Chohong, Jasin, Melaka yang memaparkan ciri-ciri yang unik.

Apa yang uniknya ialah di kawasan perkuburan tersebut semua batu nisan di situ adalah diperbuat daripada batu laterit. Batu ini juga dikenali dengan batu merah atau batu lada. Batu-batu jenis ini banyak didapati di pulau-pulau dan juga boleh didapati di kawasan darat.

Apa yang menariknya perihal batu nisan ini, ia diukir atau dipahat dengan sempurna dan cantik berbentuk seperti belimbing buluh, lantas ia disebut batu nisan belimbing.

Terdapat lebih 30 buah kubur di kawasan perkuburan di situ di mana semua nisannya diperbuat daripada batu laterit dan kebanyakan berbentuk belimbing dan ada juga beberapa bentuk yang lain.

Tidak banyak sumber diperolehi untuk memastikan milik siapa kubur-kubur ini walaupun beberapa kajian cuba dijalankan namun belum menemui sebarang klu untuk mengesahkan penemuan perkuburan ini.

Maka, beberapa pengkaji telah membuat hipotesis yang menyatakan kebarangkalian ini merupakan antara perkuburan terawal sezaman dengan era kesultanan Melayu Melaka. Malah ada yang berpendapat kemungkinan ia lebih awal daripada itu dengan mengaitkan dengan sebelum kedatangan Parameswara dan pembukaan Melaka.

Pelbagai andaian ini membuka ruang untuk pengkajian lanjut dilakukan. Satu kajian komprehensif yang dipelopori oleh pakar dan ahli sejarah perlu dilaksanakan untuk merungkai persoalan mengenai batu nisan ini.

Walaupun bagaimanapun, keunikan batu nisan ini harus juga dibincangkan dari aspek teknologi. Penemuan batu nisan ini memberi gambaran bahawa teknologi masyarakat Melayu Islam pada masa dahulu sudah kehadapan. Mereka sudah mampu dan berkemahiran mengukir atau memahat batu laterit dengan sempurna dan cantik. Ini jelas menunjukkan bahawa tamadun Melayu Islam di Melaka telah mempunyai tahap yang amat maju.

Untuk menghasilkan batu nisan yang diperbuat daripada batu laterit dengan ukiran atau pahatan yang sempurna adalah tidak masuk akal jika tidak mempunyai teknologi dan kemahiran tertentu. Walaubagaimanapun, penggunaan batu laterit dalam pembuatan batu nisan adalah sesuatu yang biasa ditemui di perkuburan-perkuburan lama sekitar negeri Melaka, cuma batu nisan belimbing ini sahaja yang unik.

Satu persoalan yang bermain di fikiran berkenaan penggunaan batu laterit. Batu laterit sering dikaitkan sebagai bahan binaan utama zaman penjajahan Portugis.  Kota Melaka (Fortaleza de Malaca) yang dahulu mengelilingi Bukit Melaka (Bukit St. Paul) dibangunkan dengan bahan batu laterit. Apakah benar kota tersebut adalah teknologi Portugis atau sebenarnya teknologi penggunaan batu laterit sebenarnya telah digunakan awal oleh masyarakat Melayu Melaka? 

Apabila merujuk kepada catatan Portugis, ada menyatakan bahawa terdapat bangunan-bangunan di Melaka diperbuat daripada batu seperti kota, masjid malah istana. Dari bahan runtuhan masjid dan istana ini didirikan Fortaleza de Malaca. Justeru, besar kemungkinan di zaman kesultanan Melayu Melaka telah awal menggunakan bahan binaan daripada batu iaitu batu laterit. 

Batu laterit juga banyak digunakan dalam pembinaan rumah Melayu lama dimana tembok-tembok dikuatkan dengan batu laterit dan disimen. Alas-alas tiang juga menggunakan batu laterit. Justeru, penggunaan batu laterit bagi masyarakat Melayu Melaka pada suatu ketika dahulu bukanlah suatu yang luar biasa, malah penggunaan ia adalah berleluasa.

Apa yang dapat disimpulkan bahawa batu laterit merupakan antara bahan binaan utama yang digunakan oleh masyarakat Melayu Melaka pada zaman dahulu.  Masyarakat Melayu Melaka juga mempunyai kemahiran dan teknologi untuk memotong, memahat dan mengukir batu yang amat baik setanding dengan teknologi tamadun-tamadun lain.

29 comments:

  1. unik sungguh batu nisan belimbing nih.. 🤔🤔🤔

    ReplyDelete
  2. Unik! Batu laterit yang diukir. Yelah...memang sama dengan binaan kota A Famosa.
    Menarik perkongsian ni 👍

    ReplyDelete
  3. Unik bentuk belimbing batu nisannya.

    ReplyDelete
  4. Ye... uncle pun pernah tengok batu jenis ni banyak juga di sana... Malah uncle pernah tengok juga batu nisan di sebelah2 rumah orang je. Di Cohong juga rasanya...

    ReplyDelete
  5. Penemuan sejarah yang sangat berharga. Teknologi zaman dulu kala sungguh misteri dan unik.

    ReplyDelete
  6. Unik batu nisan nie. Teknologi zaman dulu kadang kala di luar jangkaan kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Tengok saja tamadun Mesir, bagaimana mereka membuat piramid. Besar tu ..

      Delete
  7. Menarik bentuk nisan macam buluh tu. Harap kawasan bersejarah ni dipelihara dan dibuat kajian lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, pasti ada yang akan memelihara kawasan perkuburan ini dan harapnya ada kajian lanjut dilakukan untuk mendapatkan kepastian tentang sejarah batu nisan ini.

      Delete
  8. Unik bentuk batu nisan ni..Terima kasih atas perkongsian ini fairus!

    done follow blog #414

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana follow juga. 🙏🏼🙏🏼🙏🏼

      Delete
  9. ternyata org2 dahulu pun ramai yg creative

    ReplyDelete
  10. Penemuan bahan sejarah yang berharga

    ReplyDelete
  11. Pertama kali tengok batu nisan belimbing. Biasa tengok kalau kubur lama batu nisan guna batu biasa. Orang zaman dulu sungguhpun teknologi belum maju tapi seni mereka tak terlawan dengan teknologi yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Orang dahulu mahir dalam pelbagai bidang.

      Delete
  12. sy cuma terfikir mcm mn diorg angkat batu2 tu... x berat ke?

    ReplyDelete
  13. mungkin pemilik kubur ini adalah orang penting atau berpengaruh pada zaman dahulu

    ReplyDelete
  14. Sy nk ke sini dan lgsung ke makam di cinchin.Jalan nk ke sini ada papan tanda tak

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.